Kesan Buruk Memakai High Heels Dengan Kerap
Sesetengah daripada wanita yang memakai kasut tumit tinggi atau high heels akan berasa lebih confident
dan elegan. Ada juga yang jadikan high heels sebagai sebahagian daripada
pelengkap aksesori wajib semasa hendak keluar bersantai, ke tempat kerja atau
kuliah. Tetapi tahukah anda sebenarnya ada keburukan memakai high heels dengan
kerap? Ianya memberi kesan buruk
terhadap kesihatan anda dalam jangka masa yang panjang.
Bagi gadis yang menginjak ke usia remaja, elakkan daripada memakai kasut
bertumit tinggi ini. Postur badan haruslah dijaga dengan baik agar tidak
menghidap penyakit yang tidak diingini dalam usia masih muda. Ini antara
kesan-kesan buruk yang dialami oleh wanita jika kerap memakai high heels;
·
Kerap terjatuh
- Semasa mula-mula memakai heels, pasti
anda kerapkali terjatuh akibat tersadung atau cuba untuk mengimbangi badan agar
tidak kelihatan kekok memakainya. Berjalan pun rasa tak selesa. Apabila dah
terjatuh, kaki dan buku lali akan mudah menjadi bengkak. Ini akan memberi kesan
buruk buat kaki anda.
·
Badan melengkung
- Bagi anda yang kerap memakai heels,
pasti akan terasa postur badan menjadi melengkung akibat bahagian dada ditolak
ke hadapan dan pinggul pula ditolak ke belakang. Secara tidak langsung, postur
badan anda akan berubah.
·
Kesan pada tulang belakang
- Ini disebabkan oleh apabila anda
ingin berdiri atau berjalan, anda akan mengimbangi postur badan secara menegak.
Ini memberi kesan buruk pada tulang belakang dan terjadinya lumbar lodorsis.
·
Menganggu aliran darah dalam badan
- Jika memakai heels yang tidak
bersesuaian dengan bentuk kaki akan mengakibatkan kaki mengecut dan saluran
darah ditekan. Ada juga kes pernah berlaku, dimana saluran darah pecah akibat
terlalu lama memakai high heels.
·
Kesakitan pada lutut
-
Efek utama memakai heels, pastinya
berkaitan dengan sakit lutut. Tekanan daripada heels akan membuatkan lutut
menjadi sakit akibat ingin mengimbangkan badan. Ada juga yang menghidapi
penyakit Osteoarthritis iaitu radang
sendi lutut.
Tips : Gunakan
kasut yang bersesuaian dengan anda. Jika anda gemar memakai heels, pastikan
tapaknya tidak terlalu tinggi dan sesuai dengan berat badan.
Notakaki : Selepas seharian keluar bersantai atau balik dari kerja,
segarkan badan anda dengan gel mandian aromaterapi 7Lime ini agar anda kekal
aktif dan cergas sepanjang hari. Klik disini untuk info lebih lanjut; https://www.ikonlady.com.my/
Comments
Post a Comment