Mandian Herba Untuk Ibu Berpantang




Dalam masyarakat Melayu, mandian herba ini terbaik untuk wanita yang baru sahaja melahirkan anak dan telah diamalkan sejak turun-temurun lagi. Tahukah anda terdapat 3 jnis mandian yang terbaik untuk wanita yang baru bersalin seperti mandian daun dan rempah, lulur dan mandi bunga. Kebaikan untuk mandian-mandian ini adalah seperti;

·         Mencuci alat sulit wanita supaya luka selepas bersalin cepat dipulihkan
·         Untuk membuang angin dan toksin dalam badan
·         Bantu bersihkan darah nifas yang masih melekat selepas bersalin
·         Hapuskan daki dan sel-sel kulit mati pada badan
·         Pecahkan lemak badan, kulit terasa lembut, segar dan bermaya. Elakkan daripada ‘angin’ masuk ke dalam ibu yang sedang berpantang
·         Hilangkan bau badan

Wanita yang baru sahaja bersalin dan dalam proses berpantang, anda dinasihatkan untuk mengamalkan mandian herba bagi menguatkan kembali imun sistem serta memberi tenaga. Air mandian herba ini juga digalakkan untuk disiram pada pagi hari selama 10 – 15 minit. Bahan-bahan asas yang mudah di dapati seperti;

ü  Daun kunyit
ü  Lengkuas & Halia (dihiris)
ü  Daun pandan
ü  Serai wangi
ü  Halba
ü  Kayu manis
ü  Daun Inai
ü  Daun Mengkudu
ü  Daun Kantan
ü  Daun Kunyit Hitam
ü  Daun Lemuni
ü  Daun Lempoyang
ü  Manjakani
ü  Limau Purut

Cara-cara penyediaan mandian herba untuk ibu berpantang dengan betul :

Ø  Rebus bahan-bahan diatas di dalam periuk tanah (sebaiknya)
Ø  Campurkan sedikit dengan air biasa sehingga mencapai suhu suam
Ø  Bahan-bahan yang telah direbus tadi, jangan dibuang. Sebaliknya gunakan untuk menggosok badan semasa mandi
Ø  Semasa mandi, ibu-ibu dinasihatkan untuk duduk di atas bangku agar posisi mandian lebih selesa dan elakkan mencangkung

Khasiat daun-daun herba ini mampu memberi kesihatan buat ibu-ibu dan memulihkan semula luka akibat bersalin. Ianya berfungsi sebagai aromaterapi untuk menyegarkan badan dan beri ketenangan. Hilangkan stres anda dengan mandian herba ini. Mandian ini juga dapat melancarkan kembali aliran darah anda dan dapat menghasilkan susu lebih banyak dari biasa.

Yang penting, haruslah rajin!

p/s : Jika ingin hilangkan stres, jom cuba gel mandian aromaterapi dari Ikonlady ini. Terdapat 3 bauan segar daripada floral, citrus dan bunga Rose. Ayuh klik disini : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!