Tips : Kecilkan Liang Pori Terbuka
Kadangkala, kita pasti terasa kulit muka menjadi kasar dan ‘berkawah’. Ini
adalah disebabkan liang pori yang terbuka luas dan tersumbat dengan kekotoran.
Ianya pasti akan menganggu penampilan kulit wajah anda sehingga kelihatan kusam
dan tidak bermaya. Sejak kebelakangan ini, pencemaran udara sering menjadi
penyebab utama kepada masalah kesihatan samada badan atau kulit. Tambahan pula,
musim panas sekarang masih dalam dalam keadaan jerebu. Matahari yang memancar
terus mengena pada kulit akan membuatkan kulit anda terasa ‘digigit’.
Faktor musim dan cuaca tidak menentu akan mengakibatkan liang pori wajah
anda mudah terbuka dan tersumbat. Maka, cubalah tips dibawah ini untuk
membersihkan liang pori yang tersumbat akibat minyak dan kotoran;
·
Bersihkan kotoran pada kulit wajah
- Lakukan rutin mencuci muka dengan
kerap agar kulit anda bebas dari kotoran dan minyak yang tersumbat. Pastikan
kulit anda bersih dan tidak ada satu kotoran pun yang melekat.
- Cuci 2 kali sehari iaitu selepas
bangun tidur untuk menyegarkan kulit muka dan waktu malam untuk mencuci kulit
dari segala kotoran akibat solekan. Rutin ini sesuai untuk yang mempunyai kulit
jenis normal. Yang bermasalah seperti kering dan sensitif, lakukan 1 – 2 kali
seminggu untuk elakkan kulit iritasi.
- Gunakan teknik ‘double-cleansing’ agar kulit tidak mengalami masalah yang teruk.
Untuk yang berminat, disyorkan menggunakan cleansing
oil dan buat si berkulit kering, gunakanlah cleansing balm.
·
Skrub wajah
- Skrub merupakan produk untuk
pengelupasan kulit yang dapat menghapus sel-sel kulit mati, khusus pada kulit
wajah. Ada juga skrub muka mengandungi pelembap, tidak menyebabkan kulit
bertambah iritasi buat anda yang memiliki kulit kering dan sensitif.
- Jika anda gemar memakai make-up, digalakkan untuk melakukan
rutin skrub muka setiap minggu agar dapat membuang kotoran yang melekat pada
kulit wajah.
- Skrub mengandungi bijian di dalam
pencucinya dapat membersihkan kotoran, minyak dan sebum yang melekat. Boleh
didapati dari drugstore, skrub terbaik yang direkomendasi untuk semua jenis
kulit adalah dari jenama St.Ives.
- Semasa memakai skrub, lakukan urutan
dengan lembut pada kulit wajah. Elakkan daripada menggosoknya dengan kasar agar
kulit wajah anda tidak akan menjadi keradangan dan pedih.
·
Pilih produk yang berasid
- Selain skrub muka, jika anda ingin
hilangkan kotoran dengan lebih cepat, gunakan produk skincare yang mengandungi
bahan berasid seperti asid Hyaluronik, Salicylic, Niacinamide dan Peptide.
- Untuk yang berkulit sensitif, anda
disyorkan menggunakan skincare yang mengandungi Lactic Acid atau Glycolic. Boleh
juga menggunakan retinoid untuk perubahan sel kulit agar kulit lama diganti
dengan yang baru.
·
Clay mask
- Kini, terdapat lambakan produk
skincare yang mengandungi bahan clay, sesuai untuk semua jenis kulit. Gunakan
clay mask ini untuk mendapatkan hasil lebih lumayan dan pantas.
- Ianya dapat menyerap kotoran dan
membebaskan liang pori yang tersumbat dari berminyak. Liang pori kulit wajah
anda akan kembali mengecil.
·
Sunscreen
- Liang pori kelihatan besar pada kulit
wajah akibat tidak melakukan penjagaan dengan betul dan biarkannya terdedah
pada sinaran UV. Elakkan daripada cahaya matahari memancar terus ke kulit wajah
dengan memakai sunscreen.
-
Ianya dapat memberi perlindungan
sepenuhnya daripada kulit anda terkena sunburn.
·
Elakkan dari sentuh kulit wajah
-
Ini adalah salah satu perkara yang
harus diambil berat oleh anda. Jangan menyentuh kulit wajah jika tangan anda
tidak bersih. Tangan yang kotor boleh memindahkan minyak dan bakteria ke kulit
wajah sehingga menyebabkan liang pori terbuka luas serta tersumbat.
-
Cuci dulu tangan dengan bersih
sebelum menyentuh kulit wajah anda.
Tips : Bukan
penjagaan kulit sahaja yang harus dijaga tetapi juga pemakanan. Kurangkan atau
elakkan mengambil makanan yang mengandungi perasa tambahan.
Notakaki : Ingin bersihkan kulit dari segala kotoran dengan berkesan? Gunakan
gel mandian aromaterapi ini agar kulit anda sentiasa bersih dan segar sepanjang
hari. Klik disini untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment