COVID-19 : Beza antara topeng muka N95 dan surgical mask




Perintah Pergerakan Kawalan yang bermula pada 18 Mac telah pun dilanjutkan sehingga 28 April 2020 mengikut sidang media oleh Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi. Info asas tentang langkah pencegahan masih lagi giat dijalankan antaranya adalah langkah asas yang harus diikuti oleh semua pihak ialah pemakaian topeng muka.

Mereka yang mempunyai simptom seperti batuk, selesema dan demam diwajibkan untuk memakai topeng muka setiap kali keluar membuat urusan. Langkah ini sebagai pencegahan bagi memastikan mengurangkan penularan jangkitan virus. Anda juga harus berada jarak 1 meter dari individu lain. Juga pastikan untuk mencuci tangan sekerapnya.

Tahukah anda terdapat perbezaan antara topeng muka N95 dan surgical mask?

Topeng Muka N95 (N95 Respirators)



Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak mengesyorkan orang awam menggunakan topeng muka N95 kerana ianya tidak sesuai. Rekaan dan fungsi topeng ini has untuk kakitangan kesihatan yang melibatkan tugasan menggunakan cecair atau bahan kimia, pencemaran udara, rawatan kecemasan serta industri berat.

Ini kerana lapisan Mask N95 direka untuk menjaring partikel udara sekurang-kurangnya 95% yakni bersamaan 0.3 mikron. Jaringan lapisan topeng muka ini sangat efisien malah rekaannya juga melekap baik mengikut pipi dan hidung si pemakai. Antara sebab-sebab mengapa topeng N95 tidak sesuai untuk orang awam;

1)      Ianya tidak selesa untuk semua orang, lebih lagi kepada golongan warga emas, yang alami masalah pernafasan, kanak-kanak dan kaum lelaki. Ketebalan jaringan topeng boleh menyukarkan untuk bernafas sepanjang pemakaian. Kesan iritasi pada kulit wajah juga boleh berlaku akibat topeng yang melekap kuat dan ketat pada muka.

2)      Harga untuk satu topeng muka N95 dua kali ganda dari harga topeng muka yang biasa. Ianya topeng pakai buang dan hanya boleh satu kali penggunaan sahaja. Elakkan pembaziran!


Topeng Muka Pembedahan (Surgical Mask)


Topeng muka pembedahan atau surgical mask ini lebih nipis dan kelihatan seperti kertas atau tisu biasa. Topeng muka ini mempunyai pelbagai jenis kualiti dan jenama mengikut ketebalan.

1)      Topeng muka ini dipakai oleh doktor pembedahan sebagai langkah melindungi kawasan sekitar hidung dan mulut dari terkena patogen. Ia juga kini bebas dipakai oleh orang awam demi melindungi diri sendiri dari jangkitan virus atau bakteria.

2)      Lapisan topeng yang berwarna biru ialah berfungsi untuk menghalang bakteria atau kuman daripada tertinggal dibahagian tersebut. Manakala lapisan putih atau luar topeng ini berfungsi sebagai hydrophobic iaitu jaringan meresap lembapan pada udara. Manakala lapisan tengah topeng pula sebagai penapis dari sebarang jangkitan bakteria.

p/s : Jika anda alami simptom seperti batuk, demam, sakit tekak dan selesema, segerakan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan ujian saringan Covid-19 ini. Tetapi sebelum itu, pastikan anda mandi dengan menggunakan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady untuk beri kesegaran pada tubuh badan anda dan elak daripada kuman melekat. Ayuh klik disini : http://ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!