Shopping Checklist : Apa Yang Anda Perlukan Semasa Kuarantin Ini?




Malaysia kini sudah berada di fasa ke-3 atas Perintah Kawalan Pergerakan PKP bagi membendung penularan wabak COVID-19 benar-benar memberi impak dan kesan kepada seluruh rakyat bermula dari 18 Mac 2020. Perintah ini berkuatkuasa bagi mengehadkan pergerakan dan jalani ‘self-quarantine’ di rumah masing-masing kecuali terdapat urusan penting yang perlu untuk anda keluar dari rumah.

Sejak PKP dilaksanakan, ada sesetengah daripada kita telah pun melakukan stok pembelian barangan runcit dengan banyak sehingga tidak muat peti sejuk dan bilik stor akibat tidak mahu keluar dari rumah selalu. Nah, ini tidak betul ya. Disinilah kegunaan shopping checklist ini. Semasa ingin melakukan pembelian, pastikan kita hanya perlu makanan dan barangan dapur yang mencukupi selama 14 hari sahaja. Ianya juga bergantung kepada saiz isi rumah anda.

Namun, haruslah diingatkan bahawa tidak sepatutnya berlaku situasi ‘panic buying’ yang menyebabkan orang ramai membeli lebih dari apa yang diperlukan. Disebabkan terjadinya situasi ini, stok barangan yang ada di supermarket atau kedai runcit masih tidak mencukupi untuk menampung isi rumah yang lain. Jangan bersikap selfish, ya. Anda harus ingat juga pada orang yang tidak berkemampuan untuk membeli barangan dengan banyak atau warga emas.  

Kerajaan juga telah menjamin bahawa bekalan makanan akan sentiasa ada dan urusan pembelian barangan dapur masih boleh dijalankan seperti biasa. Tetapi hadkan pergerakan terhadap aktiviti harian yang anda lakukan seperti melepak di kedai mamak atau berlegar-legar di luar selepas membeli barangan. Ke kompleks membeli-belah juga dilarang keras sama sekali kecuali untuk membeli barang dapur. Selepas membeli apa yang patut, terus sahaja pulang ke rumah masing-masing.

Disini kami sediakan senarai barangan penting yang boleh anda stock-up untuk tempoh kuarantin ini. Senarai ini pasti akan mengelakkan anda daripada menjadi panic buyer!


·         Air - Seperti yang kita tahu, virus ini menyerang tekak dan sistem pernafasan. Untuk mengurangkan risiko jangkitan, pastikan anda kekal hidrat dan banyak minum air masak, sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari


·         Makanan tahan lama - Makanan yang boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan mudah untuk dimasak seperti makanan dalam tin atau frozen food


·         Agen pembersih - Pastikan rumah anda sentiasa bersih untuk mengelakkan daripada penyakit berjangkit. Bersihkan rumah anda setiap 2 – 3 hari sekali bagi menjaga kebersihan sekaligus untuk elakkan virus atau bakteria merbahaya melekat pada permukaan seperti perabot atau tombol pintu


·         First Aid Kit - Pastikan stok barangan ini mencukupi untuk masa-masa kecemasan. Bukan hanya untuk kuarantin selama 14 hari sahaja tetapi bekalan kecemasan harus ada setiap masa. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku


·         Aktiviti bersama keluarga - Untuk mengisi masa lapang, apa kata selitkan sesi game dalam rutin harian anda sekeluarga bagi menjana minda dan menguji perkembangan otak si manja anda. Juga boleh lakukan aktiviti bercucuk tanam di sekeliling rumah.

p/s : Selepas pulang dari membeli barangan runcit, apa kata anda bersihkan badan dengan gel mandian aromaterapi daripada Ikonlady ini. Ayuh klik disini untuk maklumat lanjut; http://www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!