Mandian Garam Bukit : Baik Untuk Buang Cas Negatif Dalam Badan




Mandian garam? Tahukah anda mandian garam dapat membuang cas-cas negatif yang ada di dalam badan dan mengembalikan aura positif. Tambahan pula, seperti yang anda ketahui bahawa garam adalah kegunaannya untuk masakan. Ye, betul. Tetapi itu garam putih. Garam bukit merupakan garam organik dan berkhasiat untuk anda. Ianya mempunyai struktur geomatrik kristaline dan garam paling bersih.

Garam halus biasa atau lebih dikenali sebagai garam putih di proses sehingga kandungannya menjadi sodium pasif. Disinilah timbul penyakit darah tinggi (High Blood Pressure – HBP). Selain untuk mandian, apa kata anda bertukar pula kepada garam bukit di dalam masakan agar kesihatan anda lebih terjaga. Diperkaya dengan iodin, garam bukit dipercayai dapat mengimbangi kalsium dalam tubuh seperti mencegah osteoporosis.

Bagaimana untuk mengenali garam bukit ini? Berona pink, garam ini adalah 100% dengan kandungan asli dan hampir tidak diproses. Garam ini juga mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan lain-lain lagi.

Antara khasiat garam bukit yang perlu anda ketahui;
·        Tingkatkan aura dan potensi diri
·        Atasi masalah jerawat (breakout)
·        Hilangkan parut dan buang toksin dalam badan
·        Hapuskan sel-sel kulit mati dan rawat masalah kegatalan kulit
·        Melembut dan mencantikkan kulit secara semulajadi
·        Mencerahkan dan mengembalikan keanjalan kulit agar kelihatan awet muda
·        Seimbangkan tekanan darah dan bekalkan oksigen pada badan
·        Kuatkan struktur tulang dan leraikan gumpalan darah
·        Melancarkan sistem saraf dan memperbaharui sel-sel dalam badan
·        Serap vitamin lebih sempurna dan kuatkan tenaga batin

Amalkan teknik merendam kaki dan mandi dengan air garam untuk beri kesegaran dan merangsang semula organ-organ yang keletihan di dalam badan. Ini adalah untuk memberi tenaga buat anda agar dapat menjalani aktiviti harian tanpa rasa penat dan lelah. Khasiat garam bukit juga akan melancarkan sistem organ anda untuk melakukan proses pencernaan dengan lebih sempurna.

Jika anda berasa letih atau lenguh, mandilah dengan air garam untuk mengembalikan cas dan tenaga positif dalam badan. Bukan hanya untuk masakan dan mandian sahaja, anda juga boleh gunakan garam ini untuk skrub. Ianya membantu untuk menghapuskan sel-sel kulit mati yang sudah lama melekat pada kulit dan terlalu payah bagi membuangnya.

Cara mandian dengan betul;
ü  Campurkan 5 sudu besar garam ke dalam air suam atau ais
ü  Siramkan ke badan (dari kaki hingga ke kepala)
ü  Biarkan selama beberapa minit di badan agar khasiat garam dapat meresap ke dalam tubuh badan
ü  Bilas badan dengan air biasa

Selamat mencuba!

p/s : Selepas mandian garam, anda mungkin boleh mencuci badan dengan mandian gel aromaterapi dari Ikonlady ini. Terdapat 3 bauan yang dijamin dapat beri ketenangan sepanjang hari. Jom klik disini untuk maklumat lanjut : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!