7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari




Terdapat 2 sudut pandangan yang harus diterima dek akal kita kenapa wajib untuk anda membersihkan diri atau bersuci setiap hari. Jika dilihat dari sudut saintifiknya, manfaat menyucikan badan adalah untuk meningkatkan sistem pertahanan/imun badan, mencegah penyakit kulit serta menyembuhkan penyakit serius yang dialami oleh anda. Tetapi jika dilihat melalui sudut Islam, tidak sah hendak bersolat tanpa bersuci terlebih dahulu. Maka, mandi itu diharuskan.

Antara 7 sebab mengapa anda perlu mandi setiap hari adalah;
·         Ketenangan pada tubuh badan
-          Tubuh yang berhaba merupakan salah satu penyebab kesihatan anda menjadi bermasalah. Jika malas atau jarang mandi akan menyebabkan sistem pencernaan terganggu, jangkitan kuman, selesema dan banyak lagi.

·         Hilangkan debu dan kotoran
-          Bagi umat Islam, kita diharuskan untuk bersuci sebelum menunaikan ibadah. Hendak menghadap Allah S.W.T haruslah berwangian-wangian dan dalam keadaan yang bersih.

·         Kurang stres dan depresi
-          Tahukah anda bahawa pada tahun 2020, penyakit depresi akan menjadi penyakit no.1 di seluruh dunia? Balik dari kerja atau kuliah, pasti anda akan berasa stres. Stres dengan tugasan kuliah, stres dengan bos, stres dengan orang sekeliling. Jiruslah sekali dua untuk menenangkan diri. Kurangkan stres, elak depresi!

·         Menguatkan sistem pertahanan / imun badan
-          Mengikut kajian, mandi mampu untuk meningkatkan sel darah putih dalam tubuh badan anda. Suhu tubuh yang berhaba akan membunuh sel darah putih. Jadi, mandi adalah jalan penyelesaian terbaik sambil meningkatkan sistem imunisasi badan. Mandi di waktu pagi dapat memberikan tenaga untuk anda menjalani aktiviti harian.

·         Atasi insomnia
-          Jika anda mandi menggunakan air panas, ianya merupakan solusi terbaik untuk mengatasi masalah insomnia. Berendamlah di dalam air panas sebelum tidur. Ini kerana tubuh badan anda akan berasa lebih relaks. Nah, tiada masalah untuk tidur dengan nyenyak selepas berendam. Jangan rendam sampai kecut kulit pula nanti!

·         Peredaran darah menjadi lancar
-          Berendam adalah cara terbaik untuk melancarkan peredaran darah. Ini kerana badan yang terlalu letih akan menyebabkan peredaran darah anda menjadi tidak lancar. Penyebab utama terjadinya pening kepala.

·         Berkesan untuk menjaga kecantikan kulit dan rambut
-          Untuk anda yang pentingkan kecantikan bukan sahaja badan tetapi juga rambut, pastikan mandi secara konsisten 2-3 kali sehari. Segala kotoran yang melekap setelah seharian anda berada di luar akan terhapus dan tubuh akan berasa lebih ringan serta segar.  

Tips : Mandi itu sememangnya penting. Tetapi janganlah mandi di tengah malam. Nanti penyakit lain pula yang datang!

Comments

Popular posts from this blog

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

7 Aktiviti Ekstrim / Lasak Sesuai Untuk Wanita