COVID-19 : Pandemik Yang Menggemparkan Seluruh Dunia




Bila sebut sahaja tentang COVID-19, pasti ada yang sudah tahu mengenai akibat wabak penyakit pandemik yang kini melanda ke seluruh dunia. Tetapi tahukah anda apakah sebenarnya dimaksudkan dengan COVID-19 ini? COVID-19 atau lebih nama spesifiknya Coronavirus (CoV) adalah keluarga virus yang boleh menyebabkan kepada pelbagai jenis penyakit.

Bermula dari selesema biasa sehingga ke penyakit yang lebih parah seperti MERS, SARS dan yang terbaru, COVID-19. Wabak penyakit ini ditular melalui haiwan dan manusia yang akan menyerang saluran pernafasan. Waktu inkubasi virus ini adalah selama 14 hari. Adalah baik untuk anda perhatikan simptom-simptom ini selepas 14 hari jika rasa badan kurang selesa.

Antara simptom-simptom COVID-19 ialah;
·         Demam
·         Sakit badan / Lenguh
·         Pening Kepala
·         Batuk
·         Sukar Bernafas
·         Hilang selera makan
·         Hilang deria bau

Jika anda alami gejala-gejala di atas, asingkan diri (self-quarantine) daripada bersentuhan dengan ahli keluarga atau melakukan direct contact pada orang sekeliling anda. Ini adalah bagi mengurangkan penyebaran virus tersebut lebih meluas. Pesakit yang alami penyakit ini mungkin akan melalui proses seperti berikut;

ü  Hari Pertama – Alami demam dan keletihan, sakit otot serta batuk kering. Ada juga yang alami cirit-birit dan mual untuk sehari dua yang pertama
ü  Hari Kelima – Pesakit yang berusia mungkin alami masalah kesukaran untuk bernafas (dyspnea). Ianya akan berlaku selepas 2 – 14 hari selepas simptom biasa seperti batuk, demam dan sesak nafas
ü  Hari Ketujuh – Pesakit yang menunjukkan tanda keletihan akibat dyspnea, perlulah mengunjungi hospital untuk rawatan lanjut. Jika mereka alami bibir atau wajah kebiruan, segerakan ke hospital
ü  Hari Kelapan – Simptom kesukaran bernafas menunjukkan paru-paru tidak memberi oksigen yang cukup kepada organ penting dalam badan
ü  Hari Kesepuluh – Pesakit akan alami kesukaran bernafas dengan teruk dan perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
ü  Hari Kedua Belas – Demam akan mula berkurangan, namun anda akan alami batuk untuk jangka masa panjang

Pastikan anda menjalani ujian saringan COVID-19 jika anda menghadiri mana-mana majlis sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Mungkin sesetengah daripada anda tidak akan alami gejala-gejala biasa seperti batuk atau demam. Tetapi disebabkan menyentuh individu yang pernah ke luar negara sebelum ini juga mungkin akan menjadi penyebab anda terkena jangkitan wabak ini.

p/s : Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Apa kata setelah pulang daripada membeli barangan atau melakukan sebarang urusan, terus sahaja mandi dengan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady. Bersihkan badan anda daripada segala kotoran dan bakteria merbahaya. Klik disini untuk maklumat lanjut; http://ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!