Posts

Showing posts from March, 2020

COVID-19 : Pandemik Yang Menggemparkan Seluruh Dunia

Image
Bila sebut sahaja tentang COVID-19, pasti ada yang sudah tahu mengenai akibat wabak penyakit pandemik yang kini melanda ke seluruh dunia. Tetapi tahukah anda apakah sebenarnya dimaksudkan dengan COVID-19 ini? COVID-19 atau lebih nama spesifiknya Coronavirus (CoV) adalah keluarga virus yang boleh menyebabkan kepada pelbagai jenis penyakit. Bermula dari selesema biasa sehingga ke penyakit yang lebih parah seperti MERS, SARS dan yang terbaru, COVID-19. Wabak penyakit ini ditular melalui haiwan dan manusia yang akan menyerang saluran pernafasan. Waktu inkubasi virus ini adalah selama 14 hari. Adalah baik untuk anda perhatikan simptom-simptom ini selepas 14 hari jika rasa badan kurang selesa. Antara simptom-simptom COVID-19 ialah; ·          Demam ·          Sakit badan / Lenguh ·          Pening Kepala ·          Batuk ·          Sukar Bernafas ·          Hilang selera makan ·          Hilang deria bau Jika anda alami gejala-gejala di atas, asingkan diri ( s