Kekal Cergas Sepanjang Bulan Ramadhan Dengan 7 Tips Berguna Ini



Bulan mulia, bulan Ramadhan tiba lagi untuk tahun 2019 ini. Bulan mengajar kita erti kesabaran serta menahan lapar dan dahaga. Umat Islam berlumba-lumba untuk menunaikan ibadah puasa dan solat dengan penuh ketekunan. Ada yang bertambah gigih mencari duit sampingan buat perbelanjaan menjelang Hari Raya nanti. Ada juga yang masih meneruskan aktiviti seperti biasa. Tetapi untuk lakukan semua ini, pasti anda perlukan tenaga ekstra lebih daripada biasa.

Jom ikuti 7 tips berkesan ini untuk anda sentiasa kekal cergas sepanjang bulan Ramadhan. Tiada lagi masalah badan keletihan atau lesu!

1. Bersahur
- Tips paling penting untuk anda kekal cergas adalah, jangan ‘skip’ waktu bersahur kerana badan seharusnya menerima glukosa secukupnya daripada pemakanan yang diambil. Ambillah makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti bijirin. Karbohidrat dapat memproses menjadi tenaga untuk dilepaskan perlahan-lahan sepanjang anda berpuasa serta mengekalkan stamina.

2. Kekalkan terhidrat
- Semasa bersahur, pastikan anda meminum air suam atau kosong secukupnya agar badan anda kekal hidrasi sepanjang hari sebelum tiba waktu berbuka. Ini kerana dalam bulan Ramadhan selalunya cuaca agak panas dan boleh menyebabkan kekurangan air dalam badan.

3. Kurangkan pengambilan minuman bergula
- Kadangkala, sesetengah daripada kita harus mengambil minuman bergula samada di waktu sahur atau berbuka untuk mengelakkan keadaan hipotermia sepanjang berpuasa. Namun, anda perlulah mengambil minuman air kosong lebih daripada minuman bergula. Cukuplah minuman bergula anda segelas sahaja sehari.

4. Makanan bernutrisi dan zat penting
- Ini paling penting. Ambillah makanan yang berkhasiat dan penuh nutrisi, tidak kira samada semasa bersahur atau berbuka untuk melancarkan sistem percernaan dan elakkan mengambil makanan pedas. Ianya tidak baik untuk keadaan perut anda yang sedang kosong. Jangan lupa untuk ambil kurma yang mengandungi Vitamin A, B dan C.

5. Rehat dan tidur yang secukupnya
- Semasa berpuasa, penting untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang cukup agar kekal segar sepanjang hari. Jika hari bekerja, anda disaran untuk mendapatkan ‘power nap’ bagi menjana tenaga semula. Cukuplah sekadar 15-20 minit sehari. Jangan sampai berjam-jam pula!

6. Lakukan senaman ringan
- Haaa….pasti anda terfikir jika bersenam di waktu puasa, akan menyebabkan dahaga. Salah! Lakukan senaman ringan dapat menyegarkan badan seperti berjalan (breeze walk) atau jogging secara perlahan. Elak daripada melakukan senaman berat.

7. Keep yourself busy
- Selalunya bila dah masuk waktu Asar tu, pasti kita akan berkali-kali melihat jam, bukan? Tipulah kalau tak pernah. Apa kata anda cuba sibukkan diri dengan melakukan kerja rumah atau menonton televisyen. Jadi, masa akan terasa berlalu dengan cepat. Lebih baik lagi, kalau perbanyakkan ibadah dalam bulan yang mulia ini.

Tips : Lambatkan waktu bersahur dan awalkan waktu berbuka. Selamat berbuka!

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!