COVID-19 : Punca & Cara Mencegahnya




Jika dilihat melalui statistik individu yang dijangkiti penyakit Covid-19 ini, sudah meningkat kepada 3600 dan 2,500 masih lagi dirawat di kesemua pusat kesihatan seluruh Malaysia. Jumlah kematian pula dicatat sehingga hari ini meningkat kepada 61 orang. Vaksin yang dapat merawat penyakit ini juga masih belum lagi ditemui. Punca penyakit ini juga masih belum dapat dikenalpasti.

Malaysia kini berada dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 – 31 Mac 2020 yang meminta orang ramai untuk menutup perniagaan buat sementara waktu kecuali restoran. Tetapi masih terdapat lagi ramai orang yang berdegil tidak mahu mengikut perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan. Disebabkan kes semakin setiap hari, kerajaan melanjutkan lagi PKP ini sehingga 14 April 2020.

Ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti mangsa positif Covid-19 samada sebagai pembawa (carrier) atau orang yang dijangkiti. Waktu inkubasi bagi virus ini dapat dikesan adalah selama 14 hari. Selepas 14 hari jika terdapat simptom-simptom seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya, anda digalakkan untuk melakukan pemeriksaan di pusat kesihatan yang berdekatan. Jika anda mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara semasa Covid-19 ini tersebar, diwajibkan untuk memeriksa tahap kesihatan anda.

Bertujuan bagi mengelakkan anda menjangkiti orang sekeliling atau terdekat seperti ahli keluarga. Terutama sekali bagi ahli keluarga mempunyai anak kecil atau ibubapa yang sudah tua. Mereka adalah antara individu yang mudah untuk dijangkiti oleh penyakit ini disebabkan sistem imun. Tetapi juga terdapat cara-cara untuk mencegahnya seperti;

·         Selepas pulang dari membeli-belah, terus basuh baju yang dipakai dan mandi terlebih dahulu sebelum menyentuh mana-mana permukaan atau ahli keluarga anda
·         Jika anda berada dalam golongan yang bekerja ‘essential services’, sudah pasti anda harus ke tempat kerja. Lakukan proses yang sama sebaik sahaja pulang dari kerja
·         Pastikan anda mencuci tangan samada sebelum memasak / selepas memasak, sebelum makan dan selepas makan bagi mengelakkan pembiakan kuman serta menjaga kebersihan
·         Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
·         Jika anda terasa sakit tekak, kumur dengan air garam dan minum air suam panas
·         Jaga kesihatan diri agar boleh dielakkan daripada terkena penyakit seperti demam, selesema, batuk atau sakit tekak
·         Cuci / mop lantai rumah dengan cecair pembasmi kuman (Dettol) dan lap tombol pintu serta permukaan yang mudah disentuh oleh orang lain
·         Eat clean, eat green

Sebolehnya elakkan daripada berkumpul di satu tempat selama 6 bulan – 1 tahun agar wabak penyakit ini betul-betul sembuh terlebih dahulu. Selepas PKP tamat, anda harus juga berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Jangan leka. Pastikan kebersihan dijaga!

p/s : Amalkan petua di atas untuk jaminan kesihatan berpanjangan. Apa kata semasa hendak mandi tu, anda gunakan gel mandian aromaterapi daripada Ikonlady ini. Jom klik disini; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!