Single But Not Available : Ayuh mulakan tips-tips ini sekarang!
Bila bercakap tentang ‘Single but
Not Available’ ini, bermaksud anda masih single tetapi sudah ada yang
berpunya. Tambahan lagi, bagi sesetengah daripada anda yang akan melangsungkan
perkahwinan tidak lama lagi. Banyak perkara yang masih belum dilakukan. Apa
kata sediakan ‘bucket list’? Lakukan
apa sahaja aktiviti yang ingin anda terokai sebelum mendirikan rumahtangga.
Yalah, bila dah bersuami, haruslah meminta izin jika ingin kemana-mana.
Untuk anda yang gemarkan travelling, lakukan sahaja samada secara solo
atau berkumpulan. Terokai dunia luar. Luaskan pemandangan anda sebelum menjadi
kepunyaan seseorang. Jika artikel sebelum ini memberi tips-tips mengenai persiapan
yang harus dilakukan menjelang hari bersejarah anda. Artikel kali ini adalah
untuk anda bakal pengantin sebelum terlepas peluang menikmati zaman bujang.
Dibawah ini terdapat tips-tips yang boleh anda masukkan dalam ‘bucket list’ nanti. Selamat mencuba!
·
Habiskan masa terluang bersama keluarga
- Ini adalah tips utama yang harus
masukkan dalam bucket list anda. Jika dahulu, masa terluang banyak dihabiskan
bersama bakal suami atau isteri. Apa kata, luangkan sedikit masa untuk bermanja
bersama ibu atau ayah dan juga adik-beradik.
- Selepas berkahwin, sudah tentu anda
harus tumpukan perhatian pada pasangan masing-masing untuk bina keluarga. Ini
sahajalah masa yang anda untuk bermanja. Takkan bila dah beranak satu nanti,
masih nak bermanja. Nanti malu pula pada pasangan anda.
·
Travelling
- Ini part yang paling best sekali.
Anda harus meluangkan sedikit masa untuk travelling tidak kira samada secara
solo, bersama ibubapa, adik-beradik atau sahabat-handai. Nanti bila dah kahwin,
mana ada masa nak buat semua ini. Untuk perempuan, kena minta izin lagi.
- Teroka dunia luar. Sebolehnya
bercutilah ke luar negara. Luaskan pemandangan anda agar dapat melihat
keindahan negara orang. Solo travelling paling digalakkan untuk anda lakukan
sebelum menjengah umur 40an.
- Ini juga masanya untuk lakukan ‘catchup’ momen dan memori lama bersama
ahli keluarga dan sahabat-handai.
·
Sambung study
-
Bagi anda yang berpunya, pasti sudah
tentukan tahun bila ingin mendirikan rumahtangga. Untuk yang belum merancang,
ini masanya anda menyambung pelajaran yang masih berbaki. Jika sebelum ini anda
sudah tamat belajar di peringkat diploma atau sarjana muda, teruskan sahaja
sehingga mendapat Masters atau phD.
- Tak salah belajar tinggi-tinggi. Ilmu
itu anda harus simpan supaya boleh digunapakai untuk masa hadapan. Jika anda
ingin lakukannya selepas berkahwin pun, tidak ada masalah. Asalkan anda tahu
bahagikan masa sama rata.
·
Beli rumah dan kereta sendiri
-
Ini untuk persediaan masa hadapan.
Tambahan buat anda yang lelaki, ini adalah perkara utama yang harus disediakan
buat bakal isteri anda. Ingin berkahwin bukan? Sediakan perkara asas ini
terlebih dahulu agar dapat memberi kesenangan buat isteri masing-masing.
- Buat yang perempuan pula, elok juga
jika ada ada rumah dan kereta sendiri. Kita tidak mahu meminta perkara buruk
terjadi ke atas perkahwinan masing-masing. Tetapi, eloklah jika bersedia.
Sediakan payung sebelum hujan!
·
Bentuk badan ideal
-
Buat anda yang akan berkahwin tidak
lama lagi, sudah dapatkan bentuk badan ideal yang diingini? Almaklumlah, ingin
menyarung pakaian pengantin nanti barulah tampak elok jika bentuk badan
sempurna. Sudah tentu anda menjadi fokus pada hari tersebut. Lagipun bentuk
badan yang ideal, memudahkan anda melaksanakan kerja dengan baik.
·
Hobi atau aktiviti
- Sebelum berkahwin, cari hobi yang
teringin anda lakukan. Samada aktiviti outdoor seperti hiking, bungee jumping,
trekking dan sebagainya. Lakukan sahaja. Ini masanya untuk anda enjoy being single!
·
Belajar memasak
-
Buat bakal pengantin, belajarlah
memasak untuk suami atau isteri anda. Ketahui makanan kegemaran pasangan
masing-masing. Bagi bakal pengantin perempuan, pelajari masakan yang paling femes dari ibu mertuamu. Rajinkan diri
ke dapur. Barulah orang sayang.
·
Simpan duit
- Belajar untuk menabung buat kegunaan
masa hadapan. Dalam hidup ini, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa
hadapan. Bersedialah terlebih dahulu.
·
Periksa tahap kesihatan
- Pastikan anda memeriksa tahap
kesihatan diri sebelum melangsungkan perkahwinan terutamanya bagi perempuan.
Jika semasa bujang kitaran haid anda tidak mengikut waktu, dapatkan nasihat
doktor.
·
Manjakan diri sendiri
-
Bagi perempuan, penjagaan kulit badan
dan wajah perlu diutamakan. Jika tidak, nanti kulit anda akan kelihatan lesu
dan tidak bermaya semasa berada di singgahsana. Tidak kira masa dan waktu, anda
harus menjaga kecantikan tubuh badan agar pasangan anda berasa selesa.
Tips : Sudah sediakah bucket list anda? Ada apa-apa yang harus dilakukan
sebelum mendirikan rumahtangga? Lakukannya segera. Nanti bila sudah berkahwin,
tak syok pula kalau hendak berlagak bagaikan orang bujang.
Notakaki : Bercakap mengenai manjakan diri, cubalah gel mandian
aromaterapi 7Lime ini. Ianya memberi kesegaran berpanjangan agar anda kekal
cergas dan aktif semasa menjalani aktiviti harian. Tambahan hari penting buat
anda semakin dekat, bukan? Nah, inilah masanya untuk mencuba gel mandian ini.
Jom klik di laman web kami untuk info lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment