Posts

Showing posts from January, 2020

Mandian Herba Untuk Ibu Berpantang

Image
Dalam masyarakat Melayu, mandian herba ini terbaik untuk wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan telah diamalkan sejak turun-temurun lagi. Tahukah anda terdapat 3 jnis mandian yang terbaik untuk wanita yang baru bersalin seperti mandian daun dan rempah, lulur dan mandi bunga. Kebaikan untuk mandian-mandian ini adalah seperti; ·          Mencuci alat sulit wanita supaya luka selepas bersalin cepat dipulihkan ·          Untuk membuang angin dan toksin dalam badan ·          Bantu bersihkan darah nifas yang masih melekat selepas bersalin ·          Hapuskan daki dan sel-sel kulit mati pada badan ·          Pecahkan lemak badan, kulit terasa lembut, segar dan bermaya. Elakkan daripada ‘angin’ masuk ke dalam ibu yang sedang berpantang ·          Hilangkan bau badan Wanita yang baru sahaja bersalin dan dalam proses berpantang, anda dinasihatkan untuk mengamalkan mandian herba bagi menguatkan kembali imun sistem serta memberi tenaga. Air mandian herba ini juga diga

Mandian 101 : Kebaikan Mandian Lumpur

Image
Mungkin sesetengah daripada anda pasti akan keliru dengan perkataan sertu atau samak. Tetapi terdapat perbezaan antara 2 perkataan/perbuatan ini. Sertu bermaksud menyucikan bahagian badan yang terkena najis mughallazah seperti anjing atau khinzir. Ianya merupakan air yang dicampur dengan tanah sekali dan air mutlak sebanyak 6 kali. Manakala samak pula terdapat beberapa maksud disini. Antaranya adalah bahan zat yang digunakan untuk memasak atau mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dan sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit anda daripada najis. Kaedah samak adalah untuk menyucikan haiwan yang samada boleh dimakan ataupun tidak iaitu dengan menghilangkan darah / benda busuk yang melekat pada daging dengan benda tajam. Tahukah anda terdapat beberapa manfaat yang boleh diperolehi dengan bersamak; ·          Menghapuskan kuman atau penyakit yang terdapat pada kulit binatang ·          Kulit binatang yang digunakan lebih suci dan bersih ·

Daun Bidara : Mandian Wajib Diamalkan

Image
Pelbagai tumbuhan telah pun disebut di dalam Al-Quran dan tidak ketinggalan juga daun bidara yang disebut sebagai pokok di dalam syurga. Pokok ini juga banyak keistimewaannya tersendiri. Terdapat khasiat yang boleh dijadikan sebagai penyembuh penyakit atau penghalau Jin. Pokok bidara ini merupakan sejenis pokok yang renek hijau yang tumbuh dengan ketinggian sehingga 15 meter. Daunnya rimbun, duri dan berdahan rendang, manakala buah pokok bidara ini pula berbiji, jenis berair serta lembut. Diuji secara klinikal, pokok daun bidara ini terbukti boleh menjadi penawar kepada penyakit luaran atau dalaman. Ianya sejenis pokok yang antioksidan, alkaloids, mengandungi pelbagai jenis vitamin dan karotin, kalsium serta zat besi. Setiap penjuru pokok bidara ini mempunyai khasiat yang berbeza iaitu; ·         Daun – merawat penyakit hati, demam, lelah, cirit-birit, nanah luka, radang, bengkak, tonsil dan masalah kitaran haid ·         Buah – Paru-paru dan masalah penghadaman / p

Mandian Garam Bukit : Baik Untuk Buang Cas Negatif Dalam Badan

Image
Mandian garam? Tahukah anda mandian garam dapat membuang cas-cas negatif yang ada di dalam badan dan mengembalikan aura positif. Tambahan pula, seperti yang anda ketahui bahawa garam adalah kegunaannya untuk masakan. Ye, betul. Tetapi itu garam putih. Garam bukit merupakan garam organik dan berkhasiat untuk anda. Ianya mempunyai struktur geomatrik kristaline dan garam paling bersih. Garam halus biasa atau lebih dikenali sebagai garam putih di proses sehingga kandungannya menjadi sodium pasif. Disinilah timbul penyakit darah tinggi ( High Blood Pressure – HBP ). Selain untuk mandian, apa kata anda bertukar pula kepada garam bukit di dalam masakan agar kesihatan anda lebih terjaga. Diperkaya dengan iodin, garam bukit dipercayai dapat mengimbangi kalsium dalam tubuh seperti mencegah osteoporosis. Bagaimana untuk mengenali garam bukit ini? Berona pink, garam ini adalah 100% dengan kandungan asli dan hampir tidak diproses. Garam ini juga mengandungi 84 elemen semulajadi yang d

Mandian Limau Untuk Hindari Badan Letih

Image
Amalan mandian menggunakan limau purut sangat terkenal dalam perubatan Islam. Ini kerana mandian ini dapat menghindari anda dari gangguan makhluk halus dan menyegarkan kembali badan. Jika badan terasa letih dan sengal-sengal, pasti tidak selesa untuk melangsaikan kerja dengan sempurna. Bagi anda yang berkesempatan, amalkan mandian limau ini sebanyak 3 kali seminggu. Kesan mandian air limau ini dapat memulihkan kembali tenaga dalaman dan tiada lagi masalah badan kelesuan. Bila badan tidak selesa, pasti tidur malam juga akan terganggu. Dan ini juga menjadi salah satu penyebab aktiviti harian anda tergendala akibat badan kurang enak. Kelebihan limau purut bukan sahaja untuk kesegaran badan malahan terdapat beberapa manfaat yang boleh anda gunakan seperti; ·          Masalah kulit kepala kering ·          Hilangkan bau badan ·          Tanggalkan kesan kotoran yang degil ·          Atasi masalah gigi kuning ·          Pewangi semulajadi Mandian air limau ini juga

Khasiat Mandi Bunga : Ini Yang Perlu Anda Tahu

Image
Sebut sahaja tentang mandian bunga, apakah yang terlintasi di fikiran anda? Ya, mandi bunga sangat sinonim dengan masyarakat Melayu. Terutamanya dalam membuang segala ‘bala’ atau mempercepatkan jodoh. Ada yang menjadikan amalan ini sebagai rutin untuk mendapat jodoh. Jika mengikut agama Islam, tidak eloklah kita mempercayai kaedah ini kerana boleh dianggap sebagai syirik. Tetapi mengikut saintifik, ianya bagus untuk kesihatan. Mandian bunga dapat menaikkan kembali seri wajah anda yang tidak bermaya. Badan juga akan menjadi lebih segar oleh kerana khasiat yang ada pada bunga-bungaan tersebut menyerap masuk ke dalam lapisan kulit. Jangan terkejut pula jika ada juga lelaki yang mengamalkan mandian bunga ini. Bukan apa. Tujuannya hanya untuk mencantikkan kulit agar tidak terlihat kusam. Bagi yang bakal mendirikan rumahtangga juga boleh mandi bunga. Ini bagi menaikkan seri pengantin semasa di majlis perkahwinan anda nanti. Tetapi….jika anda mandi bunga dengan menggunakan ritual