Mandian Aromaterapi : Terapi Untuk Tubuh Segar




Terapi tubuh yang berkesan adalah dengan mandian aromaterapi. Ianya bertujuan untuk menggunakan wangian khas kepada badan melalui mandian. Terdapat pelbagai terapi tubuh yang berkesan untuk badan seperti mengurangkan stres, lenguh badan atau sendi. Aromaterapi juga dapat merawat tubuh badan dan berfungsi membantu tubuh melalui samada secara emosi, mental atau fizikal.

Kini, terdapat pelbagai essential oil yang boleh digunakan sebagai mandian aromaterapi. Bukan sahaja dapat mengurangkan stres malahan mampu mengembalikan tenaga agar tidak lagi tampil letih dan lesu.

Manfaat mandian aromaterapi untuk tubuh;
1.      Hilangkan stres
2.      Aktifkan aliran tenaga positif dalam badan dan hapuskan cas negatif
3.      Bantu proses menyembuhkan badan
4.      Rawat kulit bermasalah seperti kering dan sensitif
5.      Tingkatkan oksigen dalam badan
6.      Buang toksin merbahaya
7.      Meningkatkan pertahanan diri dan sistem metabolisma badan
8.      Hindari gangguan makhluk halus

Tujuan utama mandian aromaterapi adalah;
·         Meningkatkan kesihatan dalaman dan elakkan daripada masalah penyakit
·         Mandian aromaterapi juga baik untuk mencantikkan kulit dan beri keanjalan pada kulit di tubuh badan anda agar tampil awet muda
·         Bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal tetapi juga mental anda dijamin terjaga
·         Beri ketenangan agar stres dapat dikurangkan
·         Mengembalikan semangat dan beri keyakinan diri lebih ekstra
·         Jika anda jenis yang cepat panas baran, mandian aromaterapi dapat mengurangkan masalah ini
·         Bangkitkan mood anda untuk lakukan yang terbaik pada keesokan harinya

Jika anda tidak mahu ke spa dan ingin lakukannya sendiri di rumah, pastikan essential oil yang digunakan semasa proses mandian aromaterapi ini mengandungi bahan-bahan semulajadi. Lebih baik jika beli essential dengan kandungan tumbuhan organik atau ekstrak bungaan semulajadi.

Amalkan mandian aromaterapi untuk tingkatkan kesihatan dan emosi menjadi lebih baik;  
ü  Aromaterapi dapat menstimulasi saraf dibahagian hidung dan kemudian menghantar signal ke otak
ü  Hormon dan enzim dipengaruhi oleh bauan aromaterapi yang tepat sehingga mampu menstabilkan tekanan darah dan ringankan tubuh
ü  Masalah tekanan jiwa juga dapat dielakkan dan berkurangan seperti depresi dan insomnia

Mandi menggunakan essential oil aromaterapi ini dapat memberi kekuatan tubuh badan 10 kali ganda dari biasa. Hanya titiskan essential oil aromaterapi ke dalam air mandian, ianya akan meresap terus ke dalam pori-pori pada kulit badan dan redakan otot yang lesu. 

p/s : Jika anda tidak mahu gunakan essential oil, apa kata cuba gel mandian aromaterapi daripada Ikonlady ini? Manfaat dan kebaikan yang sama anda boleh dapatkan seperti mandian di spa. Hanya klik disini : https://www.ikonlady.com.my/  untuk maklumat lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!