Posts

Skin 101 : Atasi Masalah Alahan Pada Kulit Kering

Image
Kulit kering biasanya terjadi akibat individu tersebut alami reaksi alahan / alergik terhadap habuk, pemakanan, penggunaan sabun yang tidak bersesuaian, cuaca atau keadaan sekeliling. Salah satu penyebab utama juga kepada kulit kering adalah penurunan tahap kelembapan dalam kulit anda yang menjadikan kulit gatal, rengsa, pedih, merekah atau iritasi. Faktor yang menyumbang kepada penyebabnya adalah mandi. Jika mandi menggunakan air panas dengan kerap, kulit akan hilang minyak semulajadi dan menyebabkan kekeringan. Kulit normal dan sihat sebenarnya dilapisi dengan lapisan lemak, lembap dan anjal. Kulit menjadi masalah kering akan lebih sensitif terhadap keadaan sekeliling terutamanya suhu. Ruam akan mula muncul dan timbul kerosakan kulit. Seperti artikel yang terdahulu, beberapa tips yang perlu diamalkan jika anda alami masalah kulit kering seperti; ·          Rajin menggunakan pelembap -           Selalu gunakan pelembap (moisturizer) atau lotion dan sapukan

Asteotosis : Penyebab dan Cara Merawatnya

Image
Musim pandemik Covid-19 masih belum reda, kini tiba pula musim panas yang sememangnya berlaku setiap tahun bermula dari bulan May sehingga Julai. Pada musim inilah yang membuatkan sesetengah orang berasa resah kerana kulit mudah menjadi kering dan timbul masalah seperti iritasi dan rengsa. Kulit kering juga menimbulkan kegatalan pada kulit dan menampilkan kulit tidak sempurna. Dalam perkataan lebih saintifiknya, kulit jenis ini dipanggil sebagai asteotosis. Ianya terjadi akibat penghadang kulit tidak berada dalam keadaan yang baik dan kelenjar sebum menghasilkan rembesan kurang dari sepatutnya. Kadangkala, kita mungkin tidak sedar akan terjadinya kulit kering sehinggalah ianya menjadi pecah dan radang. Kulit merekah juga berpotensi terkena infeksi jika tidak dirawat dengan segera. Penyakit ini akan menyebabkan kulit anda alami kegatalan yang teruk, kulit terasa panas dan tidak selesa. Ini juga akan menganggu aktiviti harian anda jika kulit menjadi sebegini. Faktor penyeba

Eczema : Merbahaya Atau Tidak?

Image
Seperti yang anda ketahui, ekzema membawa maksud penyakit kulit. Tetapi tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan ekzema sebenarnya? Ekzema atau radang kulit yang mengakibatkan kegatalan pada permukaan kulit tidak kira samada di wajah atau badan. Terdapat 2 jenis penyakit ekzema yang kebiasaannya dihidapi oleh orang dewasa, kanak-kanak atau bayi adalah dermatitis atopik ( atopic dermatitis ) atau ekzema atopik ( atopic eczema ). Bagi kes-kes ekzema pada bayi adalah jenis ekzema atopik yang bermula dengan timbulnya bintik-bintik merah di pipi dan dikawasan lain yang mana kadangkala berair juga. Seakan-akan chicken pox . Elakkan daripada bayi anda menggaru dikawasan tersebut. Ini kerana jika digaru, ruam akan menjadi lebih kasar, berair dan tebal. Apakah penyebab ekzema atopik terjadi? ·          Masalah penyakit genetik yang diwarisi secara turun-temurun, contoh seperti mutase gen filaggrin. Penyebab kurangnya daya tahan kulit untuk menghalang radikal bebas m

Apa itu XEROSIS?

Image
Xerosis adalah perkataan yang lebih spesifik di dalam istilah perubatan atau dimaksudkan dengan kulit kering. Ianya boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan, tidak kira peringkat umur. Tetapi lebih berisiko kepada yang sudah lanjut usianya. Xerosis bisa terjadi kepada individu yang tinggal di tempat sejuk atau mempunyai keadaan cuaca dengan kelembapan rendah. Cara untuk elakkan daripada terkena Xerosis adalah dengan meminum air putih / masak secukupnya. Badan anda memerlukan cecair yang mencukupi untuk mengekalkan lembapan dan hidrasi pada kulit agar kekal lembut, segar serta bermaya setiap masa. Mungkin sesetengah daripada anda sudah menghidapi Xerosis tetapi tidak tahu simptom-simptomnya. Ini adalah gejala Xerosis yang boleh anda perhatikan; ·          Kulit menjadi kering, kasar dan bersisik terutamanya dibahagian lengan. ·          Pucat, kusam dan kulit menjadi keputihan tanpa memakai sebarang produk pemutih. ·          Sesetengah daripada anda juga