Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya
Anda sering berasa badan kurang selesa? Perut anda selalu berangin? Ikuti artikel kali ini untuk mengetahui antara punca-punca angin dalam badan, tanda-tanda dan bagaimana cara untuk mengatasinya. Beberapa faktor boleh dijadikan sebab kenapa badan anda sentiasa berangin dan menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan tugasan harian. Antaranya adalah disebabkan faktor pengambilan makanan dan juga akibat bernafas menggunakan mulut. Semasa memilih makanan untuk diambil, anda haruslah berjaga-jaga. Jika anda jenis yang mudah masuk angin selepas makan, elakkan daripada mengambilnya. Sesetengah makanan yang diambil boleh memberi zat dan khasiat penting buat badan manakala ada juga yang akan membuatkan badan kita mudah dimasuki angin. Jika badan kita selalu berangin, pasti susah untuk beribadah dengan lebih fokus dan tenang serta menyebabkannya terbatal. Seperti membuang angin ketika solat. Ikuti 2 faktor utama punca angin dalam badan; 1. FAKTOR PEMAKANAN - Setiap individu me...