7 Aktiviti Ekstrim / Lasak Sesuai Untuk Wanita


Kebanyakan daripada anda pastinya yang sudah bekerjaya, tidak terdaya untuk melakukan sebarang aktiviti lasak walaupun di hujung minggu. Ini kerana pada hujung minggulah, masa untuk berehat, menenangkan fikiran daripada kekusutan selama 5 hari di tempat kerja. Nah, ini pemikiran yang salah! Anda harus keluar dari rumah dan meluaskan pandangan. Bagi wanita berhijab untuk melakukan aktiviti esktrim / lasak, tidak menjadi masalah kerana apa sahaja sukan tidak menentukan penampilan seseorang itu. Sesetengah wanita pula,melakukan aktiviti ekstrim adalah satu perkara yang mencabar buat dirinya.

Pelbagai aktiviti ekstrim yang dapat menguji daya ketahanan kita dan sesuai untuk semua,tidak kira samada lelaki atau perempuan. Aktiviti ekstrim berupaya meningkatkan adrenalin dalam diri anda. Dan jika anda mampu untuk melakukan aktiviti tersebut, pasti akan terasa seperti satu achievement sudah pun dapat dicapai. Apa tunggu lagi? Ayuh, ikuti 7 senarai aktiviti esktrim di bawah;

1. BREAKOUT
- Anda pernah dengar tentang permainan misteri (solving case) yang dinamakan Breakout ini? Ianya satu pengembaraan yang mencabar fizikal dan mental. Bagaikan berada di penjara, anda dan beberapa orang teman perlu menyelesaikan masalah yang diberi sebelum dapat dibebaskan daripada tempat tersebut. Jika anda antara anda atau teman yang mengalami masalah Claustrophobia (fobia
ruangan sempit), elakkan daripada permainan ini.

2. DISTRICT 21
- Taman tema ekstrim yang popular di kalangan pengunjung, District 21 ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti wall climbing, jumping dan slide. Berada di dalam bangunan tertutup, taman tema ini mampu menarik para pengunjung menyertai aktiviti ekstrim di dalamnya. Tunggu apa lagi? Ada boleh bawa ibubapa anda untuk turut serta bersama.

3. BUNGEE JUMPING
- Bagi anda yang gemarkan aktiviti ekstrim seperti ingin mencabar kemampuan anda untuk melompat dari tempat tinggi, bungee jumping ini ada jawapannya. Permainan ekstrim ini boleh didapati di Sunway Lagoon, taman tema terbesar di Malaysia dengan harga RM 101 seorang. Cabar kekuatan mental anda di tempat tinggi!

4. ATV ADVENTURE PARK
- Ingin menikmati alam hutan semulajadi dengan lebih dekat? Nah, cubalah aktiviti ATV ini yang menawarkan pengalaman menarik buat anda. Dengan memandu pacuan motor 4 roda atau lebih dikenali sebagai All-Terrain Vehicle ini, anda boleh pandunya sendiri dan melalui trek yang disediakan. Anda risau kalau tersesat? Khidmat instruktor juga disediakan untuk memantau perjalanan anda agar lebih lancar.

5. ESCAPE ADVENTUREPLAY
- Jika anda berada di Penang untuk bercuti, singgahlah sebentar di Teluk Bahang untuk merasai pengalaman melakukan aktiviti ekstrim disini. Bukan sahaja ada 21 tarikan menarik untuk orang dewasa, malahan permainan ekstrim khas buat kanak-kanak juga disediakan. Jadi anda tak perlu risau kalau si kecil berasa bosan. Lakukan aktiviti ekstrim lebih bermakna dengan keluarga anda.

6. BUBBLE SPORTS
- Aktiviti ini lebih seronok jika dilakukan secara berkumpulan. Apa kata hujung minggu ini kunjungi Seksyen 19, Petaling Jaya untuk meluangkan masa bersama dengan lebih bermakna sambil bermain sukan ekstrim ini? Seleksi permainan yang ditawarkan di tempat ini adalah Bubble Football, Bubble Rugby dan Tower Defence. Aktiviti ini bagus untuk sekali-sekala mengeluarkan peluh.

7. SHARK DIVING
- Berenang bersama jerung? Takutnya! Eh, tak perlu takut. Aquaria KLCC ada menawarkan pengalaman menarik untuk anda melakukan aktiviti renang bersama jerung. Dengan pengawasan ketat, anda tidak perlu takut untuk berada di dalam tangki bersama ikan-ikan ganas seperti jerung ini. Terutamanya buat pasangan yang baru berkahwin, aktiviti sebegini pasti tersimpan kemas dalam memori. Jom cuba!

Nota kaki : Aktiviti ekstrim bukan sahaja terhad kepada kaum lelaki tetapi juga untuk wanita. Tidak kira samada berhijab atau pun tidak.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!