Posts

Showing posts from April, 2020

Minyak Wangi : Beza Antara EDT, EDP, EDC dan Parfum

Image
Selama ini, mungkin sesetengah daripada anda hanya menyemburkan minyak wangi ke badan tanpa ketahui apakah perbezaannya. Tetapi mungkin juga sesetengah daripada anda tahu isi kandungan yang terdapat di dalam minyak wangi tersebut. Jika anda dapat lihat tanda label pada minyak wangi, ada yang bertanda EDT, ada juga EDP dan Eau De Parfum. Secara ringkas, ianya bermaksud jumlah konsentrasi minyak parfum yang terdapat di dalam satu botol tersebut. Di dalam ayat Perancis, ‘Eau’ bermaksud air manakala ‘De’ pula membawa maksud dari. Pelbagai jenis minyak wangi yang terdapat di pasaran kini, ada berjenama lokal atau antarabangsa dengan rangkaian harga daripada murah sehingga mahal. Tetapi ada juga minyak wangi ‘knock-off’ yang dijual dengan harga mahal bagi tujuan untuk melakukan penipuan. Sesetengah daripada kedai minyak wangi premium, mereka menjual rangkaian daripada jenama antarabangsa dan juga dari gred A. Yang penting, anda harus tahu memilih agar tidak mudah tertipu. Ayuh...

Jom Cuba Resepi Viral Semasa Musim COVID-19 Ini!

Image
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sudah masuk sebulan lebih kita berada di rumah dan pasti pelbagai resepi telah pun dicuba tidak kira samada menjadi ataupun tidak. Sesetengah daripada anda pasti buntu hendak menyediakan aneka jenis hidangan yang berbeza buat keluarga anda setiap hari. Kalau bujang, makan nasi putih dengan telur kicap pun ‘jalan’ 2 pinggan. Nah, apa kata anda tunjukkan skill beraksi di dapur bagaikan chef selebriti dengan resepi yang sudah viral di platform media sosial kini. 1)       Dalgona Coffee – sebenarnya Dalgona merupakan candy yang datangnya dari Korea. Untuk anda yang gemarkan kafein, bolehlah cuba resepi ini. Tak boleh ke kedai kopi untuk minum seperti selalu? Usah risau, search sahaja cara untuk membuatnya! 2)       Pasta – Kalau setiap hari makan nasi sahaja, pasti membosankan. Apa kata tukar selera pula sekali-sekala dengan pasta aneka jenis yang boleh anda hidangk...

Aktiviti Yang Harus Anda Cuba Semasa PKP Ini!

Image
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun dilaksanakan daripada 18 Mac – 31 Mac 2020. Tetapi disebabkan pertambahan kes pesakit baru yang terkena jangkitan wabak Covid-19 ini, kini kebanyakan rakyat Malaysia menghadapi musim kuarantin yang akan berlanjutan sehingga 12 Mei 2020. Tambahan pula bermula 24 April, bulan Ramadhan sudah pun dimulai. Umat Islam pasti akan menunaikan ibadah Tarawikh dan puasa di rumah sahaja pada tahun ini. Hampir 2 bulan terperap di rumah, pasti kadangkala anda akan hadapi situasi yang membosankan. Masakan tidak, aktiviti harian yang dilakukan setiap hari tergendala akibat PKP. Usah risau! Walaupun duduk sahaja di rumah, masih terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan semasa musim kuarantin ini seperti; 1)       Mulakan amalan membaca -           Nah, disinilah waktunya untuk anda memupuk sikap membaca samada di dalam diri anda sendiri ataupun bersama anak-ana...

Tips Covid-19 : Check Suhu Badan Anda Setiap Hari

Image
Tahukah anda bahawa wabak Covid-19 ini mampu memberi kesan yang serius kepada kehidupan kita jika tidak amalkan ‘social distancing’ semasa keluar membeli barang. Pastikan anda berada dalam lingkungan jarak 1 meter dengan mana-mana individu untuk mengelakkan ‘direct contact’ agar tidak dijangkiti virus penyakit merbahaya ini. Seperti yang anda maklum, setiap kali pulang dari membeli barangan dapur atau keluar membuat urusan, basuh tangan dan segera mandi. Elakkan daripada menyentuh mana-mana permukaan agar virus ini tidak mudah berpindah. Juga bagi mengelakkan anda dijangkiti, usah melawat tempat yang berada di dalam zon merah. Jika anda mempunyai suhu badan yang tinggi melebihi 37 darjah celsius, disarankan untuk melawat hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Nah, disinilah kegunaan termometer dahi untuk memeriksa suhu badan itu penting. Tidak perlu beli yang mahal. Kini boleh didapati dengan harga dibawah RM100 ikut kemampuan bajet. ...

Shopping Checklist : Apa Yang Anda Perlukan Semasa Kuarantin Ini?

Image
Malaysia kini sudah berada di fasa ke-3 atas Perintah Kawalan Pergerakan PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19 benar-benar memberi impak dan kesan kepada seluruh rakyat bermula dari 18 Mac 2020. Perintah ini berkuatkuasa bagi mengehadkan pergerakan dan jalani ‘self-quarantine’ di rumah masing-masing kecuali terdapat urusan penting yang perlu untuk anda keluar dari rumah. Sejak PKP dilaksanakan, ada sesetengah daripada kita telah pun melakukan stok pembelian barangan runcit dengan banyak sehingga tidak muat peti sejuk dan bilik stor akibat tidak mahu keluar dari rumah selalu. Nah, ini tidak betul ya. Disinilah kegunaan shopping checklist ini. Semasa ingin melakukan pembelian, pastikan kita hanya perlu makanan dan barangan dapur yang mencukupi selama 14 hari sahaja. Ianya juga bergantung kepada saiz isi rumah anda. Namun, haruslah diingatkan bahawa tidak sepatutnya berlaku situasi ‘panic buying’ yang menyebabkan orang ramai membeli lebih dari apa yang diperlukan. D...

Amalkan Rutin Pembersihan Rumah Semasa Musim Kuarantin Ini!

Image
Musim kuarantin kini dilanjutkan lagi selama tempoh 14 hari lagi. Ada yang sudah resah gelisah, ada juga yang lebih relaks kerana inilah masanya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Inilah merupakan waktu terbaik untuk kita lakukan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di rumah sendiri. Sebenarnya ada beberapa cara, produk dan bahan berbeza yang boleh digunakan untuk tujuan sanitasi dan pembasmian   kuman, virus serta bakteria. Elakkan daripada dijangkiti virus dengan mengambil langkah proaktif seperti melakukan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi, pastikan anda fokus pada tempat-tempat yang lebih berisiko kepada sentuhan tangan seperti tombol pintu, sofa, kerusi, sinki, meja makan dan lain-lain.   5 Tips Sanitasi Rumah Anda Dari Bakteria dan Virus Merbahaya 1)       Mengelap barangan di dalam rumah dengan menggunakan disinfectant wipes atau tisu basah yang disanitasi. -        ...

COVID-19 : Beza antara topeng muka N95 dan surgical mask

Image
Perintah Pergerakan Kawalan yang bermula pada 18 Mac telah pun dilanjutkan sehingga 28 April 2020 mengikut sidang media oleh Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi. Info asas tentang langkah pencegahan masih lagi giat dijalankan antaranya adalah langkah asas yang harus diikuti oleh semua pihak ialah pemakaian topeng muka. Mereka yang mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan demam diwajibkan untuk memakai topeng muka setiap kali keluar membuat urusan. Langkah ini sebagai pencegahan bagi memastikan mengurangkan penularan jangkitan virus. Anda juga harus berada jarak 1 meter dari individu lain. Juga pastikan untuk mencuci tangan sekerapnya. Tahukah anda terdapat perbezaan antara topeng muka N95 dan surgical mask? Topeng Muka N95 (N95 Respirators) Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengesyorkan orang awam menggunakan topeng muka N95 kerana ianya tidak sesuai. Rekaan dan fungsi topeng ini has untuk kakitangan kesihatan yang melibatkan t...