Parenting 101 : Tips Sebelum Membawa Si Kecil Bercuti
Musim cuti sekolah hampir tiba. Kita sudah pun menjejakkan kaki ke bulan
September. Hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi 2019 akan hampir tiba ke
penghujungnya. Bagi yang sudah berkahwin dan berkeluarga, pasti anda sudah
merancang hendak bercuti samada di dalam atau luar negara serta destinasi yang
ingin ditujui. Untuk yang belum merancang, sudah ada ideakah dimana tempat yang
anda ingin kunjungi? Cukup bajetkah?
Kalau tak cukup bajet, cukuplah sekadar bawa anak-anak keluar bersiar-siar
di sekitar ibu kota. Kalau yang ada sedikit bajet, boleh juga bawa si kecil
anda bercuti di dalam negara. Banyak tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia
ini. Tidak perlu ke luar negara. Bagi yang ada ekstra bajet, anda boleh
merancang bercuti di luar negara. Jauh sedikit. Dapat juga anda dan pasangan
luaskan pemandangan.
Jika anda masih bujang atau hanya berdua sahaja, pasti tidak perlu risau
memikirkan perkara-perkara remeh semasa hendak pergi bercuti. Yang penting ada
tiket, bagasi pakaian sudah sedia, masuk kereta dan jalan sahaja. Tetapi bila
ada yang kecil, anda harus titikberatkan keperluannya. Tambahan pula kalau
melancong ke luar negara. Banyak perkara yang perlu ada fikirkan.
Bila melancong sambil membawa si kecil, ada beberapa perkara yang harus
anda pertimbangkan dan haruslah merancang dengan lebih rapi. Tips dibawah ini
pasti dapat membantu anda merancang dengan lebih bijak;
·
Destinasi
- Jika melancong di dalam negeri, anda
tidak perlu risaukan perkara-perkara asas seperti pengangkutan ataupun
keperluan si kecil. Tetapi jika melancong ke luar negara, perkara penting yang
harus diutamakan seperti pasport, keperluan tambahan si kecil dan barangannya.
-
Barangan keperluan penting si kecil
adalah seperti susu dan pampers. Kadangkala, brand yang selalu digunakan oleh
anak anda, tidak dijual di negara luar.
·
Pengangkutan
- Jika anda melancong ke luar negara,
pasti pengangkutan utama adalah kapal terbang. Nah, disini tips yang digalakkan
adalah untuk mengambil penerbangan di waktu malam. Ini kerana waktu itu adalah
waktu yang tepat untuk si kecil tidur.
- Pastikan anda beri anak anda makan
terlebih dahulu sebelum boarding. Jadi, kalau dah naik kapal terus si kecil
tertidur, tidak perlulah anda mengejutkannya untuk menyuap makan.
- Ada bajet ekstra, pilihlah seat yang
lebih luas dan selesa agar si kecil anda tidak rasa rimas akibat tempat terlalu
sempit.
·
Jarak perjalanan dan kemudahan penginapan
- Anda harus ketahui berapa jauh jarak
perjalanan anda. Dan berapa lama anda merancang untuk bercuti. Sediakan
barangan keperluan tambahan agar tidak berkurangan semasa bercuti.
- Perkara penting yang perlu diambil
berat adalah seperti susu, pampers dan makanan si kecil.
- Pastikan tempat yang anda menginap
itu mesra kanak-kanak dan menyediakan kemudahan buat si kecil anda.
·
Ubatan kecemasan
- Semasa bercuti, kita selalunya tidak
peka akan keadaan faktor sekeliling yang mungkin mendatangkan kecederaan pada
si kecil. Nah, sediakan ubat-ubatan kecemasan seperti ubat demam, sakit perut,
selesema dan lain-lain lagi.
- Elakkan daripada membawa first aid
kit. Terutamanya jika naik kapal terbang, pasti beg anda akan melalui kawasan
pemeriksaan bagasi. Jangan membawa sebarang ubat-ubatan dalam bentuk cecair ya.
Nanti kena tahan, kami tak boleh tolong!
·
Bagasi / beg keperluan
- Membawa anak kecil ini sebenarnya
adalah perkara yang rumit. Anda harus menyiapkan bagasi lebih awal supaya tidak
tertinggal barangan penting si kecil. Susun keperluan makanan dan juga
pakaiannya mengikut berapa hari anda akan berada di sana.
- Asingkan napkin, pampers, susu dan
tisu basah ke dalam beg yang lain agar mudah anda membawanya bersama semasa
menaiki kapal terbang. Senang untuk anda menukar jika bayi anda lakukan
perkara-perkara ‘kecemasan’.
- Sediakan juga beg plastik kosong agar
mudah untuk anda membuang pampers kotor. Tidaklah nanti ‘semerbak’ harum baunya
satu kabin.
- Jika si kecil masih meminum susu
badan ibu, anda boleh membawanya naik ke dalam kabin. Ini antara peraturan yang
dibenarkan seperti susu ibu, susu formula dan makanan bayi.
·
Stroller
- Bercuti ke luar negara, sudah tentu
anda ingin menikmati suasana pemandangan dan juga bershopping. Penat bukan
kalau asyik mendukung si kecil sahaja jika ingin kemana-mana. Jangan lupa untuk
bawa bersama kereta sorong bayi atau stroller. Ini untuk memudahkan anda dan
pasangan agar tidak berasa letih sepanjang bercuti.
Tips : Sudah
dapatkan tips-tips penting ini? Ayuh, rancang percutian anda dengan rapi.
Jangan asyik risaukan barangan si kecil samada cukup atau tidak sampai anda
terlupa untuk membawa barangan sendiri pula, ya.
Notakaki : Semasa bercuti, apa kata anda bawa sekali gel mandian
aromaterapi 7Lime ini? Ianya dapat membuatkan anda kekal aktif dan cergas
sepanjang percutian. Jom klik disini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment