Punca Kulit Kering Akibat Tersalah Menggunakan Produk Penjagaan Diri



Kebiasaannya, kulit kering tidak mudah dilihat oleh mata kasar jika tidak menimbulkan sisik seperti mengelupas atau melepuh. Tetapi sebaik sahaja dipegang kulitnya, baru terasa bahawa kulit tersebut mengalami musim ‘kemarau’. Sesetengah daripada anda, pasti berasa kurang selesa apabila berjumpa dengan sahabat-handai atau orang sekeliling apabila mengalami masalah kulit sebegini. Secara saintifiknya, kulit kering dikenali sebagai xerosis atau xeroderma kerana memiliki kulit yang mempunyai permukaan kasar.

Keadaan kulit ini akan terasa pedih semasa mandi atau berenang kerana air yang terkena terus pada isi. Antara keadaan kulit kering adalah kemerahan, gatal, garis halus pada permukaan kulit, bersisik dan mengelupas. Berjumpalah dengan ahli dermatologi atau pakar sakit kulit untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengelakkan radang kulit dan infeksi menjadi lebih teruk.

Salah satu penyebab kulit kering adalah akibat tersalah menggunakan produk penjagaan diri. Kulit yang sihat biasanya terdapat lapisan lipid atau lemak semulajadi serta menjadikan tekstur kulit anda kekal lembap, lembut dan anjal. Produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti sabun, tersalah memakai pelembap kulit atau berlama-lamaan di dalam air panas semasa mandi. Efek tersalah memakan ubat juga menjadi antara penyebabnya.

Maka, pilihlah produk penjagaan diri yang diperbuat daripada bahan organik atau semulajadi untuk mengelakkan masalah luaran seperti kulit bermasalah.Gunakan produk bebas paraben, merkuri, SLES dan hydroxide. Bagi anda yang mengambil suplemen, pastikan bahan yang terkandung adalah selamat untuk kesihatan badan.

Jagalah kesihatan diri untuk masa hadapan yang ceria!

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!