Amalkan Rutin Pembersihan Rumah Semasa Musim Kuarantin Ini!






Musim kuarantin kini dilanjutkan lagi selama tempoh 14 hari lagi. Ada yang sudah resah gelisah, ada juga yang lebih relaks kerana inilah masanya untuk meluangkan masa bersama keluarga. Inilah merupakan waktu terbaik untuk kita lakukan kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman di rumah sendiri. Sebenarnya ada beberapa cara, produk dan bahan berbeza yang boleh digunakan untuk tujuan sanitasi dan pembasmian  kuman, virus serta bakteria.

Elakkan daripada dijangkiti virus dengan mengambil langkah proaktif seperti melakukan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi, pastikan anda fokus pada tempat-tempat yang lebih berisiko kepada sentuhan tangan seperti tombol pintu, sofa, kerusi, sinki, meja makan dan lain-lain. 

5 Tips Sanitasi Rumah Anda Dari Bakteria dan Virus Merbahaya

1)      Mengelap barangan di dalam rumah dengan menggunakan disinfectant wipes atau tisu basah yang disanitasi.
-          Gunakan disinfectant wipes pada permukaan yang sering disentuh seperti tombol pintu, telefon, remote control dan suis lampu. Anda hanya boleh menggunakan tisu pengelap ini sekali sahaja pada untuk satu permukaan.
-          Mencuci permukaan-permukaan kasar dengan menggunakan disinfectant spray

2)      Disinfectant spray
-          membasmi kuman yang ada di dalam rumah anda. Pastikan anda menghilangkan segala habuk dan debu di permukaan yang hendak disanitasi. Kemudian gunakan disinfectant spray, mengikut kesesuaian kuantiti di permukaan yang hendak dicuci.

3)      Bahan peluntur (bleach) 
-          Bahan peluntur atau bleach antara bahan disinfektan yang agak kuat. Pastikan semasa anda mengendali bleach, gunakan sarung tangan dan tidak menghidu bahan peluntur tersebut

4)      Cecair Hydrogen Peroxide
-          Agen pengoksidaan ini juga boleh digunakan sebagai bahan disinfektan. Berbeza dengan bahan peluntur yang kandungan utamanya ialah klorin, Hydrogen Peroxide adalah peluntur berasaskan oksigen dan lebih mesra alam.

5)      Colloidal Silver
-          Terma yang digunakan untuk menggambarkan partikel perak yang ada di dalam campuran cairan dan digunakan sebagai agen disinfektan. Unsur logam di dalamnya terlalu  halus dan lebih dikenali sebagai ‘nanopartikel’. 

p/s : Selepas penat membersihkan rumah, apa kata anda bersiram untuk legakan badan yang sudah melekit? Gunakan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady ini untuk beri kesegaran pada tubuh badan anda sepanjang masa. Klik disini : http://ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!