Susu Formula : Yang Manakah Terbaik Untuk Si Kecil?




Sesetengah daripada para ibu yang baru sahaja melahirkan bayi kecil, pasti ingin memberi susu badan agar imunisasi anak anda menjadi lebih kuat dan stabil. Tetapi bagi sesetengah daripada anda pula, pasti mengalami masalah kekurangan susu atau susu lambat keluar. Terdapat pelbagai teknik boleh dilakukan untuk menghasilkan pengeluaran susu badan dengan banyak seperti minum air buah mata kucing yang direbus atau melalui teknologi terkini iaitu milkbooster.

Apabila usia anak menginjak melebihi 6 bulan atau 1 tahun, anda boleh cuba untuk memberikannya susu formula. Selang-selikan dengan susu badan agar si kecil dapat menerima susu formula dengan baik dan tidak perlu anda menyediakan susu badan untuknya lagi. Susu formula boleh dijadikan sebagai alternatif lain untuk minuman si kecil semasa anda kekurangan susu atau ingin ‘putus susu’.

Terdapat lambakan jenama susu formula di pasaran yang sudah tentu anda ketahui jenama-jenamanya. Tetapi adakah ianya bagus untuk si kecil atau tidak? Jom ikuti senarai dibawah untuk mengetahui susu formula yang terbaik buat si kecil anda;


·         Wyeth S26
-   Dirumus khas untuk bayi newborn sehingga berumur 12 bulan bagi meningkatkan perkembangan minda dan terbaik buat pertumbuhan awal si kecil. Diperkaya dengan khasiat seperti kalsium, lutein, A-Protein, AA, DHA dan 5 Nukleotida.


·         Frisolac
-        Direka khas untuk atasi masalah pencernaan si kecil anda seperti muntah, kembung perut dan sembelit. Mengandungi zat dan nutrien penting yang diperlukan oleh si kecil.


·         Karihome Instant Formula
-    Kebanyakan susu formula di pasaran adalah berasaskan daripada susu lembu. Susu kambing dari Karihome ini terbaik dijadikan alternatif pengganti kepada susu lembu. Ini kerana sesetengah bayi tidak boleh menerima susu lembu dengan baik. Maka, anda boleh berikan susu lembu yang dijamin Halal dan baik untuk kesihatan si kecil.


·         Snow Brand Neo Baby Infant Formula
-        Mungkin sesetengah daripada bayi terkena penyakit jaundice atau lebih dikenali sebagai demam kuning dan si kecil memerlukan kuantiti susu ibu yang banyak. Ini kerana susu ibu dapat melawan bakteria yang menyerang sistem imunisasi si kecil. Susu ini juga dapat mengalakkan sistem perkumuhan si kecil berjalan dengan lancar.


·         Enfalac A+ Milk Powder
-        Susu yang mengandungi Prebiotik dan Probiotik ini baik untuk membersih usus bayi baru lahir. Bakteria berfaedah dalam susu ini dapat melawan bakteria merbahaya yang terdapada dalam badan si kecil. Baik untuk perkembangan minda si kecil agar membesar dengan lebih cerdas.


·         Bebelac Infant Milk
-   Susu ini dapat menyelesaikan masalah si kecil yang alami keadaan cirit-birit. Ianya memberi nutrisi yang diperlukan dalam badan si kecil agar tumbesarannya menjadi lebih sihat dan perkembangan otak memberangsangkan.


·         Dumex Dupro Soy
-         Sesuai diminum oleh bayi yang mempunyai masalah kulit yang teruk atau ekzema. Antara faktor penyebab ekzema adalah alahan terhadap penggunaan susu lembu. Jadi, para ibu boleh gunakan produk susu formula yang berasaskan kacang soya.

Tips : Cuba dahulu sekali dua untuk melihat kesesuaian si kecil dengan susu tersebut. Jika tidak sesuai, cepat tukar kepada yang lain. Tetapi jika masalah alahan semakin teruk, bawa si kecil berjumpa dengan doktor pakar. Jangan tunggu lama-lama, ya!

Notakaki : Penat seharian menjaga karenah si kecil? Apa kata anda tenangkan fikiran dan relakskan badan anda dengan gel mandian aromaterapi 7Lime ini? Ianya pasti membuatkan anda kembali segar untuk melakukan kerja yang lain pula setelah mandian. Jom klik disini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/


Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

7 Aktiviti Ekstrim / Lasak Sesuai Untuk Wanita