Aktiviti Yang Harus Anda Cuba Semasa PKP Ini!




Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun dilaksanakan daripada 18 Mac – 31 Mac 2020. Tetapi disebabkan pertambahan kes pesakit baru yang terkena jangkitan wabak Covid-19 ini, kini kebanyakan rakyat Malaysia menghadapi musim kuarantin yang akan berlanjutan sehingga 12 Mei 2020. Tambahan pula bermula 24 April, bulan Ramadhan sudah pun dimulai. Umat Islam pasti akan menunaikan ibadah Tarawikh dan puasa di rumah sahaja pada tahun ini.

Hampir 2 bulan terperap di rumah, pasti kadangkala anda akan hadapi situasi yang membosankan. Masakan tidak, aktiviti harian yang dilakukan setiap hari tergendala akibat PKP. Usah risau! Walaupun duduk sahaja di rumah, masih terdapat beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan semasa musim kuarantin ini seperti;



1)      Mulakan amalan membaca
-          Nah, disinilah waktunya untuk anda memupuk sikap membaca samada di dalam diri anda sendiri ataupun bersama anak-anak. Jika dahulu anda tidak punya masa untuk menghabiskan novel/buku yang tergantung pembacaannya akibat kekangan waktu, kini anda boleh habiskan masa melalui membaca. Pasti tidak akan sedar waktu yang berlalu sekiranya anda khusyuk membaca.



2)      Cuba resepi baru
-          Bagi sesetengah daripada anda yang bekerjaya, pasti tidak punya masa untuk mencuba resepi-resepi baru / viral yang selalu anda baca. Disebabkan PKP ini, anda sudah tentu punya banyak masa untuk ‘try and test’ resepi-resepi yang sudah lama tersimpan. Masa inilah untuk tunjukkan skill beraksi bagaikan chef selebriti di dapur!



3)      Tonton rancangan / drama kegemaran
-          Bila tidak punya masa, anda pasti akan merekod sahaja drama / rancangan yang ingin ditonton. Semasa musim PKP ini, anda boleh maraton drama kegemaran anda. Bukan hanya itu sahaja, anda juga boleh mulai melanggan Netflix yang kos bulanannya tidak sampai RM50 sebulan.



4)      Mengemas / mencuci rumah
-          Semasa musim Covid-19 ini, anda dinasihatkan untuk mengemas / mencuci rumah dengan kerap. Nah, ini salah satu aktiviti yang boleh anda lakukan bersama keluarga. Bahagikan kerja agar semuanya dapat diselesaikan dalam masa yang serentak. Masa ini jugalah untuk ‘spend time with your family’.



5)      Bersenam
-          Bagi anda ‘gym junkie’, pasti gelisah bukan tidak dapat ke gym untuk bersenam. Atau keluar berekreasi, jogging, zumba dan aktiviti sebagainya untuk mengeluarkan peluh. Tidak perlu khuatir lagi. Anda boleh lakukan aktiviti bersenam di rumah sahaja. Lakukan sahaja rutin senaman yang sudah terbiasa anda lakukan seperti yoga, pilates, senaman ringan atau push-up.

p/s : Selepas melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh, apa kata bersihkan badan anda dengan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady. Ayuh klik disini; http://www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!