Prosedur Sebelum Berkahwin : Tips Wajib Perlu Diketahui




Buat bakal pengantin di luar sana, artikel kali ini khas untuk anda. Kita sudah menghampiri 3 bulan terakhir dalam tahun 2019 ini. Sudah pasti ada yang merancang untuk bercuti bersama keluarga atau melangsungkan perkahwinan memandangkan cuti sekolah juga semakin dekat. Ada yang sudah memulakan persiapan dan ada juga yang masih sibuk ke sana-ke mari untuk merancang apa yang patut dilakukan.

Nah, ada sesetengah perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh anda. Terutamanya perkara yang melibatkan dokumentasi. Sebelum melangsungkan perkahwinan, ada beberapa prosedur harus anda patuhi seperti menghantar borang kahwin dan aturan proses sebetulnya. Dibawah ini terdapat tips yang boleh anda lakukan semasa menyediakan proses tersebut;

·         Isi borang secara online
-  Anda harus layari laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia; http://www.sppim.gov.my/sppim/home . Kemudian, klik pada Benar Nikah Online (Kebenaran untuk Bernikah). Dan, klik pada ‘Permohonan Baru’.
-          Selepas mengisi borang tersebut, simpan nombor rujukan permohonan yang diberi oleh setiap pasangan bakal pengantin. Penting ye untuk simpankan nombor itu kerana ianya digunakan setiap kali anda ingin login ke laman web tersebut.
-      Anda boleh kemaskini borang tersebut selagi belum diproses oleh Jabatan Agama. (Hanya sesetengah negeri sahaja yang boleh memohon secara online. Bagi kawasan anda yang tidak boleh didaftar online, mohonlah secara manual di pejabat agama negeri masing-masing.)

·         Periksa kawasan pasangan anda
-      Jika pasangan bakal pengantin tinggal di sama daerah, anda harus menghantar borang online tersebut ke pejabat agama dalam tempoh masa 30 hari atau sebulan sebelum tarikh pernikahan.
-     Bagi yang tinggal daerah berlainan, tempoh masa untuk menghantar borang tersebut adalah dalam 90 hari atau 3 bulan dari tarikh pernikahan.

·         Prosedur menghantar borang
-       Pastikan borang yang dihantar sudah dilengkapi dengan tandatangan dan cop rasmi imam masjid kariah berdekatan anda. Bawa juga dokumen lengkap yang diminta bersama borang online tersebut.
-   Bayaran dikenakan sebanyak RM15 seorang (bukan satu pasangan, ye) dan borang kebenaran berkahwin ini selalunya akan siapsedia dalam masa seminggu sahaja. Bergantung pada pejabat agama negeri masing-masing.

·         Buat bakal pengantin lelaki
-      Untuk pasangan yang berbeza daerah/negeri, dapatkan semula borang kebenaran bernikah tersebut daripada jabatan agama dan serahkan kepada ahli keluarga pasangan bakal pengantin perempuan.
-       Tetapi buat pasangan sama daerah/negeri, boleh terus serahkan sahaja pada kariah masjid yang bertanggungjawab untuk menjalani sesi akad nikah.

·         Majlis ijabkabul
-     Semasa akad nikah, tok kadi akan memberi surat nikah sementara. Periksa maklumat yang diberikan adalah betul serta tepat seperti nama, IC, tempat tinggal dan lain-lain lagi. 
-   Kemudian, bawa surat akad nikah sementara itu ke pejabat agama daerah pasangan perempuan.

·         Proses memohon sijil nikah
-          Bawa surat nikah sementara, IC (anda, pasangan dan wali) dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM20 untuk sijil tersebut. Prosesnya akan siap hanya selepas sebulan anda bernikah. Pastikan anda membuat salinan dan simpan pada anda. Takut juga kalau diserbu oleh orang jabatan agama, anda boleh tunjukkan bukti bahawa anda sudah bernikah secara sah.


·         Permohonan kad kahwin
-     Untuk lebih selamat, selepas mendapatkan sijil nikah tersebut, pastikan anda lakukan prosedur yang sepatutnya bagi mendapatkan kad kahwin pula. Bayaran dikenakan hanya RM40 sahaja untuk setiap pasangan. Periksa dengan jabatan agama mengenai dokumen yang diperlukan untuk proses tersebut. Mudah, bukan?

Tips : Mungkin prosedurnya anda akan nampak rumit dan leceh tetapi ini adalah perkara wajib untuk anda ketahui, ya!

Notakaki : Ingin kelihatan lebih berseri semasa majlis perkahwinan anda nanti? Jom cuba gel mandian aromaterapi 7Lime ini. Anda pasti akan tampil segar dan cergas sepanjang majlis berlangsung. Klik disini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

7 Aktiviti Ekstrim / Lasak Sesuai Untuk Wanita