#OOTD Musim Panas : Pilihan Hijabista Keluar Bersantai
Masuk sahaja bulan Ogos, kita akan mengalami musim panas sehingga
menyebabkan terjadinya kemarau. Tetapi apabila berlaku kejadian pemanasan
global, negara yang berada di atas Khatulistiwa paling terkena tempiasnya.
Contoh, Malaysia. Apabila memasuki musim panas, matahari akan terasa seperti
berada betul-betul di atas kepala. Cuaca juga boleh menjadi penyebab sesetengah
individu yang tidak dapat menerima suhunya akan cepat jatuh sakit seperti
demam, selesema, batuk dan sebagainya.
Inilah masanya para pelancong yang melancong disini atau orang tempatan
memakai pakaian nipis dan singkat. Tetapi cuaca tidak menjadi penghalang buat hijabers mengenakan pakaian yang
bersesuaian dan mengikut tuntutan syarak. Terdapat beberapa #OOTD yang
diinspirasikan serta selesa untuk dipakai oleh wanita bertudung. Tidak kira
samada bersantai secara indoor atau outdoor, anda tidak merasa gelisah
berpakaian seperti ini;
·
Pilihlah pakaian berasaskan rona putih
- Rona putih selalunya tidak digemari
oleh hijabers kerana ianya agak ‘see-through’. Elakkan daripada memakai
pakaian yang boleh menampakkan bentuk tubuh. Jika anda rasakan pakaian rona
putih anda itu boleh telus, pakai anak baju berlengan panjang/camisole yang
dapat menutupi bentuk badan anda.
- Pakaian berona putih ini tidak mudah
menyerap cahaya matahari dan membuatkan anda terasa berbahang. Jadi, sesuai
untuk dipakai kemana sahaja pada bila-bila masa.
·
Mix & Match
- Sesetengah daripada anda pasti gemar
mengenakan pakaian daripada dua rona atau motif dan rekaan yang berbeza. Padukan
pakaian yang simple dan minimalis. Yang penting, pilihan baju anda haruslah
bermaterial ringan dan dapat menyerap peluh dengan baik.
- Elakkan daripada memakai pakaian yang
menampakkan kesan peluh samada di ketiak atau tengah belakang.
·
Aksesori
- Mungkin sesetengah hijabista gemar
mengenakan aksesori bersama pakaian yang dipakai setiap hari. Tidak kira samada
keluar bersantai atau ke kompleks membeli-belah. Jika anda ingin memakai
aksesori buat pelengkap gaya, pilihan yang tepat adalah cermin mata hitam. Itu
lebih ideal kerana ianya dapat melindungi mata anda daripada terkena pancaran
sinar UV.
-
Boleh juga memakai topi lebar untuk
menutupi wajah semasa beriadah di pantai.
·
Seluar
- Pilihan yang tepat adalah jenis wide leg pants. Ini memudahkan anda
untuk bergerak dan melakukan aktiviti dengan pantas. Ianya tidak akan
membataskan pergerakan anda.
·
Layered outfit
- Jika anda gemar mengenakan fashion
pakaian secara berlapis, tiada masalah. Gabungan pakaian anda haruslah yang
simple dan longgar serta bermaterial nipis. Contohnya, slit dress dan cardigan.
·
Skirt
- Padankan skirt labuh dan blouse
lebar. Tampil ‘girly look’, anda akan
menjadi fokus orang sekeliling pada hari itu.
·
Hijab
- Pilih material yang nipis dan ringan
untuk mengelakkan daripada haba terperangkap pada kepala.
Apa pilihan #OOTD kamu?
Notakaki : Di musim panas ini, lebih elok jika anda mandi 2 -3 kali sehari
untuk mengelakkan terkena strok haba. Nah, apa kata cuba gel mandian
aromaterapi 7Lime ini? Ianya dapat memberikan kesegaran sepanjang masa buat
tubuh badan anda. Jom klik disini untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment