Posts

Showing posts from July, 2019

Semasa Travelling, Jangan Lupa Menjaga Kesihatan Rambut!

Image
Rambut adalah salah satu perkara yang paling penting dalam kehidupan seorang wanita. Tidak kira samada berhijab ataupun tidak, pasti penjagaan rambut diutamakan setiap hari. Anda sudah tentu ingin syampu rambut selalu dan melakukan perawatannya dengan sempurna. Kepala yang tertutup lama akan membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik. Ini menyebabkan terjadinya kelemumur, rambut kering, hujung bercabang dan tidak bermaya. Perawatan rambut yang betul akan membuatkan rambut anda tampil sihat dan segar walaupun berhijab. Nah, dibawah ini ada beberapa tips berguna untuk memastikan rambut anda sentiasa kekal cantik dan bersinar semasa berhijab; ·          Material hijab -          Gunakan hijab daripada material kapas atau yang senang untuk menyerap peluh. Ini untuk mengelakkan rambut berbau atau berkelemumur. Jenis-jenis kain ini dapat mengelakkan kulit kepala terkumpul peluh dan pori pada kepala anda dapat bernafas dengan baik. Folikel rambut anda juga akan t

Kenakan Wardrobe Yang Sesuai Semasa Travelling Buat Si Hijabista

Image
Setiap manusia dalam dunia ini pasti gemarkan aktiviti ‘travelling’. Tidak kira samada lelaki atau perempuan, semuanya suka untuk menghirup udara segar dan nyaman sambil menghilangkan stres. Bagi anda yang berhijab, walaupun bertutup-litup, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan aktiviti outdoor ini. Travelling juga membawa maksud berjalan-jalan. Disini, aktiviti travelling juga boleh dipelbagaikan seperti melakukan aktiviti esktrim/lasak, bersiar-siar menikmati pemandangan atau hanya sekadar berehat di rumah persinggahan, hotel dan sebagainya. Apabila ingin memulakan perjalanan jauh, pastikan pakaian serta keperluan anda semuanya mencukupi. Sediakan checklist agar tidak tertinggal apa-apa nanti. Buat si hijabista pula, baju yang dibawa haruslah bersesuaian dengan tempat yang ingin dikunjungi. Jom lihat tips dibawah; ·         Pilih pakaian yang longgar dan serap peluh -     Pakaian yang longgar memudahkan anda untuk melakukan sebarang aktiviti tanpa sekatan. Ian

Jom Kembara Lihat Dunia. Tips Untuk Solo Traveller HIjabista!

Image
Dalam sekali seumur hidup, anda harus lakukan travelling secara solo. Ini adalah untuk keterbukaan minda anda agar melihat dunia luar dan tidak hanya berada di bawah kotak perlindungan sahaja. Keluar, bersosial, lihat pemandangan, luaskan fikiran. Solo traveller bermaksud anda melakukan perjalanan jauh secara bersendirian tanpa teman. Banyak tips yang harus anda ambil kira. Pertama sekali, sediakan checklist untuk memastikan tiada barangan yang tertinggal. Almaklum sahajalah, anda keluar berseorangan. Jika barang tidak mencukupi, tiada siapa yang dapat membantu anda melainkan diri anda sendiri sahaja. Tambahan pula buat solo traveller yang masih lagi dalam peringkat beginner (pemula). Sudah tentu anda harus lebih peka dan teliti dengan barangan yang perlu dan tidak perlu dibawa. Jom ikuti tips dibawah ini; ·         Asingkan simpanan dokumen dan wang perjalanan -        Sebolehnya asingkan kedua-dua perkara penting ini agar tidak keliru. Kebiasannya orang letakkan s

3 Masalah Yang Seringkali Dialami Oleh Wanita Berhijab

Image
Berhijab merupakan satu kewajipan yang dituntut di dalam agama Islam buat kaum wanita. Merupakan sunnah daripada Rasulullah S.A.W dan syariat yang harus dilaksanakan. Ianya menghindari kita dari pandangan yang tidak elok oleh masyarakat sekeliling serta melindungi kepala dari anasir yang akan menyebabkan kerosakan rambut. Tetapi ada juga wanita berhijab yang sangat aktif sehingga terjadinya masalah kulit, akan membuatkan anda berasa tidak selesa sepanjang hari. Terdapat 3 masalah kulit yang sudah menjadi kebiasaan wanita berhijab menghidapinya. Dan, bagaimanakah cara yang berkesan untuk mengatasinya? Ayuh, ikuti artikel ini untuk mengetahui tentang masalah kulit yang seringkali dihadapi oleh wanita berhijab; ·         Kulit berbelang -       Dalam artikel sebelum ini ada menceritakan tentang masalah yang ‘ common ’ dihadapi oleh wanita berhijab. Kulit berbelang akibat tidak memakai krim pelindung cahaya matahari yang sempurna dan sesuai untuk kulit masing-masing. -  

Atasi Kulit Belang Semasa Berhijab

Image
Berhijab atau tidak, penting untuk anda menjaga kulit wajah agar tidak tampil berbelang. Kulit berbelang adalah akibat terdedah dibawah sinaran matahari dan menyebabkan terjadinya kulit ‘ sunburn ’. Meskipun keseluruhan badan anda dilindungi dengan pakaian atau hijab, masih ada bahagian yang terdedah seperti bahagian tangan dan wajah. Jika anda lakukan ‘research’ mengenai tips-tips berkesan untuk mengelakkan kulit berbelang, pasti terlalu banyak cara yang diusulkan. Samada rajin atau tidak untuk melakukan rutin tersebut setiap hari. Bila buka sahaja hijab, pasti kulit wajah anda kelihatan berbelang. Nah, dibawah ini ada cara-caranya. Ayuh kita lihat tips ringkas dan berguna yang boleh dijadikan panduan untuk mengatasi kulit berbelang; ·         Cuci muka -       Dalam seminggu, sekurang-kurangnya cucilah wajah anda sebanyak 3-2 - 3 kali untuk kulit wajah normal, kombinasi dan berminyak. Manakala untuk jenis sensitif dan kering, 1 - 2 kali seminggu. Ini untuk mengelakkan

Penjagaan Kulit Yang Sempurna Agar Kekal Terhidrat Sepanjang Hari!

Image
Cuaca di Malaysia sekarang ini seringkali tidak menentu. Kadangkala hujan dan kadangkala panas terik. Ini menyebabkan keadaan kulit menjadi cepat sensitif dan kering. Pernahkah anda mengalami kulit terlalu kering sehingga terjadinya bersisik? Bagi sesetengah daripada anda yang berhijab, pasti penjagaan kulit jarang diambil kira. Jangan begitu! Walaupun berhijab atau berniqab, kulit seluruh badan terutamanya di bahagian wajah haruslah dijaga dengan rapi agar tidak tampil kusam dan tidak bermaya. Kulit kering bukan hanya terjadi akibat cuaca tetapi ada juga beberapa faktor yang mendorong kepada keadaan kulit seperti ini. Antara sebab utamanya adalah; ·     K u rang minum air kosong – tubuh yang segar dan terhidrat memerlukan cecair yang secukupnya di dalam lapisan kulit agar ianya dapat mengekalkan lembapan. ·        Cuaca   - selalu terdedah dan berjemur di bawah sinaran matahari, kerap mandi air panas atau berada di dalam ruangan yang berhaba juga boleh menyebabkan air