Rahsia Kulit Cantik Semasa Musim Panas


Tahukah anda negara Arab adalah di antara Top 5 negara paling panas di dunia kerana suhunya boleh mencapai sehingga 58 darjah selsius. Tetapi kulit wanita Arab masih kekal cantik, sihat, segar dan berseri berpanjangan walaupun mereka mendiami negara yang boleh dikatakan setiap hari musim kemarau dan ribut pasir.

Penduduk Arab mempunyai kesihatan
kulit yang sempurna tidak kira samada lelaki atau perempuan. Mereka boleh dikategorikan memiliki raut wajah yang tampan dan menawan. Jika di Malaysia pula, cuaca seringkali tidak menentu. Kadangkala, panas dan tiba-tiba sahaja hujan. Jerebu boleh juga dikatakan sebagai musim yang ‘wajib’ ada di Malaysia ini.

Sewaktu musim panas, ianya bukan sahaja terik tetapi kering yang boleh menyebabkan kulit terasa sakit jika terdedah lama dibawah sinaran UV. Cahaya UVA dan UVB akan membuatkan kulit anda merengsa dan merosakkan bagi sesetengah individu yang mempunyai kulit sensitif. Elakkan daripada bercuti ke pantai atau berjemur dibawah sinaran matahari semasa musim panas. Ini kerana jerawat mudah timbul selepas kita pulang bercuti.

Kebanyakan produk penjagaan kulit yang ada di pasaran akan menyebabkan kulit bertambah sensitif dan kering. Bagi anda yang memiliki kulit berminyak pula, penghasilan minyak pada lapisan kulit akan berlebihan serta kulit anda akan kelihatan oily dan greasy. Tips untuk kekalkan kulit cantik semasa musim panas;

1. Hindari dari terdedah kepada sinaran UV terlalu lama

- Jika anda terpaksa keluar untuk melangsaikan tugas harian, pakailah sunblock/sunscreen untuk melindungi kulit dari sunburn.

2. Asid Salicylic

- Asid ini merupakan bahan aktif yang menghapuskan sel-sel kulit mati dan membuatkan kulit anda tampak segar sepanjang hari.

3. Elak kerap cuci muka

- Bahan yang terkandung di dalam pencuci muka selalunya bersifat asid yang boleh mengeringkan kulit. Maka, elakkan daripada mencuci muka selalu. Seminggu 2-3 kali sahaja.

4. Ikuti langkah yang betul 

- Rejim kecantikan wanita Korea selalunya mempunyai 10 langkah yang betul untuk mendapatkan kulit wajah lebih sempurna. Mulakanlah menggunakan serum, essence dan pelembap untuk mengekalkan lembapan pada kulit wajah ketika musim panas ini.

5. Kurangk bersolek

- Kalau kebiasaannya anda memakai make-up yang tebal semasa ke tempat kerja, bersantai bersama keluarga atau sahabat handai, kurangkan sedikit penggunaan solekan semasa musim ini. Ianya akan menyumbat liang pori kulit wajah anda dan membuatkan kulit berjerawat.

6. Bilas wajah guna susu

- Ini hanyalah tips ekstra untuk menjadikan kulit anda lebih lembut dan tanpa cela. Jika anda kekangan masa, boleh skip sahaja langkah ini.

7. Minyak kelapa

- Minyak kelapa dikatakan baik untuk melindungi kulit sensitif dan mengelakkan munculnya jerawat.

Tips : Inginkan kulit cantik? Rajinkanlah diri melakukan penjagaan kulit dengan tepat dan sempurna.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!