Jom Cuba Resepi Viral Semasa Musim COVID-19 Ini!


Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, sudah masuk sebulan lebih kita berada di rumah dan pasti pelbagai resepi telah pun dicuba tidak kira samada menjadi ataupun tidak. Sesetengah daripada anda pasti buntu hendak menyediakan aneka jenis hidangan yang berbeza buat keluarga anda setiap hari. Kalau bujang, makan nasi putih dengan telur kicap pun ‘jalan’ 2 pinggan.

Nah, apa kata anda tunjukkan skill beraksi di dapur bagaikan chef selebriti dengan resepi yang sudah viral di platform media sosial kini.


1)      Dalgona Coffee – sebenarnya Dalgona merupakan candy yang datangnya dari Korea. Untuk anda yang gemarkan kafein, bolehlah cuba resepi ini. Tak boleh ke kedai kopi untuk minum seperti selalu? Usah risau, search sahaja cara untuk membuatnya!


2)      Pasta – Kalau setiap hari makan nasi sahaja, pasti membosankan. Apa kata tukar selera pula sekali-sekala dengan pasta aneka jenis yang boleh anda hidangkan buat keluarga tersayang.


3)  Puding milo – Dikala bulan Ramadhan ini, sudah tentu anda akan ke bazar jika tidak disebabkan oleh PKP ini. Juadah yang selalunya ada di bazar adalah puding milo kegemaran ramai. Cara membuat puding ini sangat mudah. Hanya semudah 1, 2, 3….anda boleh hidangkan semasa berbuka nanti.


4)      Quiche – Nama yang agak menarik ini pasti akan membuatkan anda garu kepala bagaimana rupanya. Bentuk dan rasnaya lebih kurang seperti pai, anda boleh hidangkan menu ini untuk berbuka jika ingin menukar selera. Intinya berisikan daging cincang, bukan sahaja akan menjadi kegemaran orang dewasa malahan kanak-kanak juga pasti menyukainya.


5)      Piza – Kadangkala sesetengah orang tidak suka buat piza kerana terpaksa menguli dohnya. Tetapi doh piza anda boleh beli sahaja yang segera di kedai bakeri berdekatan. Hanya sapukan sos tomato, letakkan daging cincang / chicken slice, kemudian taburkan cheese….siap!


6)      Roti sosej – Hidangan ini boleh anda sediakan sebagai kuih untuk berbuka. Terutamanya buat kanak-kanak yang tidak makan nasi, roti ini boleh dijadikan pengganti hidangan makan malamnya.


7)      Bubur nasi – Mungkin anda yang mengatakan bubur nasi ini seperti makanan orang sakit sahaja. Itu tidak betul. Anda boleh pelbagaikan bubur nasi menjadi resepi hidangan yang terbaik untuk menu berbuka anda.

p/s : Setelah penat memasak dan berpeluh, jom segarkan badan anda dengan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady. Jom klik disini; http://www.ikonlady.com.my
  



Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!