Strok Haba : Fenomena Equinoks Yang Sedang Melanda Malaysia!




Malaysia adalah salah satu negara yang akan mengalami pemanasan global sebanyak 2 kali setahun. Fenomena ini lebih dikenali sebagai equinoks iaitu matahari akan berada tepat di kawasan Khatulistiwa dan mengalami suhu yang paling panas di waktu 12 tengah hari – 3 petang. Jika anda seringkali melakukan aktiviti luar, elakkan daripada terdedah dengan kerap kepada cahaya matahari semasa berlaku fenomena ini. Ianya terjadi semasa bulan Mac dan September setiap tahun. Risiko untuk terkena strok haba juga semakin meningkat.

Badan kita mempunyai sistem penyejukkan atau pemanasan secara semulajadi dan ianya akan dapat menyesuaikan tahap suhu dengan keadaan sekeliling. Jika alami strok haba, badan anda akan kehilangan keupayaan untuk menyejukkan diri dengan normal. Ini boleh menyebabkan ancaman nyawa. Panas matahari menyerap cairan di dalam badan anda dan berlakunya dehidrasi.

Ayuh, ikuti tips di bawah ini untuk mencegah strok haba;

·      Pakai topi atau apa-apa sahaja pelindung kepala semasa anda hendak keluar dari rumah. Buat yang berhijab, walaupun anda bertudung, pastikan anda membawa payung atau topi lebar bersama supaya dapat menutup wajah dan kepala dengan sempurna.

·     Gunakan sunscreen / sunblock sebelum keluar dari rumah. Sapukannya ke atas seluruh badan yang terdedah dan paling utama di bahagian wajah agar tidak terjadinya sunburn. Pilihlah produk yang mempunyai SPF tinggi supaya dapat memberi perlindungan sepenuhnya.

·    Sebolehnya elakkan melakukan aktiviti beriadah di pantai semasa fenomena ini. Jika anda seorang yang harus melakukan aktiviti lasak, boleh sahaja anda berhiking, bungee jumping atau bermain sungai. Yang penting, aktiviti di dalam hutan boleh melindungi anda dari terdedah terus kepada cahaya matahari.

·     Keluar di awal pagi dan jangan keluar semasa waktu mencecah tengah hari. Panas di awal pagi tidak membahayakan kesihatan malahan baik untuk kulit anda. Dan juga elakkan keluar pada lewat petang. Jika anda ingin keluar pada waktu petang, pastikan matahari sudah terbenam.

·   Bawa bersama payung yang boleh memuatkan keseluruhan badan anda daripada terdedah kepada cahaya matahari. Jangan lupa juga botol air. Beri cairan secukupnya buat badan anda agar kekal terhidrat.

·   Hadkan juga jadual aktiviti lasak anda. Setiap 30 minit, pastikan anda berada di bawah kawasan yang terlindung dari cahaya matahari selama 10 minit. Minum setiap masa. Bukan hanya di waktu dahaga sahaja.

·      Jika anda ingin juga bersantai di tepi pantai, pastikan anda membawa bersama payung. Beri perlindungan buat badan anda agar berasa selesa sepanjang beriadah bersama sahabat-handai atau keluarga.

·       Kurangkan pengambilan makanan yang boleh membuatkan anda cepat dehidrasi seperti junk food. Boleh dikatakan kesemua snek ringan mengandungi bahan seperti garam perisa yang menyebabkan anda akan berasa cepat dahaga. Ambillah makanan atau minuman yang berasaskan air seperti buah-buahan. Bukan sahaja dapat menyejukkan badan malahan memproduksi cairan buat badan anda dengan banyak.

Tips : Elakkan daripada melakukan aktiviti luar dengan kerap.

Notakaki : Jika badan anda berasa tidak selesa dan kurang aman, cubalah gel mandian aromaterapi 7Lime ini untuk mengembalikan kesegaran buat kulit badan anda. Kulit akan terasa nyaman dan sihat di musim panas ini! Jom klik di laman web kami; https://www.ikonlady.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

7 Sebab Mengapa Pentingnya Untuk Anda Mandi Setiap Hari

Top 11 Bubble Tea Pilihan Untuk Penggemar Boba!

Cara Kawal Emosi Kemarahan