Posts

Showing posts from August, 2019

Prosedur Sebelum Berkahwin : Tips Wajib Perlu Diketahui

Image
Buat bakal pengantin di luar sana, artikel kali ini khas untuk anda. Kita sudah menghampiri 3 bulan terakhir dalam tahun 2019 ini. Sudah pasti ada yang merancang untuk bercuti bersama keluarga atau melangsungkan perkahwinan memandangkan cuti sekolah juga semakin dekat. Ada yang sudah memulakan persiapan dan ada juga yang masih sibuk ke sana-ke mari untuk merancang apa yang patut dilakukan. Nah, ada sesetengah perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh anda. Terutamanya perkara yang melibatkan dokumentasi. Sebelum melangsungkan perkahwinan, ada beberapa prosedur harus anda patuhi seperti menghantar borang kahwin dan aturan proses sebetulnya. Dibawah ini terdapat tips yang boleh anda lakukan semasa menyediakan proses tersebut; ·          Isi borang secara online -    Anda harus layari laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia; http://www.sppim.gov.my/sppim/home . Kemudian, klik pada Benar Nikah Online (Kebenaran untuk Bernikah). Dan, klik pada ‘Permohonan

Resepsi : Tips Solekan Tepat Untuk Majlis Raja Sehari

Image
Tampil anggun dan menawan pada hari pernikahan atau persandingan adalah impian setiap wanita yang bakal bergelar raja sehari. Pasti anda inginkan solekan yang tampak flawless dan menonjol agar menjadi fokus utama pada hari tersebut. Bagaimanapun, solekan yang tidak tepat dan tidak bersesuaian akan membuatkan anda tampil pelik sehingga boleh menjadi bualan tetamu yang hadir. Tetapi anda harus tahu bahawa solekan juga membantu penampilan anda semasa berada di majlis samada siang atau malam. Bagi anda yang masih keliru memilih konsep dan tema solekan, senang saja. Pilih solekan yang digemari ramai iaitu solekan jenis doll . Konsep solekan ini yang banyak menggunakan rona-rona lembut seperti pink, peach dan beige. Untuk majlis pernikahan, elakkan daripada menggunakan rona-rona terang tidak kira samada eyeshadow, blusher atau lipstik. Teknik utama dalam menonjolkan wajah anda adalah melalui highlight, contouring atau shading. Pastikan teknik tersebut boleh menampakkan cheekbon

Single But Not Available : Ayuh mulakan tips-tips ini sekarang!

Image
Bila bercakap tentang ‘ Single but Not Available ’ ini, bermaksud anda masih single tetapi sudah ada yang berpunya. Tambahan lagi, bagi sesetengah daripada anda yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Banyak perkara yang masih belum dilakukan. Apa kata sediakan ‘ bucket list ’? Lakukan apa sahaja aktiviti yang ingin anda terokai sebelum mendirikan rumahtangga. Yalah, bila dah bersuami, haruslah meminta izin jika ingin kemana-mana. Untuk anda yang gemarkan travelling, lakukan sahaja samada secara solo atau berkumpulan. Terokai dunia luar. Luaskan pemandangan anda sebelum menjadi kepunyaan seseorang. Jika artikel sebelum ini memberi tips-tips mengenai persiapan yang harus dilakukan menjelang hari bersejarah anda. Artikel kali ini adalah untuk anda bakal pengantin sebelum terlepas peluang menikmati zaman bujang. Dibawah ini terdapat tips-tips yang boleh anda masukkan dalam ‘ bucket list ’ nanti. Selamat mencuba! ·          Habiskan masa terluang bersama keluarga

Seri Pengantin : Lakukan Tips Berguna Ini Menjelang Hari Bersejarah Anda!

Image
Tarikh perkahwinan menjelang tiba. Hari bersejarah ini adalah detik dan momen paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang akan mendirikan rumahtangga. Pelbagai persiapan sudah dilakukan. Hanya tinggal ijabkabul sahaja untuk disatukan. Sudah sediakan ‘checklist’ semasa dalam proses persiapan perkahwinan anda? Bagi yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, lakukan checklist agar tidak tertinggal sebarang perkara penting.    Ada yang sibuk ke spa untuk melakukan rawatan kulit wajah dan badan. Ada juga yang mula mengamalkan gaya hidup yang sihat a.k.a diet. Yalah, khuatir pula tidak muat baju pengantin nanti. Ada juga yang masih sibuk menyelesaikan kerja-kerja yang bertimbun di pejabat oleh kerana ingin bercuti panjang tidak lama lagi. Sesetengah daripada anda mungkin sudah mula mengubah hantaran, mengedarkan kad kahwin untuk menjemput ahli keluarga dan sahabat-handai. Mungkin ada juga yang sibuk menempah baju dan membeli barangan untuk doorgift. Pelbagai ra