Atasi Gangguan Emosi Dengan 7 Perkara Ini


Tahukah anda jika membiarkan emosi mengawal perasaan dan berlarutan secara berpanjangan menyebabkan sesuatu yang buruk akan berlaku bukan hanya pada diri anda sahaja tetapi juga pada orang sekeliling.

Perhubungan sesama manusia secara rohani juga akan pincang akibat tiada persefahaman. Kita akan mula merasakan dunia ini sangat kejam kerana tiada yang memahami perasaan yang dialami ketika itu.

Gangguan emosi adalah disebabkan keadaan mental yang tidak stabil. ‘Overthinking’ juga menjadi penyebab utama kenapa masalah emosi terganggu terjadi. Untuk mengharungi rintangan dalam sesuatu masalah adalah lupakan perkara yang lampau dan hidup untuk masa kini. Apakah cara yang berkesan untuk mengelakkan gangguan emosi? Ikuti list dibawah;

1. Panas baran
- Ianya seringkali terjadi akibat perasaan yang tidak dapat dikawal dan ada sahaja perkara yang menyebabkan kita akan berasa jengkel dengan mudah. Kawal perasaan dan emosi anda sebelum melakukan sesuatu perkara. Tarik nafas sedalamnya dan kira sehingga 10 saat. Lepaskan nafas anda secara perlahan-lahan. Lakukannya 2-3 kali sehingga tiada lagi amarah dalam diri anda.

2. Insomnia
- Kurang tidur atau rehat juga menjadi punca masalah gangguan emosi. Anda akan berasa cepat marah dan mula menjauhkan diri daripada orang sekeliling. Cara mudah untuk mengatasi insomnia tanpa perlu memakan ubat, tenangkan diri anda seperti mengelapkan kamar tidur dan kurangkan pengambilan kafein sebelum tidur.

3. Demam
- Ini akan menyebabkan kita mudah meragam dan tidak selesa sepanjang masa akibat demam. Tidak boleh keluar kemana-mana semasa demam juga akan menjadi penyebab utama anda akan cepat menunjukkan emosi seperti marah. Elakkan daripada berjemur di bawah matahari selalu atau terdedah kepada hujan. Cuaca yang tidak menentu akan menyebabkan demam. Tetapi itu tidak menjadi masalah selagi anda boleh menjaga kesihatan dengan baik.

4. Letih
- Sering keletihan punca gangguan emosi tidak kira samada melalui mental atau fizikal. Anda akan rasa emosi ditindas setiap hari disebabkan masalah sekeliling. Anda pasti tidak boleh mengelak daripada menghadapi masalah. Tetapi boleh kurangkan otak anda daripada berfikir masalah yang tidak penting. Kurang masalah, stress-free.

5. Kemurungan
- Tahukah anda pada tahun 2020, penyakit kemurungan akan menjadi penyakit no.1 di seluruh dunia? Sudah tentu anda akan berasa risau tentang masalah ini terutamanya buat generasi Y. Murung terjadi akibat perasaan yang ada di dalam diri tidak dapat dilepaskan dan akan berfikir secara ekstra. Atasi kemurungan dengan bercakap tentang permasalah anda dengan orang sekeliling. Jangan simpan masalah anda sendiri tetapi luahkannya pada yang tersayang tentang apa yang sering mengganggu fikiran.

6. Period pain
- Masalah bulanan kaum Hawa ini memang tidak dapat dielakkan. Perubahan hormon pasti akan berlaku pada setiap wanita seperti mudah marah, senang berasa jengkel dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara. Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan period pain; tuam badan anda dengan kain direndam di dalam air panas, minum air suam, aktifkan diri dengan aktiviti sukan, ambil suplemen dan jaga pantang daripada pengambilan minuman berkafein.

7. Migrain
- Ianya akan menyebabkan anda tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pekerjaan yang dilakukan. Setiap kali migrain, pasti anda akan mengambil ubat untuk mengurangkan kesakitan pada kepala. Ini bukanlah cara yang bagus untuk jangka masa panjang. Cara terbaik untuk atasi migrain adalah dengan mengurut tempurung kepala anda dengan minyak panas, gunakan pek ais pada kepala, jauhkan daripada memakan makanan yang mengandungi MSG dan rehat secukupnya.

Tips : pastikan anda melakukan penjagaan kesihatan dengan baik seperti berbelanjalah ekstra sedikit setiap sebulan sekali untuk ke spa bagi merehatkan diri. Bagi yang tidak berkemampuan atau khuatir lari bajet, boleh sahaja lakukan spa sendiri di rumah seperti merendam kaki dan tuam.

“More smiling, less worrying. More compassion, less judgment. More blessed, less stressed. More love, less hate.” Roy T. Bennett

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!