Mandian Limau Untuk Hindari Badan Letih




Amalan mandian menggunakan limau purut sangat terkenal dalam perubatan Islam. Ini kerana mandian ini dapat menghindari anda dari gangguan makhluk halus dan menyegarkan kembali badan. Jika badan terasa letih dan sengal-sengal, pasti tidak selesa untuk melangsaikan kerja dengan sempurna. Bagi anda yang berkesempatan, amalkan mandian limau ini sebanyak 3 kali seminggu.

Kesan mandian air limau ini dapat memulihkan kembali tenaga dalaman dan tiada lagi masalah badan kelesuan. Bila badan tidak selesa, pasti tidur malam juga akan terganggu. Dan ini juga menjadi salah satu penyebab aktiviti harian anda tergendala akibat badan kurang enak. Kelebihan limau purut bukan sahaja untuk kesegaran badan malahan terdapat beberapa manfaat yang boleh anda gunakan seperti;

·         Masalah kulit kepala kering
·         Hilangkan bau badan
·         Tanggalkan kesan kotoran yang degil
·         Atasi masalah gigi kuning
·         Pewangi semulajadi

Mandian air limau ini juga haruslah mengikut tatacara yang betul bagi mendapatkan kesegaran badan dengan sempurna. Cara-caranya adalah;

ü  Masukkan air bersih ke dalam baldi
ü  Perahkan limau purut ke dalam air tersebut dalam 5 atau 7 biji
ü  Mulakan bacaan surah seperti Al-Fatihah (3x), Al-Ikhlas (3x) dan Selawat (3x)
ü  Sebelum mandi dengan air limau, mandi dulu dengan air biasa. Gunakan air limau ini sebagai air bilasan selepas mandi
ü  Mulakan mandian dari kepala
ü  Siram di bahagian tengkuk dan bahu
ü  Disarankan untuk proses mandian ini selepas Subuh atau Maghrib

Jika anda inginkan badan yang lebih segar, campurkan 1 pek ais ke dalam air mandian limau ini. Badan anda akan kembali bertenaga!

p/s : Untuk yang punyai kekangan waktu melakukan teknik di atas, boleh sahaja gunakan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady dengan bauan 7 Lime. Dijamin memberi kesegaran sepanjang masa. Ayuh, klik disini untuk maklumat lanjut : https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!