Tips Covid-19 : Check Suhu Badan Anda Setiap Hari




Tahukah anda bahawa wabak Covid-19 ini mampu memberi kesan yang serius kepada kehidupan kita jika tidak amalkan ‘social distancing’ semasa keluar membeli barang. Pastikan anda berada dalam lingkungan jarak 1 meter dengan mana-mana individu untuk mengelakkan ‘direct contact’ agar tidak dijangkiti virus penyakit merbahaya ini.

Seperti yang anda maklum, setiap kali pulang dari membeli barangan dapur atau keluar membuat urusan, basuh tangan dan segera mandi. Elakkan daripada menyentuh mana-mana permukaan agar virus ini tidak mudah berpindah. Juga bagi mengelakkan anda dijangkiti, usah melawat tempat yang berada di dalam zon merah. Jika anda mempunyai suhu badan yang tinggi melebihi 37 darjah celsius, disarankan untuk melawat hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.

Nah, disinilah kegunaan termometer dahi untuk memeriksa suhu badan itu penting. Tidak perlu beli yang mahal. Kini boleh didapati dengan harga dibawah RM100 ikut kemampuan bajet. Kebaikan termometer dahi adalah ianya dapat mengesan suhu badan tanpa perlu bersentuhan, tidak seperti pengukur suhu lain kerana tekonologi yang digunakan adalah infrared. Ini akan mengelakkan sebarang jangkitan berlaku daripada pesakit, berbeza dengan termometer jenis mulut.

Bacaan suhu melalui termometer dahi sangat tepat dan ianya akan memberi isyarat jika suhu badan melebihi tahap normal. Kadangkala, sesetengahnya juga akan menunjukkan tahap samada anda demam ataupun tidak. Ianya boleh digunakan untuk semua peringkat umur dan memandangkan wabak yang melanda negara kita ketika ini. Anda dinasihatkan untuk memeriksa suhu badan setiap masa, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Suhu badan yang normal adalah diantara 36.5C – 37.2C. Tetapi harus diingatkan bahawa termometer juga terdapat pelbagai jenis. Ada yang dimasukkan ke dalam mulut atau diletakkan dibawah ketiak. Bagi untuk elakkan berlakunya sentuhan secara fizikal, disyorkan penggunaan termometer dahi ini.

p/s : Sudah keluar membeli barang dan ingin mandi sebaik sahaja pulang? Apa kata gunakan gel mandian aromaterapi daripada Ikonlady ini. Ayuh klik disini; http://www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!