Hilangkan Sengal Badan Dengan Mandian Terapi Ais




Apakah yang selalu anda lakukan jika sakit kepala? Pasti ambil panadol atau painkiller bukan. Tetapi tahukah anda, terdapat cara lain lagi untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Pernah dengar mandian terapi menggunakan ais?

Sesetengah daripada anda pasti pernah mendengar tentang terapi mandian yang menggunakan ais untuk melegakan sengal-sengal badan dan hilangkan stres. Selain daripada menyegarkan badan, ais juga dapat mengurangkan sakit kepala dan sengal badan. Untuk pengetahuan anda, mandian ais juga berkesan bagi menghindar gangguan makhluk halus.

Manfaat mandian ais;
1.      Mampu untuk menghindar gangguan makhluk halus
2.      Hilangkan stres
3.      Kurangkan lenguh sendi atau sengal badan
4.      Tiada lagi masalah sakit kepala dan belakang
5.      Kurangkan badan lesu dan wajah keletihan

Bahan-bahan yang diperlukan semasa mandian ais;
·         5 biji limau nipis
·         Baldi
·         Air kolah masjid (jika ada) / air bersih
·         Ais

Langkah-langkah yang betul untuk mandian terapi ais;
ü  5 biji limau nipis, dibelah dua
ü  Perahkan limau nipis tersebut ke dalam baldi yang dipenuhi air kolah masjid atau air bersih
ü  Masukkan ais dan pastikan air tersebut menjadi sejukbeku
ü  Sebelum mandi, pastikan anda berselawat terlebih dahulu dengan membaca : Al-Fatihah (7x), Bismillah (7x), Al-Ikhlas (7x) dan Selawat (3x)

Ini tips yang harus anda amalkan sebelum mandi;
Ø  Ceduk air dan baca kesemua doa-doa di atas tersebut berserta niat, kemudian siramkan air mandian ais tersebut. Mulakan dari kaki terlebih dahulu dan naik sehingga ke kepala agar panas badan dapat keluar
Ø  Disarankan untuk mandi selepas Subuh atau sebelum Maghrib

Antara penyakit jiwa / fizikal yang dapat diubati dengan mandian ais adalah;
v  Was-was
v  Takut
v  Bimbang selalu
v  Rasa sedih
v  Ada sedikit kegusaran
v  Murung / Depresi
v  Cepat panas baran
v  Masalah lemah otot dan saraf
v  Sukar untuk tidur dan cepat lesu
v  Lumpuh atau gangguan saraf
v  Kulit bermasalah
v  Obesiti

Tidak salah mencuba untuk ubati secara tradisional. Yang penting, kita dapat menyihatkan kembali badan yang letih dan lesu akibat stres di tempat kerja atau hindari dari gangguan makhluk halus.

p/s : Ingin dapatkan tawaran hebat mandian aromaterapi dari Ikonlady? Jangan lupa klik disini; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!