Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!




Hype dan trend bubble tea kini semakin berleluasa semenjak keluarnya produk-produk dan jenama terbaru untuk menarik perhatian pengunjung. Apa itu bubble tea? Bubble tea atau boba pearl, ianya merupakan minuman yang berasaskan susu, sirap berperisa, pearls, pudding atau jelly. Sebelum tibanya jenama boba tea yang lain, pelopor pertama dalam perniagaan bubble tea di Malaysia ini adalah Chatime dan Gong Cha yang mula ditubuhkan pada tahun 2010.

Bubble tea tidak membawa maksud bebola yang ada di dalam minuman tetapi buih yang terdapat di permukaan minuman tersebut. Bebola di dalam minuman pula dipanggil sebagai tapioca pearls yang diperbuat daripada ekstrak akar ubi kayu. Jangan makan semasa ianya masih mentah kerana pearls ini mengandungi cyanide yang boleh menyebabkan sakit kepala dan loya jika dimakan secara mentah. Ada sesetengah premis boba tea menggunakan pearls berwarna putih iaitu asli dan tidak dicampur dengan sebarang bahan pewarna. Manakala pearls berwarna hitam sudah dicampur dengan gula perang atau pewarna.

Terdapat variasi bubble tea boleh dipilih dari menu yang tertera. Ingin tahu lokasi menarik bubble tea yang menjadi kegilaan ramai ini? Ayuh, ikuti artikel ini;



·        Chatime
-          Antara jenama pertama yang menjadi pelopor kepada perniagaan boba tea ini.
-          Minuman yang seringkali menjadi pilihan adalah Pearl Milk Tea.
-          Boleh didapati di mana-mana kiosk kompleks membeli-belah di seluruh Lembah Klang



·        Tealive
-          Merupakan salah satu jenama yang sudah lama bertapak di Malaysia.
-  Variasi minuman yang disediakan dengan resipi yang diperbaharui dan signature minumannya adalah Brown Sugar Pearl Milk Tea.



·        Gong Cha
-       Produk minuman boba yang mula memperkenalkan minuman bubble ta di Malaysia pada tahun 2010.
-       Minumannya boleh diubahsuai mengikut kesukaan anda samada ingin ais lebih/kurang dan juga tahap gula dalam minuman.
-          Jika anda ingin cuba, apa kata Taro Milk Tea untuk ‘wishlist’ seterusnya.



·        The Alley
-          Memulakan ‘craze’ bubble tea di Lembah Klang. Minuman yang menjadi pilihan orang ramai adalah Crème Brulee Milk Tea dan Brown Sugar Deerioca Milk. Resipi mudahnya susu segar, tapioca pearls, gula perang, puding crème dan ais.



·        Daboba
-          Ini merupakan jenama dari Taiwan yang memulakan trend menggunakan gula perang di dalam minuman.
-          Menu pilihan orang ramai adalah Honey Golden Pearl Green Milk Tea.
-  Tetapi minuman yang disyorkan adalah Daboba Brown Sugar Pearl Milk yang menggunakan cheese topping, dibakar dengan penunu bunsen. Menambahkan lagi ‘crunchy’ pada minuman anda.



·        Tiger Sugar
-          Produk ini masih baru mencipta nama di dalam perniagaan boba ini dan amat terkenal di Taiwan.
-          Minuman signaturenya adalah Brown Sugar Boba Milk Cream Mousse.



·        Xing Fu Tang
-          Tahukah anda Xing Fu Tang melakukan perubahan teknik dalam menghidangkan bubble teanya? Tapioca pearlsnya di ‘stir-fry’ terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa caramelized yang bercampur dengan susu segar.
-   Antara menu yang menarik adalah Pearl Milk Tea yang dibakar sedikit dengan menggunakan penunu bunsen bagi mendapatkan rasa lebih enak. Minuman yang seringkali menjadi pilihan juga, Mango Smoothie yang dihiasi dengan panna cotta berbentuk arnab. 



·        KOI The
-          Merupakan perniagaan bubble tea yang semakin mendapat tempat dan mencipta nama di pasaran Malaysia.
-      Menu utamanya adalah Golden Bubble Milk Tea. Tapioca pearlsnya berwarna kuning dengan gabungan susu segar, sirap berperisa dan ais.



·        Shake Shake
-       Variasi menu yang unik beserta logo bear pada gelas membuatkan Shake Shake Malaysia salah satu jenama semakin dikenali di kalangan peminat boba.
-       Pilihan menu yang digemari ramai adalah Azuki Red Bean Milk Tea dan Shake Shake Milk Tea.



·        One Zo
-       Cawangan pertamanya dibuka di SS15, Subang Jaya, One Zo mencipta boba tea yang unik dan menarik pengunjung untuk mencuba. Pearls bubble tea ini direka dibuat dari pelbagai warna.
-     Anda boleh memilih pearls topping untuk minuman dari brown sugar, caramel atau cactus. Digabungkan pula dengan Taro Milk Tea atau Cocoa Latte.



·        Cha Wan Jia Bubble Tea
-     Pearlsnya diperbuat daripada ekstrak seperti sakura atau buah naga dan digabungkan dengan teh dan cheese topping.
-          Dibuka dari jam 11.30 pagi, anda pasti tidak boleh lepaskan peluang untuk mencubanya di SS15, Subang Jaya.

Bonus : Disebabkan oleh trend boba tea tengah berleluasa kini, Starbucks juga sedang mempromosikan bubble tea versinya tersendiri, Dark Caramel Sphere Coffee Frappuccino.



Notakaki : Selepas sahaja membeli secawan bubble tea, apa kata anda pulang ke rumah dan berikan masa untuk badan anda relaks sambil meminum secawan boba. Cubalah gel mandian aromaterapi dari 7Lime ini. Ianya menyegarkan badan anda setelah seharian berada di luar. Jom klik laman web kami; https://www.ikonlady.com.my/

Masa untuk menonton drama kegemaran anda sambil menghirup secawan bubble tea! 

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Cara Kawal Emosi Kemarahan