Minyak Wangi : Beza Antara EDT, EDP, EDC dan Parfum




Selama ini, mungkin sesetengah daripada anda hanya menyemburkan minyak wangi ke badan tanpa ketahui apakah perbezaannya. Tetapi mungkin juga sesetengah daripada anda tahu isi kandungan yang terdapat di dalam minyak wangi tersebut. Jika anda dapat lihat tanda label pada minyak wangi, ada yang bertanda EDT, ada juga EDP dan Eau De Parfum. Secara ringkas, ianya bermaksud jumlah konsentrasi minyak parfum yang terdapat di dalam satu botol tersebut.

Di dalam ayat Perancis, ‘Eau’ bermaksud air manakala ‘De’ pula membawa maksud dari. Pelbagai jenis minyak wangi yang terdapat di pasaran kini, ada berjenama lokal atau antarabangsa dengan rangkaian harga daripada murah sehingga mahal. Tetapi ada juga minyak wangi ‘knock-off’ yang dijual dengan harga mahal bagi tujuan untuk melakukan penipuan. Sesetengah daripada kedai minyak wangi premium, mereka menjual rangkaian daripada jenama antarabangsa dan juga dari gred A.

Yang penting, anda harus tahu memilih agar tidak mudah tertipu. Ayuh lihat perbezaan antara EDT, EDP, EDC dan Parfum;

·         EDT (Eau De Toilette)
-          Toilette bermaksud proses mencuci. Baunya lebih jelas dan dapat memberi penampilan anda samada tampak anggun dan feminin atau maskulin. Diambil dari ayat Perancis, perkataan ini disebut ‘twa-let’.
-          Paling popular dan terdapat banyak di pasaran dan berharga lebih murah berbanding EDP.
-          Minyak parfum yang terdapat di dalam EDT, berkonsentrasi rendah antara 5% - 15% sahaja tetapi ianya mampu memberi ketahanan lebih lama yang boleh bertahan sehingga 8 -12 jam.

·         EDP (Eau De Parfum)
-          Minyak berkelas tengah yang mempunyai konsentrasi minyak parfum di dalamnya antara 15% - 20%.
-          Berharga lebih mahal daripada EDT dengan ketahanan bau yang mampu bertahan sehingga 10 – 16 jam pada pakaian.
-          Karateristik minyak wangi berlabel EDP ini juga dikatakan berbau kuat dan lebih keras. Tak semua orang sesuai untuk memakai minyak wangi ini kerana mungkin mengakibatkan kulit menjadi sensitif jika bersentuhan.

·         EDC (Eau De Cologne)
-          Konsentrasi minyak parfum yang terdapat dalam EDC ini berkonsentrasi rendah dengan rangkaian harga lebih murah.
-          Ketahanan baunya juga boleh bertahan antara 2 – 4 jam dengan kandungan minyak parfum antara 2% - 4% sahaja sebotol.

·         Parfum
-          Minyak wangi berlabel ini adalah yang berkonsentrasi paling tinggi antara 15% - 30% sebotol. Ianya juga boleh dikategorikan sebagai minyak wangi premium dengan harga lebih mahal dari semua jenis label.
-          Kini dengan kandungan hanya 100ml sebotol, harga terendah yang boleh didapati dipasaran adalah sekitar RM400.
-          Penggunaannya juga boleh bertahan lebih daripada 12 jam menjadikan minyak wangi ini yang paling lama boleh tahan bau pada pakaian.  

p/s : Ingin kekalkan kesegaran pada tubuh badan anda semasa mandi? Apa kata gunakan gel mandian aromaterapi dari Ikonlady ini. Ayuh klik disini; http://www.ikonlady.com.my

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Punca Angin Dalam Badan, Tanda-Tanda & Cara Mengatasinya

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!