7 Punca Utama Emosi Terganggu


Jika dipetik mengenai ‘emosi terganggu’ ini, seringkali kita kaitkan dengan tekanan yang dilalui oleh seseorang individu itu. Masalah terdiri daripada pelbagai cabang dan sudut seperti masalah cinta, keluarga dan bebanan di tempat kerja. Namun, situasi seperti menguruskan keluarga semasa menyambut perayaan dan bermulanya sesi persekolahan antara punca yang boleh mencetuskan ketegangan emosi.

Emosi memberi kesan pada kesihatan mental dan fizikal anda. Jika emosi tidak stabil, ianya akan menyebabkan masalah fizikal anda merudum. Jom ikuti 7 punca utama yang akan menjadi penyebab masalah gangguan emosi;

1. Beban kewangan
- Kekangan kewangan menjadi salah satu punca utama kenapa kita seringkali mengalami emosi tidak stabil terutamanya di masa perlu untuk menggunakan duit dengan jumlah yang banyak. Seperti perayaan, sesi persekolahan dan lain-lain lagi. Duit yang kurang, pasti akan menyebabkan kita tidak dapat berfikir dengan waras. Inilah selalunya terjadi kes dera terhadap ahli keluarga.

2. Mengambil bahan terlarang
- Pengambilan bahan terlarang seperti dadah akan memburukkan lagi keadaan emosi yang sememangnya sudah tidak stabil dan boleh menjurus ke arah gangguan mental seperti kemurungan dan skizofrenia.

3. Hilang minat
- Gangguan emosi akan menyebabkan anda hilang minat untuk melakukan sesuatu perkara atau aktiviti yang pernah diminati satu masa dahulu. Jika anda suka bersukan tetapi disebabkan tekanan di tempat kerja atau keadaan sekeliling menyebabkan anda menjadi hilang minat dan merasakan bersukan itu adalah satu bebanan.

4. Insomnia
- Tidak cukup tidur atau rehat akan menjadi punca utama dalam keadaan gangguan emosi yang berlaku. Ini kerana otak anda sedang berjalan menyelesaikan masalah psikologi yang ada di dalam fikiran tanpa sedar. Pernahkan anda berbaring tetapi mata tidak boleh lelap akibat memikirkan masalah harian? Ya, itu boleh menjadi sebab utama kenapa emosi anda cepat terganggu.

5. Masalah hubungan
- Hubungan sesama keluarga, isteri atau kekasih juga penyebab utama gangguan emosi berlaku. Seringkali bertegang leher akan menyebabkan emosi anda cepat bercelaru. Jadi, penyelesaian terbaik adalah untuk bercakap secara elok tanpa melibatkan emosi.

6. Kehilangan orang yang tersayang
- Bila berlakunya pendapat tidak sehaluan atau pergaduhan, kita akan mulai jauh daripada orang yang tersayang akibat perselisihan faham. Kehilangan orang yang anda sayang juga boleh menjadi penyebab utama. Seperti ibubapa atau adik beradik yang terlalu rapat hubungannya. Tidak boleh menerima hakikat menyebabkan emosi terganggu tanpa kita sedar.

7. Letih
- Emosi yang ditindas bukan sahaja memberi kesan kepada mental tetapi juga kepada fizikal. Tanda-tanda emosi tidak stabil adalah keletihan mental dan pemikiran seringkali terganggu. Maka, kita akan melakukan sesuatu perkara di luar norma kebiasaan.

Tips : pelajari cara untuk mengawal kemarahan dan bebanan samada di tempat kerja, cinta atau keadaan sekeliling.

“The most importan thing is to enjoy your life – to be happy – it’s all that matters.” Audrey Hepburn

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!