SAVE THE DATE : Theme Rona Sesuai Untuk Wedding Dress Dengan Tona Kulit Anda




Hari perkahwinan merupakan hari yang bersejarah dan penting untuk setiap kaum wanita yang bakal mendirikan rumahtangga. Sudah tentu persiapan dilakukan setahun atau 6 bulan sebelum bernikah. Semuanya mahu berjalan dengan lancar dan teratur supaya memori terindah dapat diukir pada hari tersebut. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, pasti sudah sibuk dengan menempah kad perkahwinan, booking catering dan wedding planner, mencari mak andam serta tukang jahit baju pengantin yang terbaik.

Kalau yang buat di dewan, pakej perkahwinan yang dilengkapi dengan catering, pelamin, baju persalinan pengantin dan juga kek kahwin. Tetapi bagi yang lakukan di rumah sahaja, anda sudah tentu ingin melakukan semuanya sendiri. Tambahan pula yang berkahwin di kampung. Inilah masanya hendak merewang. Berjumpa dan bergotong-royong satu kampung untuk menjadikan majlis perkahwinan anda satu kenangan yang terindah.   

Nah, bila bercakap mengenai baju pengantin terutamanya bagi kaum wanita, pasti inginkan sesuatu yang membuatkan anda menjadi tumpuan pada hari / malam tersebut. Pertama sekali, anda haruslah bayangkan rekaan yang macam mana anda ingin ‘peraga’kan untuk hari tersebut. Paling penting, haruslah lebih menonjol dan lain daripada yang lain. Pemilihan rona kain juga memainkan peranan penting dalam menaikkan seri tona kulit dan membuatkan penampilan anda tampak luar biasa.

Tips berguna dibawah ini boleh dijadikan panduan buat anda semasa ingin memilih rona kain;
                         
·        Cerah
-          Pastikan anda menggunakan rona-rona yang terang dan menyerlah seperti merah, biru gelap, ungu pekat dan hijau zamrud.
-          Rona ini akan menaikkan lagi seri kulit wajah anda agar tidak tampil pucat atau lesu semasa hari persandingan nanti. Elakkan daripada memakai putih terutamanya semasa bersanding.
-          Gabungan rona juga boleh dijadikan sebagai salah satu idea menarik untuk baju anda nanti. Warna seperti gold atau silver dan dicampurkan pula dengan rona terang seperti ini, pasti membuatkan anda tampil lain daripada biasa.

·        Kuning Langsat
-          Kulit wanita Asia adalah terdiri daripada golongan ini. Maka, anda digalakkan untuk memakai rona-rona gelap dan terang seperti pink, kuning atau biru.
-      Elakkan daripada memakai warna lembut atau pastel seperti krim. Ini akan membuatkan kulit wajah anda tampil kusam.

·        Sawo Matang
-          Kulit ini dalam kategori coklat gelap. Elakkan rona-rona lembut seperti krim atau pink lembut. Pilih rona yang boleh menaikkan seri wajah anda seperti dark brown/bronze, gold atau putih gading.

·        Hitam Manis (Gelap)
-          Berani adalah perkataan yang sesuai untuk anda yang memiliki tona kulit ini. Gunakan rona kain seperti kuning keemasan dan merah akan menampakkan tona kulit anda secara kontra dan dalam pada masa yang sama, membuatkan anda lebih menonjol.

Tips : Kenalpasti terlebih dahulu tona kulit anda agar tidak tampil awkward semasa hari pernikahan dan persandingan nanti.

Notakaki : Khas buat kaum wanita yang bakal mendirikan rumahtangga, apa kata cuba mencantikkan kulit badan anda dengan gel mandian aromaterapi 7Lime ini sebelum tiba hari pernikahan anda nanti? Kulit anda akan tampak segar dan bermaya sepanjang hari bersejarah itu. Jom klik disini untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!

Cara Kawal Emosi Kemarahan