Parenting 101 : Tips Sebelum Membawa Si Kecil Bercuti




Musim cuti sekolah hampir tiba. Kita sudah pun menjejakkan kaki ke bulan September. Hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi 2019 akan hampir tiba ke penghujungnya. Bagi yang sudah berkahwin dan berkeluarga, pasti anda sudah merancang hendak bercuti samada di dalam atau luar negara serta destinasi yang ingin ditujui. Untuk yang belum merancang, sudah ada ideakah dimana tempat yang anda ingin kunjungi? Cukup bajetkah?

Kalau tak cukup bajet, cukuplah sekadar bawa anak-anak keluar bersiar-siar di sekitar ibu kota. Kalau yang ada sedikit bajet, boleh juga bawa si kecil anda bercuti di dalam negara. Banyak tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia ini. Tidak perlu ke luar negara. Bagi yang ada ekstra bajet, anda boleh merancang bercuti di luar negara. Jauh sedikit. Dapat juga anda dan pasangan luaskan pemandangan.  

Jika anda masih bujang atau hanya berdua sahaja, pasti tidak perlu risau memikirkan perkara-perkara remeh semasa hendak pergi bercuti. Yang penting ada tiket, bagasi pakaian sudah sedia, masuk kereta dan jalan sahaja. Tetapi bila ada yang kecil, anda harus titikberatkan keperluannya. Tambahan pula kalau melancong ke luar negara. Banyak perkara yang perlu ada fikirkan.

Bila melancong sambil membawa si kecil, ada beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan dan haruslah merancang dengan lebih rapi. Tips dibawah ini pasti dapat membantu anda merancang dengan lebih bijak;

·         Destinasi
-   Jika melancong di dalam negeri, anda tidak perlu risaukan perkara-perkara asas seperti pengangkutan ataupun keperluan si kecil. Tetapi jika melancong ke luar negara, perkara penting yang harus diutamakan seperti pasport, keperluan tambahan si kecil dan barangannya.
-          Barangan keperluan penting si kecil adalah seperti susu dan pampers. Kadangkala, brand yang selalu digunakan oleh anak anda, tidak dijual di negara luar.

·         Pengangkutan
-        Jika anda melancong ke luar negara, pasti pengangkutan utama adalah kapal terbang. Nah, disini tips yang digalakkan adalah untuk mengambil penerbangan di waktu malam. Ini kerana waktu itu adalah waktu yang tepat untuk si kecil tidur.
-      Pastikan anda beri anak anda makan terlebih dahulu sebelum boarding. Jadi, kalau dah naik kapal terus si kecil tertidur, tidak perlulah anda mengejutkannya untuk menyuap makan.
-       Ada bajet ekstra, pilihlah seat yang lebih luas dan selesa agar si kecil anda tidak rasa rimas akibat tempat terlalu sempit.

·         Jarak perjalanan dan kemudahan penginapan
-        Anda harus ketahui berapa jauh jarak perjalanan anda. Dan berapa lama anda merancang untuk bercuti. Sediakan barangan keperluan tambahan agar tidak berkurangan semasa bercuti.
-    Perkara penting yang perlu diambil berat adalah seperti susu, pampers dan makanan si kecil.
-      Pastikan tempat yang anda menginap itu mesra kanak-kanak dan menyediakan kemudahan buat si kecil anda.

·         Ubatan kecemasan
-      Semasa bercuti, kita selalunya tidak peka akan keadaan faktor sekeliling yang mungkin mendatangkan kecederaan pada si kecil. Nah, sediakan ubat-ubatan kecemasan seperti ubat demam, sakit perut, selesema dan lain-lain lagi.
-       Elakkan daripada membawa first aid kit. Terutamanya jika naik kapal terbang, pasti beg anda akan melalui kawasan pemeriksaan bagasi. Jangan membawa sebarang ubat-ubatan dalam bentuk cecair ya. Nanti kena tahan, kami tak boleh tolong!

·         Bagasi / beg keperluan
-        Membawa anak kecil ini sebenarnya adalah perkara yang rumit. Anda harus menyiapkan bagasi lebih awal supaya tidak tertinggal barangan penting si kecil. Susun keperluan makanan dan juga pakaiannya mengikut berapa hari anda akan berada di sana.
-       Asingkan napkin, pampers, susu dan tisu basah ke dalam beg yang lain agar mudah anda membawanya bersama semasa menaiki kapal terbang. Senang untuk anda menukar jika bayi anda lakukan perkara-perkara ‘kecemasan’.
-   Sediakan juga beg plastik kosong agar mudah untuk anda membuang pampers kotor. Tidaklah nanti ‘semerbak’ harum baunya satu kabin.
-    Jika si kecil masih meminum susu badan ibu, anda boleh membawanya naik ke dalam kabin. Ini antara peraturan yang dibenarkan seperti susu ibu, susu formula dan makanan bayi.

·         Stroller
-        Bercuti ke luar negara, sudah tentu anda ingin menikmati suasana pemandangan dan juga bershopping. Penat bukan kalau asyik mendukung si kecil sahaja jika ingin kemana-mana. Jangan lupa untuk bawa bersama kereta sorong bayi atau stroller. Ini untuk memudahkan anda dan pasangan agar tidak berasa letih sepanjang bercuti.

Tips : Sudah dapatkan tips-tips penting ini? Ayuh, rancang percutian anda dengan rapi. Jangan asyik risaukan barangan si kecil samada cukup atau tidak sampai anda terlupa untuk membawa barangan sendiri pula, ya.

Notakaki : Semasa bercuti, apa kata anda bawa sekali gel mandian aromaterapi 7Lime ini? Ianya dapat membuatkan anda kekal aktif dan cergas sepanjang percutian. Jom klik disini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

7 Aktiviti Ekstrim / Lasak Sesuai Untuk Wanita