7 Sebab Yang Membuatkan Anda Jatuh Cinta Dengan Shower Gel Aromaterapi Masa Kini



Sebaik sahaja pulang daripada menjalani aktiviti harian seperti kuliah, bekerja, bersenam atau beriadah, pasti badan anda akan terasa tegang serta menimbulkan rasa ketidakselesaan. Gunakan gel mandian aromaterapi yang menjadi pilihan para pengguna pada masa kini. Diperkaya dengan 7 esktrak bunga iaitu Lavender, Ylang Ylang, Saffron, Germanium Rose, Jasmine, Daisy dan Orchid menambahkan lagi keharuman gel mandian ini semasa anda menggunakannya.

Antara 7 sebab mengapa gel mandian aromaterapi ini akan membuatkan anda jatuh cinta;

1. Head-to-Toe
- Gel mandian ini multifungsi dan boleh digunakan untuk muka, badan dan rambut tanpa perlu memakai produk yang berbeza. Ianya tidak akan menyebabkan kesan sampingan seperti iritasi dan merengsa.

2. 7 Floral
- Dengan mengandungi 7 ekstrak daripada haruman bunga membuatkan anda rasa lebih tenang selepas mandi. Suhu badan anda juga akan turun selepas mandi dan ditambah pula dengan gel mandian ini, pasti tidak sabar pulang ke rumah untuk berendam sejam dua.

3. Formula diperbaharui
- Gel mandian ini mengandungi 100% bahan pelembap untuk kulit, manakala 15% adalah lebihan gel daripada kandungan botol. Sesuai untuk anda yang mempunyai kulit bermasalah, ianya dapat melindungi lapisan kulit paling luar daripada radikal bebas.

4. Kulit bermasalah
- Bagi anda yang mempunyai kulit bermasalah seperti sensitif dan kering, gel mandian ini dapat memenuhi kehendak anda sambil membaikpulih kulit rosak. Terbaik untuk anda yang mengalami masalah alahan/alergi, kegatalan dan menjimatkan masa anda untuk melindungi kulit seperti ini.

5. Bebas bahan kimia merbahaya
- Gel mandian aromaterapi ini tidak mengandungi bahan seperti sabun dan bebas dari SLES. 100% diperbuat daripada tumbuhan organik dan semulajadi, dijamin selamat untuk semua peringkat umur tidak kira dari kanak-kanak sehingga dewasa.

6. Botol jenis boleh gantung
- Untuk menjimatkan penggunaan ruang di dalam bilik air anda, gel mandian aromaterapi ini dapat digantung bagi memudahkan anda menggunakannya. Penjimatan masa berganda serta ekonomi terjamin di masa hadapan.

7. Travelling kit
- Khas buat yang gemarkan mengembara (backpacking) atau travelling, gel mandian aromaterapi daripada Ikonlady ini pasti sesuai untuk anda. Botolnya bersaiz kompak, sesuai untuk dibawa bersama ketika travelling tanpa membebankan anda.

Tips : Gel mandian ini dijamin Halal dan mendapat sambutan hangat di kalangan para penggunanya. Tunggu apa lagi? Cubalah sekarang!

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!