Daun Bidara : Mandian Wajib Diamalkan




Pelbagai tumbuhan telah pun disebut di dalam Al-Quran dan tidak ketinggalan juga daun bidara yang disebut sebagai pokok di dalam syurga. Pokok ini juga banyak keistimewaannya tersendiri. Terdapat khasiat yang boleh dijadikan sebagai penyembuh penyakit atau penghalau Jin. Pokok bidara ini merupakan sejenis pokok yang renek hijau yang tumbuh dengan ketinggian sehingga 15 meter.

Daunnya rimbun, duri dan berdahan rendang, manakala buah pokok bidara ini pula berbiji, jenis berair serta lembut. Diuji secara klinikal, pokok daun bidara ini terbukti boleh menjadi penawar kepada penyakit luaran atau dalaman. Ianya sejenis pokok yang antioksidan, alkaloids, mengandungi pelbagai jenis vitamin dan karotin, kalsium serta zat besi.

Setiap penjuru pokok bidara ini mempunyai khasiat yang berbeza iaitu;

·        Daun – merawat penyakit hati, demam, lelah, cirit-birit, nanah luka, radang, bengkak, tonsil dan masalah kitaran haid
·        Buah – Paru-paru dan masalah penghadaman / pencernaan
·        Biji – loya dan muntah
·        Bunga – losyen untuk mata, radang usus, radang gusi (gingivitis)
·        Akar – gout, radang sendi, luka, sawan

Manakala terdapat juga pelbagai jenis bidara yang berbeza seperti;

·        Bidara upas – Merremia Mammosa
·        Bidara laut – Strychnos Lucida
·        Bidara china – Ziziphus Jujuba
·        Bidara epal India / Vietnam – Ziziphus Mauritiana
·        Bidara kampung / duri – Ziziphus Spina-Christi

Daun bidara jenis berduri baik untuk digunakan dalam perawatan Islam bagi menghalau gangguan Jin dan makhluk halus. Manfaat daun bidara ini juga ada disebut dalam Surah As-Saba’ – ayat 16 dan Surah Al-Waqiah – ayat 28. Disebut kisahnya ketika Nabi Adam a.s jatuh ke bumi, buah pertama yang dijamah adalah buah bidara atau lebih dikenali sebagai nabaq dalam bahasa Arab.

Tahukah anda daun bidara ini juga bagus untuk wanita yang sedang dalam keadaan haid? Ianya disunatkan untuk anda menggunakan air mandian daun bidara ini semasa bersuci. Tidak hanya khas untuk mandi junub, air mandian daun bidara ini boleh digunakan orang yang baru memeluk agama Islam (mualaf) dan merawat penyakit.

Cara mandian bidara dengan betul bagi merawat penyakit adalah;

ü Ambil 7 helai daun bidara dan masukkan ke dalam air samada untuk minuman atau mandian
ü Baca ayat Kursi, Surah 3 Qul dan potongan ayat untuk menghalau gangguan sihir seperti Surah Al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha. Kemudian, selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
ü Hembuskan perlahan-lahan ke dalam air tersebut
ü Siramkan tubuh badan anda bermula dari kaki dengan perlahan-lahan dan berniat agar dapat dijauhi daripada gangguan makhluk halus atau sihir

Ikhtiar dan berdoalah kepada Allah S.W.T agar dapat disembuh dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.

p/s : Bagi anda yang ingin relaks ketika mandi, apa kata cuba gel mandian aromaterapi dari Ikonlady untuk mandian lebih berkualiti. Jom klik disini : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!