Raikan Raya Dengan 7Lime Ini Yang Pasti Membuatkan 1 Syawal Anda Lebih Ceria


Hari Raya menjelang tiba lagi untuk tahun 2019 ini! 1 Syawal sudah pasti dinantikan oleh semua peringkat umur tidak kira dewasa dan kanak-kanak bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan dimana umat Islam di seluruh dunia telah menjalani selama sebulan.

Menahan lapar dan dahaga selama satu bulan sambil melakukan ibadah dengan penuh ketekunan. Hari Raya Aidilfitri boleh dimulakan melalui 2 acara yang berbeza iaitu rukyah – melihat anak bulan atau secara hisab – melalui kiraan. Di Malaysia, kebiasaannya, pegawai dari Jabatan Agama Islam akan memerhati anak bulan dari petang sehingga ke waktu Maghrib di lokasi yang strategik.

Sudahkah anda melakukan persiapan Hari Raya? Hanya tinggal kurang dari seminggu sahaja lagi untuk anda melakukan persiapan. Anak-anak kecil pasti gembira dapat memakai baju yang baru. Tetapi jika baju yang lama masih boleh muat dan elok lagi, gunakanlah sebaik yang mungkin. Elakkan pembaziran.

Bila bercakap tentang Hari Raya, pasti ada di antara anda yang memberikan hadiah selain daripada duit raya kepada saudara-mara terdekat seperti ibubapa dan adik-beradik. Buntu untuk memilih barangan yang sesuai buat ahli keluarga anda? Apa kata berikan gel mandian aromaterapi 7Lime ini untuk mereka? Gel mandian aromaterapi 7Lime ini diperkaya dengan ekstrak daripada 7 limau yang berbeza seperti Kaffir, Pomelo, Lime, Orange, Mandarin, Lemonade dan Citrus.

Fungsi dan kebaikan 7Lime ini adalah ianya dapat melembutkan kulit, menghapus bakteria penyebab bau badan dan sesuai untuk anda yang memiliki kulit sensitif. Bagi yang gemarkan aktiviti ekstrim/lasak, gel mandian aromaterapi ini sesuai untuk anda. Kulit akan terasa segar sepanjang hari dan ianya mempunyai aroma yang dapat menenangkan kulit tegang. Dijamin tidak akan menyebabkan kulit anda menjadi iritasi, kemerahan atau merengsa.

Dengan haruman yang menyegarkan, pasti Raya anda kali ini lebih ceria. Walaupun berpeluh, badan anda tidak akan mengeluarkan bau. Tampil penuh keyakinan semasa mengunjungi sanak-saudara!

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!