Posts

Showing posts from June, 2019

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Image
Anda sering berasa badan kurang selesa? Perut anda selalu berangin? Ikuti artikel kali ini untuk mengetahui antara punca-punca angin dalam badan, tanda-tanda dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Beberapa faktor boleh dijadikan sebab kenapa badan anda sentiasa berangin dan menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan tugasan harian. Antaranya adalah disebabkan faktor pengambilan makanan dan juga akibat bernafas menggunakan mulut. Semasa memilih makanan untuk diambil, anda haruslah berjaga-jaga. Jika anda jenis yang mudah masuk angin selepas makan, elakkan daripada mengambilnya. Sesetengah makanan yang diambil boleh memberi zat dan khasiat penting buat badan manakala ada juga yang akan membuatkan badan kita mudah dimasuki angin. Jika badan kita selalu berangin, pasti susah untuk beribadah dengan lebih fokus dan tenang serta menyebabkannya terbatal. Seperti membuang angin ketika solat. Ikuti 2 faktor utama punca angin dalam badan; 1. FAKTOR PEMAKANAN - Setiap individu me

Petanda Anda Terkena Gangguan & Cara Menghindari Gangguan

Image
Dalam kehidupan seharian seseorang manusia, pasti tidak lari daripada gangguan samada dari segi emosi, mental, fizikal dan makhluk halus. Gangguan daripada makhluk halus seperti jin dan syaitan akan menyebabkan kita hilang kawalan untuk berfikir secara waras. Ini adalah berpunca daripada terkena buatan orang atau sihir. Antara punca-punca sihir adalah disebabkan rasa ketidakpuasan hati daripada orang sekeliling, tidak kira samada di tempat kerja atau kenalan. Saudara-mara dan adik-beradik yang mempunyai perasaan hasad dengki juga tidak ketinggalan. Punca utama adalah seperti iri hati dan menyimpan dendam terhadap anda yang boleh menyebabkan terkenanya sihir. Jika tidak diubati, ianya boleh membawa kepada kematian. Terdapat beberapa tanda-tanda gangguan yang boleh anda ketahui; 1. Anda berasa resah ketika tidur, selalu terjaga, cemas dan tidak sedap hati 2. Seringkali mengalami mimpi yang buruk 3. Mimpi melihat pelbagai binatang yang menakutkan 4. Menangis atau ketawa s

Terapi Minda, Hidup Lebih Bahagia

Image
Apa itu terapi minda? Terapi minda merupakan cara kita mengawal minda agar tidak berfikiran negatif sepanjang masa dan mengelakkan daripada timbul kesan stres. Tekanan atau depresi akan menjadi penyakit no.1 di seluruh dunia menjelang tahun 2020. Maka, terapi minda adalah penting untuk menjauhi diri daripada perkara yang tidak diingini. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk terapi minda seperti mendengar bunyi air terjun, bunyian unggas di hutan atau burung berkicauan dan bermacam lagi. Tetapi bagi anda yang beragama Islam, digalakkan untuk mendengar alunan Al-Quran bagi menenangkan minda yang sedang kusut. Jika hati tidak tenang dan selalu berada dalam kekusutan, ini akan menjejaskan kehidupan seharian anda. Untuk anda yang sudah mempunyai keluarga, pasti ini akan memberi impak negatif terhadap mereka. Anda akan mengalami masalah ‘overthinking’ untuk perkara yang belum terjadi. Nah, disinilah pentingnya terapi minda untuk memberikan jaminan buat akal fikiran anda ak

Cara Kawal Emosi Kemarahan

Image
Setiap sifat dan emosi yang ada di dalam diri kita sudah menjadi fitrah setiap manusia. Seperti emosi marah, geram, sedih, kecewa, gembira, senang hati dan sebagainya. Tetapi sifat itu menentukan peribadi anda. Emosi kemarahan boleh menjadi salah satu penyebab anda bertindak di luar kewarasan akibat emosi tersebut telah mengawal diri. Mungkin anda bukanlah seorang yang mudah marah dan bersikap pemaaf. Tipulah jika anda katakan yang anda tidak pernah marah langsung. Kawal perbuatan anda. Ketika marah, lidah anda mampu mengeluarkan kata-kata yang akan menyakitkan hati orang lain dan anggota badan anda pula akan melakukan perkara di luar batasan. Syaitan pasti menyukainya kerana ianya berjaya menghasut anda sehingga perasaan amarah menguasai diri. Ini akan menjadi penyebab terputusnya silaturahim sesama keluarga dan sahabat-handai. Tak dinafikan orang yang sedang dalam keadaan amarah, pasti sukar untuk mengawal diri. Terdapat pelbagai cara dan tips yang berkesan untuk anda meng

Penyebab Insomnia dan Cara Untuk Mengatasinya

Image
Tidur merupakan perkara penting dalam kehidupan seharian seseorang manusia itu. Mendapat tidur yang secukupnya akan memberi tenaga buat anda menjalani aktiviti sepanjang hari dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tetapi sesetengah daripada kita juga mengalami masalah seperti tidur tidak cukup akibat badan terlalu letih atau lebih dikenali sebagai insomnia. Usah dipandang ringan akan masalah insomnia ini. Tidak cukup tidur akan mengakibatkan prestasi kerja / aktiviti yang dilakukan terganggu. Pernahkah anda mengalami masalah insomnia dimana badan anda yang terasa lesu dan letih tetapi masa masih tidak boleh lelap? Apakah penyebab utama insomnia? Jom ikuti artikel kali ini yang akan memberi info lebih lanjut tentang penyebabnya; 1. Masalah secara psikologi - Gangguan emosi atau depresi boleh mengakibatkan penyakit insomnia yang kronik. Tidur yang cukup akan membuatkan kesihatan mental dan fizikal anda menjadi baik. Tekanan perasaan akibat bebanan hutang atau cemas juga boleh

7 Cara Atasi Masalah Kulit Kering

Image
Setiap wanita pasti menginginkan kulit yang sihat dan cantik serta mulus. Tiada satu cela pun di wajah merupakan impian anda. Dalam pada masa yang sama jika inginkan kulit yang cantik, haruslah penjagaan kulit dilakukan dengan sempurna. Langkah-langkah kecantikan yang terdapat di Youtube atau Google boleh juga dijadikan panduan. Gunapakai sehabis baik ilmu yang dicurahkan oleh ‘beauty guru’ di Youtube. Tetapi untuk mendapatkan kulit yang cantik, rutinnya juga menjadi semakin rumit dan remeh. Bermula dari pencuci muka, toner, pelembap sehinggalah serum, esen, krim malam/siang dan face mask yang harus anda ikuti langkahnya dengan teratur. Terutamanya buat anda yang mengalami masalah kulit kering, berminyak, sensitif dan berjerawat perlu melakukan rutin penjagaan kulit dengan lebih sempurna. Bercerita mengenai jenis-jenis kulit, salah satu kulit yang paling susah hendak dijaga adalah kulit kering. Ini kerana jika tersalah memakai produk pasti kulit anda akan timbul ruam, terjad

7 Sebab Perlu Mandi Menggunakan Limau

Image
Tahukah anda limau adalah penawar yang mujarab untuk mengurangkan bisa pada badan serta mengelakkan daripada terkena ‘gangguan’ makhluk halus? Dalam ilmu pengubatan Islam juga kebanyakannya menggunakan limau samada untuk mandi atau diletakkan di dalam air bacaan doa. Limau juga mampu untuk memberi kesegaran pada badan dan kulit anda selepas mandi. Ini adalah kerana jus yang terdapat pada limau dapat menghapuskan segala kotoran yang melekat pada kulit. Maka, penggunaan limau dalam mandian juga amatlah penting. Gunakan air mandian limau sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Lakukan sahaja di rumah. Pasti kulit anda kembali bermaya dan segar semula. Limau juga terdapat pelbagai jenis seperti limau nipis, kasturi, purut dan lain-lain lagi. Ayuh ikuti 7 tips dibawah ini sebab perlunya anda mandi menggunakan limau; 1. Hindari gangguan makhluk halus - Perahkan limau nipis atau purut ke dalam air dan diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Jika sememangnya terkena gangguan

7 Khasiat Limau Untuk Kecantikan Anggota Badan

Image
Jika disebut sahaja mengenai limau, pasti anda teringatkan jus perahannya yang menyegarkan dan masam. Bukan hanya boleh dibuat sebagai makanan samada digunakan untuk sambal belacan atau air minuman, malahan ianya juga boleh digunapakai buat penjagaan kesihatan anggota badan. Limau didatangi dalam pelbagai jenis dan ianya juga mempunyai 1001 kegunaan berkesan buat rejim kecantikan. Nah, ikuti dibawah ini 7 khasiat limau yang berkesan untuk kecantikan dan kesihatan badan; 1. Kulit kepala - Bagi anda yang sering mengalami masalah kelumumur dan kulit kepala terasa ‘flakey’, jus perahan limau ini baik digunakan untuk kulit anda. Perahkan jus limau seberapa banyak yang anda perlukan dan kemudian lumur pada kulit kepala. Pastikan jus perahan limau ini betul-betul kena pada kulit kepala untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. 2. Putihkan kulit - Limau yang terkenal sebagai agen pengelupasan, ianya dapat menghapuskan sel-sel kulit mati dan meninggalkan lapisan kulit

7 Aktiviti Ekstrim / Lasak Sesuai Untuk Wanita

Image
Kebanyakan daripada anda pastinya yang sudah bekerjaya, tidak terdaya untuk melakukan sebarang aktiviti lasak walaupun di hujung minggu. Ini kerana pada hujung minggulah, masa untuk berehat, menenangkan fikiran daripada kekusutan selama 5 hari di tempat kerja. Nah, ini pemikiran yang salah! Anda harus keluar dari rumah dan meluaskan pandangan. Bagi wanita berhijab untuk melakukan aktiviti esktrim / lasak, tidak menjadi masalah kerana apa sahaja sukan tidak menentukan penampilan seseorang itu. Sesetengah wanita pula,melakukan aktiviti ekstrim adalah satu perkara yang mencabar buat dirinya. Pelbagai aktiviti ekstrim yang dapat menguji daya ketahanan kita dan sesuai untuk semua,tidak kira samada lelaki atau perempuan. Aktiviti ekstrim berupaya meningkatkan adrenalin dalam diri anda. Dan jika anda mampu untuk melakukan aktiviti tersebut, pasti akan terasa seperti satu achievement sudah pun dapat dicapai. Apa tunggu lagi? Ayuh, ikuti 7 senarai aktiviti esktrim di bawah; 1. BREAK

7 Perkara Yang Wajib Dilakukan Semasa Pulang Berhari Raya

Image
Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba. Anda sudah membuat ‘checklist’ penting sebelum anda bergerak meninggalkan rumah? Salah satu perkara penting sebelum pulang ke kampung yang perlu dilakukan oleh anda adalah bersihkan rumah serta memastikan keselamatan agar sepanjang beberapa hari rumah yang ditinggalkan, terjaga sempurna. Nah, dibawah ada 7 tips penting yang perlu ada dalam ‘checklist’ anda bagi memastikan segalanya berada dalam keadaan teratur; 1. Simpan barang berharga - Apabila tiba musim perayaan, sudah tentu kebanyakan rumah di kawasan tempat kediaman anda menjadi kosong. Pastikan anda menyimpan barangan berharga seperti barang kemas, laptop atau apa sahaja barangan yang boleh dijual semula/dipajak ke dalam tempat yang lebih selamat. Sediakan peti besi di dalam rumah dan letakkannya di tempat yang tersorok dari pandangan mata kasar. 2. Tanggalkan kepala tong gas - Ini adalah perkara yang paling penting perlu diambil berat oleh anda semasa hendak meninggal

7 Tips Berjimat Menjelang Raya

Image
Bila sebut sahaja tentang Hari Raya, pasti suasana sudah sibuk menguruskan persiapan untuk menjelang musim perayaan ini. Ada yang sudah siap-siap membeli pakaian dan aksesori baru, ada juga menukar kereta baru, ada pula menambah ahli keluarga baru. Persiapan Raya anda sudah lengkapkah? Almaklumlah, Raya tahun 2019 ini kan awal bulan. Pasti ada yang sudah masuk gaji atau bonus, bolehlah berbelanja ekstra sedikit tahun ini. Tapi jangan pula berbelanja sampai tak ingat dunia. Belanja itu biarlah secara sederhana, tidak perlu bermewah-mewah. Kita beraya bukan untuk menunjuk tetapi untuk keselesaan masing-masing. Lari bajet menjadi masalah utama selepas segala persiapan Raya telah pun dibuat. Apa yang perlu anda lakukan sebelum berbelanja? Rancang perjalanan kewangan anda. Pastikan perkara penting dilangsaikan terlebih dahulu. Nah, ini 7 tips berguna untuk berjimat semasa menjelang Hari Raya ini; 1. Rancang bajet anda - Sebelum berbelanja di mana sahaja, pastikan anda memper

7 Cara Dapatkan Kulit Lebih Sihat Di Pagi Raya

Image
Tahukah anda kulit merupakan organ terbesar yang terdapat pada tubuh badan kita dan memerlukan penjagaan yang sangat rapi agar tidak mengalami masalah di kemudian hari. Penjagaan kulit amat penting untuk memberi perlindungan buat tubuh badan dan kulit juga merupakan penampilan utama pada seseorang itu terutamanya buat kaum Hawa. Tambahan pula kita baru sahaja habis bulan Ramadhan, pasti kurang pengambilan cecair yang akan membuatkan tubuh dehidrasi. Sewaktu berpuasa, cecair sampingan yang terdapat di dalam kulit anda mungkin telah disalurkan ke organ-organ penting lain dan menyebabkan kulit tampil kurang penghidratan. Jom ikuti 7 tips dibawah untuk mendapatkan kulit lebih sihat di pagi Raya; 1. Elakkan daripada sinaran UV - Sebolehnya jauhi tempat yang terdedah kepada sinaran UVA dan UVB untuk penjagaan kulit lebih sempurna. Ini kerana cahaya matahari akan menyebabkan kekeringan pada kulit. Gunakan sunblock/sunscreen sebelum keluar untuk melindungi kulit agar tidak berl

Tips Untuk Kembali Sensasi Dengan Shower Gel Mandian

Image
Badan terasa letih? Tidak bermaya dan malas untuk melakukan sesuatu perkara mungkin penyebab badan anda mengalami simtom stres. Kadangkala, kita pasti berasa gelisah, tidak sedap hati dan sebagainya. Cara terbaik untuk meredakan stres adalah dengan mandi. Turunkan suhu badan yang meningkat secara tiba-tiba dengan menjirus air sejuk agar mengurangkan regangan dan melegakan kulit. Salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan mandi menggunakan shower gel mandian aromaterapi. Tetapi bukan semua produk bersesuaian dengan semua jenis kulit. Ada yang mengalami masalah kulit kering, sensitif atau berminyak menjadikan pemilihan sesuatu shower gel haruslah bersesuaian. Tips memilih shower gel juga harus bertepatan. Jom ikuti tips dibawah untuk mengetahui shower gel yang sesuai untuk kulit anda; 1. Kulit kering - Elak dari menggunakan shower gel yang mengandungi antiseptik atau jenis skrub. Ini boleh menyebabkan kulit anda bertambah kering. Tambahan pula, boleh juga menjadi

Membersih Dan Mencerah Badan Bermasalah Secara Alami

Image
Siapa yang tidak sukakan kulit yang putih dan bersih kerana anda akan sering menjadi fokus orang ramai. Ramai wanita masa kini berlumba-lumba untuk memutihkan kulit dengan kadar segera seperti mengambil ubat pencerah, melakukan perawatan mencerahkan kulit di pusat kecantikan dan ada juga yang mengambil suntikan pemutih kulit. Ini semua dilakukan oleh sesetengah wanita bagi mendapatkan hasil kulit cerah dengan lebih cepat. Tetapi tahukah anda akan kesan sampingannya jika mengamalkan cara-cara di atas dengan tidak selamat? Ya, isi kandungan yang terdapat di dalam produk pemutih kulit kebiasannya mengandungi sejenis bahan kimia merbahaya. Ini boleh menyebabkan kesihatan kulit badan anda akan terjejas. Ada cara yang lebih semulajadi untuk membersih dan memutihkan kulit secara alami tanpa menyebabkan kulit anda menjadi iritasi atau merengsa akibat tersalah pilih produk. Semasa hendak membersihkan kulit bermasalah, lakukan langkah pembersihan dan penjagaan dengan betul serta teratur.

Perjalanan Pulang Ke Kampung Halaman Lebih Meriah Tahun 2019 Ini!

Image
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidilfitri tanda penutup bulan Ramadhan untuk tahun 1440-1441H / 2019 M. Lagu Raya mula berkumandang, semangat untuk pulang ke kampung halaman bertemu dengan sanak-saudara dan juga atuk nenek menjadi satu kebiasaan setiap tahun. Sesetengah daripada anda sudah tentu akan pulang 3-4 hari lebih awal untuk menghabiskan bulan Ramadhan yang masih berbaki 3 hari sambil menyambut kedatangan 1 Syawal. Sudah sediakan checklist sebelum berangkat pulang ke kampung? Jangan lupa untuk servis kereta anda terlebih dahulu agar tidak mendatangkan masalah semasa dalam perjalanan. Almaklumlah. Bila pulang awal, bukan hanya kita sahaja, tetapi boleh dikatakan hampir satu Malaysia yang akan turut pulang ke kampung halaman masing-masing sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas. Berada lama di dalam kereta, pasti akan membuatkan anda berasa kurang selesa. Nah, berikan kesegaran pada kulit badan anda dengan shower gel arom