Prosedur Sebelum Berkahwin : Tips Wajib Perlu Diketahui
Buat bakal pengantin di luar sana, artikel kali ini khas untuk anda. Kita sudah menghampiri 3 bulan terakhir dalam tahun 2019 ini. Sudah pasti ada yang merancang untuk bercuti bersama keluarga atau melangsungkan perkahwinan memandangkan cuti sekolah juga semakin dekat. Ada yang sudah memulakan persiapan dan ada juga yang masih sibuk ke sana-ke mari untuk merancang apa yang patut dilakukan. Nah, ada sesetengah perkara yang tidak boleh diambil ringan oleh anda. Terutamanya perkara yang melibatkan dokumentasi. Sebelum melangsungkan perkahwinan, ada beberapa prosedur harus anda patuhi seperti menghantar borang kahwin dan aturan proses sebetulnya. Dibawah ini terdapat tips yang boleh anda lakukan semasa menyediakan proses tersebut; · Isi borang secara online - Anda harus layari laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia; http://www.sppim.gov.my/sppim/home . Kemudian, klik pada Benar Nikah Online (Keben...