Posts

Showing posts from 2019

KULIT KERING: APAKAH PUNCANYA?

Image
Semua wanita mengimpikan kulit sihat dan cantik. Jadi, tak hairanlah jika masalah kulit kering menjadi antara hal yang meruncingkan wanita, terutama bagi mereka yang bekerjaya dan lagi membimbangkan yang bakal bergelar pasangan raja sehari. Jika ditanya kepada mereka yang berdepan masalah ini, sudah tentu banyak cara yang dilakukan untuk mendapatkan kulit sihat. Tambahan apabila ruam, kulit bersisik, mengelupas, kesan penuaan, garis halus dan kedut nampak ketara apabila kulit terlalu kering.   Di bawah ini antara punca kulit mula jadi kering  1. Penggunaan Pengdingin Udara Kekerapan menggunakan pendingin udara menyebabkan risiko kulit kering semakin meningkat. Suhu pendingin udara yang terlalu sejuk boleh menyebabkan persekitaran kurang lembap dan menjadikan kulit mula kering jika terlalu kerap di dalam bilik. 2. Mandi Dengan Air Yang Terlalu Panas Bila biasa mandi dengan air panas boleh menyebabkan kelembapan kulit hilang. Jadi pastikan air tidak terlalu panas bagi menge

6 Petua Tradisional Hilangkan Panau Dengan Mudah

Image
Panau atau ‘tinea versicolor’ adalah sejenis jangkitan kulat yang disebabkan oleh kulat jenis genus Malassezia. Apakah ciri-ciri panau? Antara ciri-ciri panau yang dapat dilihat dengan mata kasar adalah tompok-tompok jelas dan pucat yang berwarna putih, coklat, perang, hitam atau merah jambu. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang kala akan bercantum menyebabkannya menjadi lebih besar dan luas. Ia kebiasaannya akan menyerang bahagian kulit yang terdapat banyak penghasilan minyak seperti muka, leher, kulit kepala, dada serta belakang badan. Kebiasaannya, penderita jangkitan panau ini akan berasa gatal pada kawasan kulit yang mengalami panau. Apakah punca berlakunya panau? Terdapat beberapa punca berlakunya panau, termasuklah: Jenis kulit berminyak Penghasilan peluh yang berlebihan Sistem imun yang rendah Cuaca panas dan lembab Kerap memakai pakaian yang lembab atau basah Kurang menjaga kebersihan diri Kurangnya zat

Susu Formula : Yang Manakah Terbaik Untuk Si Kecil?

Image
Sesetengah daripada para ibu yang baru sahaja melahirkan bayi kecil, pasti ingin memberi susu badan agar imunisasi anak anda menjadi lebih kuat dan stabil. Tetapi bagi sesetengah daripada anda pula, pasti mengalami masalah kekurangan susu atau susu lambat keluar. Terdapat pelbagai teknik boleh dilakukan untuk menghasilkan pengeluaran susu badan dengan banyak seperti minum air buah mata kucing yang direbus atau melalui teknologi terkini iaitu milkbooster . Apabila usia anak menginjak melebihi 6 bulan atau 1 tahun, anda boleh cuba untuk memberikannya susu formula. Selang-selikan dengan susu badan agar si kecil dapat menerima susu formula dengan baik dan tidak perlu anda menyediakan susu badan untuknya lagi. Susu formula boleh dijadikan sebagai alternatif lain untuk minuman si kecil semasa anda kekurangan susu atau ingin ‘putus susu’. Terdapat lambakan jenama susu formula di pasaran yang sudah tentu anda ketahui jenama-jenamanya. Tetapi adakah ianya bagus untuk si kecil atau

Parenting 101 : Tips Sebelum Membawa Si Kecil Bercuti

Image
Musim cuti sekolah hampir tiba. Kita sudah pun menjejakkan kaki ke bulan September. Hanya tinggal 4 bulan sahaja lagi 2019 akan hampir tiba ke penghujungnya. Bagi yang sudah berkahwin dan berkeluarga, pasti anda sudah merancang hendak bercuti samada di dalam atau luar negara serta destinasi yang ingin ditujui. Untuk yang belum merancang, sudah ada ideakah dimana tempat yang anda ingin kunjungi? Cukup bajetkah? Kalau tak cukup bajet, cukuplah sekadar bawa anak-anak keluar bersiar-siar di sekitar ibu kota. Kalau yang ada sedikit bajet, boleh juga bawa si kecil anda bercuti di dalam negara. Banyak tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia ini. Tidak perlu ke luar negara. Bagi yang ada ekstra bajet, anda boleh merancang bercuti di luar negara. Jauh sedikit. Dapat juga anda dan pasangan luaskan pemandangan.   Jika anda masih bujang atau hanya berdua sahaja, pasti tidak perlu risau memikirkan perkara-perkara remeh semasa hendak pergi bercuti. Yang penting ada tiket, bagasi pak

Prosedur Sebelum Berkahwin : Tips Wajib Perlu Diketahui

Image
Buat bakal pengantin di luar sana, artikel kali ini khas untuk anda. Kita sudah menghampiri 3 bulan terakhir dalam tahun 2019 ini. Sudah pasti ada yang merancang untuk bercuti bersama keluarga atau melangsungkan perkahwinan memandangkan cuti sekolah juga semakin dekat. Ada yang sudah memulakan persiapan dan ada juga yang masih sibuk ke sana-ke mari untuk merancang apa yang patut dilakukan. Nah, ada sesetengah perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh anda. Terutamanya perkara yang melibatkan dokumentasi. Sebelum melangsungkan perkahwinan, ada beberapa prosedur harus anda patuhi seperti menghantar borang kahwin dan aturan proses sebetulnya. Dibawah ini terdapat tips yang boleh anda lakukan semasa menyediakan proses tersebut; ·          Isi borang secara online -    Anda harus layari laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia; http://www.sppim.gov.my/sppim/home . Kemudian, klik pada Benar Nikah Online (Kebenaran untuk Bernikah). Dan, klik pada ‘Permohonan