Tips : Redakan Haba Dalam Badan Semasa Fenomena Equinoks Ini!
Seperti yang kita jangka, Malaysia bukan lagi hanya ada 2 musim iaitu
panas dan tengkujuh. Tetapi satu lagi musim yang boleh dikatakan sebagai rutin
setiap tahun kita pasti akan terkena tempiasnya iaitu jerebu. Ianya seringkali
terjadi akibat pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera, Indonesia. Jerebu
akan kerap terjadi jika masalah pemanasan global tidak dihalang dengan baik dan
betul. Masalah jerebu juga akan menyebabkan tahap kesihatan setiap individu
menjadi lebih teruk. Ia boleh menjejaksan sistem pernafasan seperti penyakit
lelah, sakit tekak, selesema, batuk, pneumonia dan penyakit yang berkaitan kardiovaskular
(jantung).
Pasti anda dapat lihat bilangan manusia yang mengunjungi klinik-klinik
kesihatan atau hospital juga meningkat semasa berlakunya fenomena ini. Ikuti
tips dibawah ini untuk mengelakkan daripada anda mengunjungi ke klinik atau
hospital dengan kerap semasa musim panas;
· Banyakkan minum air suam atau kosong
untuk kekal hidrat semasa musim panas. Elakkan daripada mengambil air manis
atau berkafein. Ianya akan menyebabkan anda dehidrasi kerana kandungan gula
dalam minuman.
· Semasa berpakaian, pastikan fabrik
yang dipakai cepat menyerap peluh dan meresap haba dengan baik. Jangan memakai
terlalu banyak lapisan. Ini akan menyebabkan terjadinya proses perpeluhan
dengan banyak.
· Kurangkan pemakaian solekan semasa
musim panas. Ini kerana sesetengah produk berkemungkinan mengandungi bahan yang
boleh menyekat aliran peluh dengan baik dan membuatkan kulit wajah anda terasa
berbahang.
· Elakkan daripada melakukan aktiviti
luar dengan kerap serta yang memerlukan penggunaan tenaga dengan banyak.
· Jangan lupa untuk memakai krim
pelindung matahari yang mengandungi SPF tinggi. Ianya dapat memberikan
perlindungan secara menyeluruh buat kulit badan dan wajah anda dengan sempurna.
· Kurangkan mandi dengan menggunakan
air sejuk atau panas. Sebaliknya mandi dengan air suam.
· Jangan makan dalam kuantiti yang
banyak, ini kerana ianya akan menaikkan kadar metabolisma anda dan membuatkan
badan terasa berbahang. Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk
elakkan anda cepat lapar.
Tips : Yang
penting, pastikan cairan mencukupi dalam badan anda agar kekal terhidrat.
Notakaki : Nah, di musim panas ini, apa kata dinginkan badan dengan gel
mandian aromaterapi 7Lime ini? Ianya mengandungi ekstrak 7 buah limau yang
mampu memberi kesegaran sepanjang masa dan anda akan kekal aktif selepas
memakainya. Jom klik disini; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment