7 Masalah Kulit Akibat Pemilihan Sabun Mandi Yang Tidak Sesuai



Terlalu banyak lambakan sabun mandi yang ada di pasaran dan boleh dipilih oleh anda. Dari jenama
yang murah sehinggalah mahal, semuanya masih dalam lingkungan harga mampu untuk dimiliki.
Tahukah anda salah memilih sabun mandi akan mengakibatkan penyakit buat kulit atau masalah
kesihatan anda akan terganggu? Semasa memilih atau ingin membeli sabun mandi, haruslah diteliti
dahulu isi kandungannya. Samada sesuai atau tidak dengan kulit anda. Dikhuatiri terdapat bahan yang
kurang sesuai buat kulit badan anda terutamanya buat yang mengalami masalah kulit sensitif.

Tersalah menggunakan produk sabun mandi akan mengakibatkan antara 7 jenis masalah kesihatan ini;

1. Kulit menjadi kering
- Elakkan daripada memilih sabun yang mengandungi antiseptik atau berbusa. Ini kerana antiseptik akan membuatkan kulit anda menjadi
kesat akibat minyak semulajadi pada kulit telah dihapuskan oleh sabun tersebut. Lambat laun, kulit akan menjadi gatal dan berkedut.

2. Jerawat timbul pada kulit badan
- Bagi yang memiliki masalah kulit berminyak, guna sabun yang berbentuk gel, atau daripada bahan dasar air (water-based) agar dapat
menghalang penghasilan minyak berlebihan. Minyak yang sedia ada pada kulit akan terkumpul jika tidak dirawat akan membuatkan kulit
meradang.

3. Kulit menjadi kegatalan
- Pilih sabun yang mempunyai pelembap semulajadi terkandung di dalamnya untuk mengelakkan kulit menjadi kering akibat memakai produk
sabun mandi kurang sesuai. Hormon stres yang dirembes juga memainkan peranan penting sebagai penyebab utama kulit menjadi kegatalan.
Untuk elakkannya, pilihlah sabun mandi yang bersesuaian.

4. Masalah kulit mengelupas
- Bagi sesetengah orang yang mengalami masalah kulit sensitif, jika tersalah memilih produk sabun mandi akan mengakibatkan masalah kulit
lebih teruk lagi. Contohnya, seperti kulit mengelupas atau melepuh.

5. Timbul ruam
- Pabila produk sabun mandi yang dipilih tidak bersesuaian dengan kulit, kesan utama selalu terjadi adalah ruam. Ianya akan muncul jika anda
selalu menggaru kulit dengan kerap dan tanpa henti.

6. Kulit menjadi kemerahan/meradang
- Kulit mudah meradang atau kemerahan akibat pemilihan sabun yang kurang bersesuaian juga menyebabkan anda menjadi kurang yakin untuk
bertemu dengan orang ramai. Ini akan menyebabkan anda menjadi lebih stres dan depresi. Penjagaan kulit itu penting untuk mengelakkan
penyakit yang lebih teruk di kemudian hari.

7. Kulit sensitif
- Tersalah pilih sabun mandi akan mengakibatkan emosi anda menjadi celaru dan seterusnya kulit berasa lebih sensitif dan reaktif terhadap
keadaan sekeliling. Stres mengurangkan kandungan air pada kulit dan ini akan menjadi kerengsaan pada kulit anda. Elakkan daripada memilih
produk yang cepat mengerikan kulit.

Tips : Pilihlah sabun mandi yang mengandungi aromaterapi. Ini kerana sabun mandi beraromaterapi dapat menenangkan kulit anda daripada
tegang dan mengelakkan daripada timbulnya penyakit yang tidak diingini.

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!