Posts

Showing posts from May, 2019

Rahsia Kulit Cantik Semasa Musim Panas

Image
Tahukah anda negara Arab adalah di antara Top 5 negara paling panas di dunia kerana suhunya boleh mencapai sehingga 58 darjah selsius. Tetapi kulit wanita Arab masih kekal cantik, sihat, segar dan berseri berpanjangan walaupun mereka mendiami negara yang boleh dikatakan setiap hari musim kemarau dan ribut pasir. Penduduk Arab mempunyai kesihatan kulit yang sempurna tidak kira samada lelaki atau perempuan. Mereka boleh dikategorikan memiliki raut wajah yang tampan dan menawan. Jika di Malaysia pula, cuaca seringkali tidak menentu. Kadangkala, panas dan tiba-tiba sahaja hujan. Jerebu boleh juga dikatakan sebagai musim yang ‘wajib’ ada di Malaysia ini. Sewaktu musim panas, ianya bukan sahaja terik tetapi kering yang boleh menyebabkan kulit terasa sakit jika terdedah lama dibawah sinaran UV. Cahaya UVA dan UVB akan membuatkan kulit anda merengsa dan merosakkan bagi sesetengah individu yang mempunyai kulit sensitif. Elakkan daripada bercuti ke pantai atau berjemur dibawah sina

Raikan Raya Dengan 7Lime Ini Yang Pasti Membuatkan 1 Syawal Anda Lebih Ceria

Image
Hari Raya menjelang tiba lagi untuk tahun 2019 ini! 1 Syawal sudah pasti dinantikan oleh semua peringkat umur tidak kira dewasa dan kanak-kanak bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan dimana umat Islam di seluruh dunia telah menjalani selama sebulan. Menahan lapar dan dahaga selama satu bulan sambil melakukan ibadah dengan penuh ketekunan. Hari Raya Aidilfitri boleh dimulakan melalui 2 acara yang berbeza iaitu rukyah – melihat anak bulan atau secara hisab – melalui kiraan. Di Malaysia, kebiasaannya, pegawai dari Jabatan Agama Islam akan memerhati anak bulan dari petang sehingga ke waktu Maghrib di lokasi yang strategik. Sudahkah anda melakukan persiapan Hari Raya? Hanya tinggal kurang dari seminggu sahaja lagi untuk anda melakukan persiapan. Anak-anak kecil pasti gembira dapat memakai baju yang baru. Tetapi jika baju yang lama masih boleh muat dan elok lagi, gunakanlah sebaik yang mungkin. Elakkan pembaziran. Bila bercakap tentang Hari Raya, pasti ada di antara anda

7 Punca Utama Emosi Terganggu

Image
Jika dipetik mengenai ‘emosi terganggu’ ini, seringkali kita kaitkan dengan tekanan yang dilalui oleh seseorang individu itu. Masalah terdiri daripada pelbagai cabang dan sudut seperti masalah cinta, keluarga dan bebanan di tempat kerja. Namun, situasi seperti menguruskan keluarga semasa menyambut perayaan dan bermulanya sesi persekolahan antara punca yang boleh mencetuskan ketegangan emosi. Emosi memberi kesan pada kesihatan mental dan fizikal anda. Jika emosi tidak stabil, ianya akan menyebabkan masalah fizikal anda merudum. Jom ikuti 7 punca utama yang akan menjadi penyebab masalah gangguan emosi; 1. Beban kewangan - Kekangan kewangan menjadi salah satu punca utama kenapa kita seringkali mengalami emosi tidak stabil terutamanya di masa perlu untuk menggunakan duit dengan jumlah yang banyak. Seperti perayaan, sesi persekolahan dan lain-lain lagi. Duit yang kurang, pasti akan menyebabkan kita tidak dapat berfikir dengan waras. Inilah selalunya terjadi kes dera terhadap a

Atasi Gangguan Emosi Dengan 7 Perkara Ini

Image
Tahukah anda jika membiarkan emosi mengawal perasaan dan berlarutan secara berpanjangan menyebabkan sesuatu yang buruk akan berlaku bukan hanya pada diri anda sahaja tetapi juga pada orang sekeliling. Perhubungan sesama manusia secara rohani juga akan pincang akibat tiada persefahaman. Kita akan mula merasakan dunia ini sangat kejam kerana tiada yang memahami perasaan yang dialami ketika itu. Gangguan emosi adalah disebabkan keadaan mental yang tidak stabil. ‘Overthinking’ juga menjadi penyebab utama kenapa masalah emosi terganggu terjadi. Untuk mengharungi rintangan dalam sesuatu masalah adalah lupakan perkara yang lampau dan hidup untuk masa kini. Apakah cara yang berkesan untuk mengelakkan gangguan emosi? Ikuti list dibawah; 1. Panas baran - Ianya seringkali terjadi akibat perasaan yang tidak dapat dikawal dan ada sahaja perkara yang menyebabkan kita akan berasa jengkel dengan mudah. Kawal perasaan dan emosi anda sebelum melakukan sesuatu perkara. Tarik nafas sed

Cara Mandi Dengan Betul Untuk Menaikkan Kembali Semangat Jati Diri

Image
Bila sebut sahaja tentang mandi, seperti yang anda ketahui, hanya perlu menjirus beberapa kali sebelum selesai. Salah! Mandi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Terutamanya bagi anda yang baru sahaja pulang dari tempat kerja atau kuliah dan berasa stres dengan keadaan sekeliling. Juga terbaik semasa anda berasa badan tidak selesa atau berhaba secara tiba-tiba. Mandi merupakan jalan penyelesaian terbaik. Ini kerana ianya dapat menurunkan suhu badan serta menyegarkan kulit yang tegang. Terdapat beberapa langkah berkesan untuk menaikkan kembali semangat jati diri melalui pemandian yang betul. Contoh yang terbaik adalah dengan menggunakan set mandian yang mempunyai kandungan aromaterapi didalamnya. Jika anda mandi dengan menggunakan gel mandian yang mengandungi aromaterapi, kulit akan menjadi kembali normal dan hilang stres. Badan anda akan menjadi lebih relaks dan dapat berfikir dengan lebih tenang. Tahukah anda jika mandi menggunakan aromaterapi, kualiti tidu

Kekal Cergas Sepanjang Bulan Ramadhan Dengan 7 Tips Berguna Ini

Image
Bulan mulia, bulan Ramadhan tiba lagi untuk tahun 2019 ini. Bulan mengajar kita erti kesabaran serta menahan lapar dan dahaga. Umat Islam berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah puasa dan solat dengan penuh ketekunan. Ada yang bertambah gigih mencari duit sampingan buat perbelanjaan menjelang Hari Raya nanti. Ada juga yang masih meneruskan aktiviti seperti biasa. Tetapi untuk lakukan semua ini, pasti anda perlukan tenaga ekstra lebih daripada biasa. Jom ikuti 7 tips berkesan ini untuk anda sentiasa kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan. Tiada lagi masalah badan keletihan atau lesu! 1. Bersahur - Tips paling penting untuk anda kekal cergas adalah, jangan ‘skip’ waktu bersahur kerana badan seharusnya menerima glukosa secukupnya daripada pemakanan yang diambil. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti bijirin. Karbohidrat dapat memproses menjadi tenaga untuk dilepaskan perlahan-lahan sepanjang anda berpuasa serta mengekalkan stamina. 2. Kekalkan ter

7 Sebab Yang Membuatkan Anda Jatuh Cinta Dengan Shower Gel Aromaterapi Masa Kini

Image
Sebaik sahaja pulang daripada menjalani aktiviti harian seperti kuliah, bekerja, bersenam atau beriadah, pasti badan anda akan terasa tegang serta menimbulkan rasa ketidakselesaan. Gunakan gel mandian aromaterapi yang menjadi pilihan para pengguna pada masa kini. Diperkaya dengan 7 esktrak bunga iaitu Lavender, Ylang Ylang, Saffron, Germanium Rose, Jasmine, Daisy dan Orchid menambahkan lagi keharuman gel mandian ini semasa anda menggunakannya. Antara 7 sebab mengapa gel mandian aromaterapi ini akan membuatkan anda jatuh cinta; 1. Head-to-Toe - Gel mandian ini multifungsi dan boleh digunakan untuk muka, badan dan rambut tanpa perlu memakai produk yang berbeza. Ianya tidak akan menyebabkan kesan sampingan seperti iritasi dan merengsa. 2. 7 Floral - Dengan mengandungi 7 ekstrak daripada haruman bunga membuatkan anda rasa lebih tenang selepas mandi. Suhu badan anda juga akan turun selepas mandi dan ditambah pula dengan gel mandian ini, pasti tidak sabar pulang ke rumah

Punca Kulit Kering Akibat Tersalah Menggunakan Produk Penjagaan Diri

Image
Kebiasaannya, kulit kering tidak mudah dilihat oleh mata kasar jika tidak menimbulkan sisik seperti mengelupas atau melepuh. Tetapi sebaik sahaja dipegang kulitnya, baru terasa bahawa kulit tersebut mengalami musim ‘kemarau’. Sesetengah daripada anda, pasti berasa kurang selesa apabila berjumpa dengan sahabat-handai atau orang sekeliling apabila mengalami masalah kulit sebegini. Secara saintifiknya, kulit kering dikenali sebagai xerosis atau xeroderma kerana memiliki kulit yang mempunyai permukaan kasar. Keadaan kulit ini akan terasa pedih semasa mandi atau berenang kerana air yang terkena terus pada isi. Antara keadaan kulit kering adalah kemerahan, gatal, garis halus pada permukaan kulit, bersisik dan mengelupas. Berjumpalah dengan ahli dermatologi atau pakar sakit kulit untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengelakkan radang kulit dan infeksi menjadi lebih teruk. Salah satu penyebab kulit kering adalah akibat tersalah menggunakan produk penjagaan diri. Kulit yang sih

7 Masalah Kulit Akibat Pemilihan Sabun Mandi Yang Tidak Sesuai

Image
Terlalu banyak lambakan sabun mandi yang ada di pasaran dan boleh dipilih oleh anda. Dari jenama yang murah sehinggalah mahal, semuanya masih dalam lingkungan harga mampu untuk dimiliki. Tahukah anda salah memilih sabun mandi akan mengakibatkan penyakit buat kulit atau masalah kesihatan anda akan terganggu? Semasa memilih atau ingin membeli sabun mandi, haruslah diteliti dahulu isi kandungannya. Samada sesuai atau tidak dengan kulit anda. Dikhuatiri terdapat bahan yang kurang sesuai buat kulit badan anda terutamanya buat yang mengalami masalah kulit sensitif. Tersalah menggunakan produk sabun mandi akan mengakibatkan antara 7 jenis masalah kesihatan ini; 1. Kulit menjadi kering - Elakkan daripada memilih sabun yang mengandungi antiseptik atau berbusa. Ini kerana antiseptik akan membuatkan kulit anda menjadi kesat akibat minyak semulajadi pada kulit telah dihapuskan oleh sabun tersebut. Lambat laun, kulit akan menjadi gatal dan berkedut. 2. Jerawat timbul pada kulit ba

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Image
Terdapat 2 sudut pandangan yang harus diterima dek akal kita kenapa wajib untuk anda membersihkan diri atau bersuci setiap hari. Jika dilihat dari sudut saintifiknya, manfaat menyucikan badan adalah untuk meningkatkan sistem pertahanan/imun badan, mencegah penyakit kulit serta menyembuhkan penyakit serius yang dialami oleh anda. Tetapi jika dilihat melalui sudut Islam, tidak sah hendak bersolat tanpa bersuci terlebih dahulu. Maka, mandi itu diharuskan. Antara 7 sebab mengapa anda perlu mandi setiap hari adalah; ·          Ketenangan pada tubuh badan -           Tubuh yang berhaba merupakan salah satu penyebab kesihatan anda menjadi bermasalah. Jika malas atau jarang mandi akan menyebabkan sistem pencernaan terganggu, jangkitan kuman, selesema dan banyak lagi. ·          Hilangkan debu dan kotoran -           Bagi umat Islam, kita diharuskan untuk bersuci sebelum menunaikan ibadah. Hendak menghadap Allah S.W.T haruslah berwangian-wangian dan dalam keadaan yang bersih