PETUA CANTIK DENGAN KELOPAK MAWAR

Bunga Mawar dikatakan simbol kecintaan dan kecantikan zaman berzaman,
Itu sebabnya mereka guna mawar dalam produk kecantikan mereka

Antara khasiat bunga mawar antaranya adalah:-

1. PENYEGAR WAJAH

Ambil beberapa kuntum kelopak bunga mawar kemudian biarkan semalaman. Keesokannya tapis dan ambil airnya dan dimasukan dalam bekas spray dan simpan ditempan yang dingin. Guna setiap hari sekerap yang mungkin.

2. MENCEGAH JERAWAT

Mawar mengantungi antibakteria yang sangat tinggi menghalang jangkitan kulit seperti jerawat. Beberapa kumtum bunga mawar ditumbuk halus dan dicampurkan dengan bedak sejuk ataupun madu sebelum tidur. InsyaAllah lama-lama jerawat akan kecut.

3. PUDARKAN LEBAM BAWAH MATA

Air timun dan air mawar dicampurkan untuk dijadikan untuk memudarkan lingkaran bawah mata. rendamkan kapas kedalam campuran air timun dan air mawar dan letak di mata lakukan sekerap mungkin atau pun campuran tadi dimasukkan didalam botol dan spray beberapa kali untuk kesegaran mata.

4. MELEMBAPKAN KULIT

Minyak yang ada pada kelopak mawar boleh melembapkan kulit secara semulajadi dan sangat bagus untuk kulit kering.

Caranya, Tumbuk kelopak mawar hingga lumat dan ramaskan dengan shower gel aromatherapy ikonlady. Dah boleh pakai terus sebagai masker muka atau scrub badan dengan menggosok pada kulit perlahan-lahan dan bilas dengan air.

5. MENCERAHKAN KULIT

Bunga mawar adalah antioksidan yang sangat tinggi, kaya dengan vitamin C memberi kecerahan pada kulit secara semulajadi.

Sekuntum bunga mawar dan sedikit kunyit hidup ditumbuk lumat. Kacau sebati dengan susu segar dan tepek pada kulit muka dan badan. Amalkan seminggu 3 kali untuk kesan yang baik.


6. TENANGKAN MINDA

Aroma bunga mawar dapat menaikkan mood seseorang terutamanya yang sangat keletihan dan sibuk dengan jadual harian. Jadikan satu kaedah petua lama dengan terapi mandi bunga.

Beberapa kuntum mawar
Beberapa biji hirisan limau
Garam Bukit

Terapi ini bukan saja memberi kesan menenagkan dan mengurangkan tekanan tapi juga menyegarkan minda dan badan.

7. KEKAL AWET MUDA

Orang dulu-dulu suka amalkan minum teh bunga, jamu atau susu yang ada kandungan mawar.
Boleh amalkan seminggu 2 kali untuk dalaman kekal awet muda. Minum suam-suam insya Allah rasa segar dan bertenaga.

1 kotak susu segar (rendah lemak)
Beberapa kuntum mawar
Secamca madu
Seruas kunyit hidup (jika suka)

P/S : P/S Buat anda yang teruja untuk dapatkan penjimatan berganda sila layari laman web www.ikonlady.com.my SEKARANG untuk kami bantu.









Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!