Mandian 101 : Kebaikan Mandian Lumpur




Mungkin sesetengah daripada anda pasti akan keliru dengan perkataan sertu atau samak. Tetapi terdapat perbezaan antara 2 perkataan/perbuatan ini. Sertu bermaksud menyucikan bahagian badan yang terkena najis mughallazah seperti anjing atau khinzir. Ianya merupakan air yang dicampur dengan tanah sekali dan air mutlak sebanyak 6 kali.

Manakala samak pula terdapat beberapa maksud disini. Antaranya adalah bahan zat yang digunakan untuk memasak atau mewarnai kulit binatang, membersihkan najis mughallazah dan sejenis tumbuhan yang digunakan untuk menyamak kulit anda daripada najis. Kaedah samak adalah untuk menyucikan haiwan yang samada boleh dimakan ataupun tidak iaitu dengan menghilangkan darah / benda busuk yang melekat pada daging dengan benda tajam.

Tahukah anda terdapat beberapa manfaat yang boleh diperolehi dengan bersamak;

·         Menghapuskan kuman atau penyakit yang terdapat pada kulit binatang
·         Kulit binatang yang digunakan lebih suci dan bersih
·         Hindari daripada dijangkiti penyakit / kuman merbahaya
·         Ibadah dapat dilakukan dengan yakin dan khusyuk tanpa was-was
·         Membasmi kuman secara semulajadi

Cara yang betul untuk samak dan sertu juga terdapat beberapa perbezaannya;

Ø  Samak
-          Siatkan kulit binatang yang hendak disamak daripada anggota badannya
-          Buang bulu, urat, lendir, lemak dan darah binatang tersebut
-          Samak kulitnya dengan merendam atau menggosok bersama air yang dicampur bahan-bahan bersifat peluntur
-          Jemur kulit binatang yang telah disamak sehingga kering

Ø  Sertu
-          Bersihkan bahagian yang tercemar / terkena najis mughallazah
-          Cuci bahagian tersebut menggunakan air yang sudah dicampur dengan tanah sebanyak 1 kali
-          Cuci pula dengan air mutlak sebanyak 6 kali sehingga hilang bau, rasa dan warna najis tersebut

Pastikan langkah-langkah yang dilakukan di atas berserta dengan niat agar barangan / badan yang dibersihkan terasa lebih suci dan murni.

p/s : Ingin terasa badan lebih segar dan ringan? Apa kata anda cuba gel mandian aromaterapi daripada Ikonlady ini? Terdapat 3 bauan yang dapat meningkatkan kembali tenaga anda selepas melakukan aktiviti seharian. Ayuh klik disini : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!